Monday, December 28, 2009

MALAM KHAMIS (09/12/2009)

(ms 25 baris 7 dari bawah) Dan bermula adalah bersembahyang berjemaah di rumah dgn isteri dan anak-anak dan khadam (org gaji la ni) afdal (afdol ni dipanggil afdol muqoyyah). OK, bab ore tino ni. Ore tino ni, sbenarnya dia ni tak sunat smaye berjemaah di masjid ataupun balasoh, melainkan ada majlis ilmu, barulah dia jadi wajib. Adapun ore jate, fardu kifayah. Bahkan kalu ore tino muda-muda, hok ada karan lagi tu, smaye sajo jah, takdok majlis ilmu, maka tak sunat dia ke masjid tu. Silap-silap haribulan, kalu menyebabkan bau wangi, ore jate paling piaaah ko dia, maka jadi tok baik lah pulok. Tapi kalu ore tino tu gi dgn kosat kata kes ada majlis ilmu, tok apa. Kalu ore tua-tua tu, tok timbul masalah lah pulok. Meme tok apa. Dan ada syarat pulok, kalu ada ore tino di masjid ni. Ore jate tokleh turun, melainkan semua ore tino turun blako dulu.

Ngaji-ngaji ni, adalah utk nok buat amal, bukannya nok cari hok mana blago angin, ikut. Hok tok blago angin, tinggal. Sebabnya dalam Islam ni, tentu wajib nah banyak hok tok blago angin dgn nafsu kita.

(ms 25 baris 6 dari bawah) Maka afdal (afdol ni ialah afdol moqayyah, iaitu afdol yg berkait) jika sekiranya ia (ia-ia seseorang itu) pergi ke masjid, nescaya jadi hampa, jadi ssajo, mereka itu daripada berjemaah. Dan jika bercampur laki-laki dgn kanak-kanak laki-laki dan khunsa (khunsa ni terbahagi dua, iaitu khunsa mutlak dan so lagi khunsa musykil. Khunsa mutlak ialah org yg memiliki 2 alat kelamin. So lagi ialah khunsa musykil. Khunsa musykil ni lagu ni, dia tu tino, tapi prangai po jate, atau dio tu jate, tapi peragai nok po tino. Ore panggil bapok.. gedio tu.. arbok.. arbok..ataupun tomboi. Khunsa musykil ni maksudnya jak bbudok lagi dia ni lagu ni..) dan bercampur juga perempuan, dibuat satu sof dgn ada tabir, nescaya hasillah pahala sof tu. Maksudnya, buat satu sof, dgn ada tabir. Contohnya lagu ni laa.. kita buat satu sof, alik kiri tino, alik kanan jate, tengah-tengah tu ada tabir, maka hasillah atau bulehlah pahala sof tu. Kita blaja doh ke, syarat dapat sof ialah sekurang-kurangnya ada dua makmum. Katakan bini kita sore, anak jate kita sore, maka tak dapat pahala sof. Tapi bila kita himpunkan dalam satu baris, dgn ada tabir tengah, maka buleh pahala sof. Dia tokleh brepek, walaupun anok dgn mok, dia panggil tiada tertib dalam adat berhimpun.

(ms 25 baris 3 dari bawah) Dan jika jadi imam seseorang itu atau jadi khatib baca khutbah, semata-mata mengambil upah. Haa.. nok jawab lagu mana..nescaya tiada pahala akhirat baginya, kerana tiap-tiap ibadat yg disekutukan padanya antara dunia dan akhirat, maka jika gholib dunia (maknanya jika lebih berat aloh ko dunia), maka tokleh pahalalah baginya tok imam atau tok khotib tu. Sebab tu lah, kita kalu wat amal ni, kena niat ko akhirat, sebabnya kalu ko dunia, maka ssajo lah hok bahagian akhirat tu. Kalu kita niat ko dunia, maka tuhan wi jugok, tapi skat dunia je laa.. Sebab tu lah, Imam Ghazali kata, dunia ni, jel bagi orang mukmin, syurga doh ko ore kapir. Apa makna surga ko ore kapir tu. Maknanya, nok gapo pun, tak dok halangan. Buleh wat blako. Adapun ore mukmin, dia ni adalah po jel, duduk dlm penjara. Dunia dlm penjara ni lagu mana gak.. dia tok leh bebas lah, tok leh buat ikut suka, nok bangun tok leh ikut suka, nok makan tok leh ikut suka, begitulah juga orang mukmin atas dunia ni, tok leh kecek ikut suka, tok leh tengok ikut suka, tok leh mikir ikut suka, dia kena tanya tuhan dulu. Tu lah baru namanya orang mukmin.

(ms 26 baris 2 dari atas) Dan jika gholib akhirat, maka baginya pahala, daripadanya, nya-akhirat tu. Dan maka jika bersamaan, iaitu sama banyak antara dunia dgn akhirat, maka gugur pahala baginya. Dunia-dunia ni begapo dio gak.. Dunia ialah iaitu benda manafaat hok duduk ko kita sapa skat lube kubur. Masuk kubur tak dok doh. Akhirat ialah hoh akhir, hok lambat. Maknanya, smaye, ada smaye dunia, ada smaye akhirat. Poso ada poso dunia, ada poso akhirat. Buke kata dunia ni, bekki kereta, noreh getah.. bukan. Dunia ni ialah, tiap benda buat hok takdok pekdoh di akhirat, tok leh pahala di akhirat, walaupun smaye bang sekalipun. Sropo dlm quran sebut, fawailul lil musol lil.. masuk neraka wil bagi ore smaye, artinya smaye apo.. smaye dunia la tu.. smaye yg tidak ada pahala.

(ms 26 baris 3 dari atas) Dan jika syak imam. Syak lagu mana? Akan niat di dalam qiamnya, selain smaye Jumaat. Ingat deh, selain smaye Jumaat. Kalu smaye Jumaat, wajib nah atas imam itu niat sbg tok imam. Kalu tok niat sbg imam lagu mana.. kana buat hop-hop-hop.. Maah tuan-tuan, nati smeta, smula..smula, kena takbir smula blako, ambo tok masuk niat sakni jadi tok imam, maah blako tuan-tuan, tok soh sakni..haa, keno buat lagu tu. Jika syak imam, syak gapo dio.. syak niat sebagai imam, selain smaye Jumaat, dia nya duduk dalam qiam, iaitu duduk berdiri, tapi tak rukuk lagi, kemudian itu sesudah takbiratulihram. Maknanya, tok imam tu maye-maye, dia dok cace lagi, makmum takbir blako doh, dan tok imam tu, konpius samada dia tu niat ko dok sbg tok imam, maka haruslah, iaitu bulehlah baginya, nya-imam itu, takbir perlahan-lahan smula, untuk nok mmasuk niat sbg imam tu, niat sebagai imam sajalah, sebab, hok lain-lain mmasuk doh. Niat hok mano tinggal ni.. bukan niat smaye-zuhur-pat-rakaat, tapi hok tok mmasuk niat sbg imam jah. Kalulah tok imam tu tok mari nah niat smaye-zuhur-pat-rakaat tu, haa.. tok leh lagu tu.. Hok niat sbg tok imam so karo jah hok dia tok mari. Maknanya, niat smaye-zuhur-pat-rakaat tu mari doh, niat sbg tok imam tu so karo jah tok mari, hok tu lah yg dikatakan buleh takbir koho-koho smula, sebab nok mmasuk niat sbg tok imam tu. Tapi kalu tok mari nah niat smaye-zuhur-pat-rakaat tu, kena wat smula jugok, sebab niat tu tok masuk. Niat tu kan rukun. Ok, bercakap pasal niat, niat-niat ni lagu mana gak? Niat ni bukan ngapa deh, ataupun kheling hati. Kita takut benar niat kita tu termasuk dlm kategori ngapa, atau kheling hati. Contohnya gini... Allaaaaaaaaaaaaaaaaa... huakbar. Tu ce ore tu tok blajar niat. Sebagaimana dok cace kalu kaki tteweng, ce ore tu tok blajar qiam. Ore was-was lagu lain.. allah-allah-allah.. lain tu... Ni baso Allaaaaaaaaaaaaaaaaa... dok panje Allah tu, biar buleh 4-15 saat, sebab nok masuk perkataan niat tu. Kalulah niat kita tu termasuk dalam kategori Juzuiyah atau so lagi ore panggil kheling hati, maka tok jadi niat tu. Juzuiyah ni lagu mana? Juzuiyah ialah ia mmasuk niat tu. Contohnya lagu ni; Allah, sahaja.. Hu, smaye jemaah.. Ak, tok imam.. Bar, 2 rakaat.. Misalnya, dia masuk lagu tu.. Maknanya, bila mulut dia kata Allahuakbar tu, dia pun pejam mata, dia pun masuk sbutir-sbutir, srupa kecek dalam hati, sahaja-aku-smaye-Jumaat-imam-kerana-Allah-Ta'ala, maka tok soh niat tu. Ataupun so lagi ore panggil kheling hati. Dok kheling-kherat-kheling-kherat dalam hati. Sebenarnya niat ni, sekodar lintasan hati jah. Maknanya, dalam Allahhuakbar tu, kita sekodar terlintas jah nok smaye zuhur 4 rakaat. Sebagai contoh, niat smaye zuhur 4 rakaat tu kita wakilkan kepada sbatang kale nok bubuh dalam poket. Jadi, dalam Allahuakbar tu, bubuh jelah. Bukan kata, Allah..aku nok ambik kale nok bubuh dale poket laa.. haa, bukan sedetail & serumit itu. Niat ni ada 4 perkara, 2 bejadi, 2 dok. 2 hok tok jadi hok sakni laa, iaitu Juzuiyah dan so lagi kheling hati. 2 hok jadi ni ialah 'Urubiyah dan Kamadiah. 'Urubiah ni ialah paham di atas kijo hok kita nak buat, serta kita buat, dan hadir atau mari hok kita nak buat tu dalam tempoh Allahuakbar tu, haa itu yg dipanggil 'Urubi. Kamadiah ni pulok, khusus bagi para nabi & rasul, aaa.. tu dia nampak habis.. Kalu smaye gak, sampai ko tahyat akhir dia nampak. Haa.. maknanya, tok imam tu, takbir koho-koho, tok angkat tangan tok apa, pastu mmasuk niat sebagai imam tu, lepas tu, kemudian ia bacalah Fatihah, dan maka sah smaye makmum dengan dia. Tapi kalu kita smaye sore-sore lagu lain. katakan org cuit kita, atau kita dengar org takbir kuat sbg tanda nak jadi makmum kita, maka kita lintanglah atau lintaslah dlm hati kita sbg imam, tok perlu takbir koho-koho smula. Kalu kita tok niat imam, soh smaye kita, tapi sbg smaye sore le laa.. Kalu kita niat imam, buleh pahala jemaah.

(ms 26 baris 6 dari atas) Dan jika mengetahui segala makmum dengan demikian itu sekalipun, maka sah sembahyang. Katakan makmum dengar tok imam tu takbir koho-koho, walaupun makmum tahu sekalipun, tetap sah smaye itu.

Kajian kes : Katakan kita dok tengah smaye, tiba-tiba jatuh cicak, kita pun terkejut, "Oleh cicok besarnyoo..", ataupun bini kita dok tengah ngepek cari anok kunci. "Pok mung letok manooo laa anak kunci ni.. Kitanya lorat". Kita pun geram tlajok, maka tertubik "Nu, atah mari nu..!", adakah batal smaye? Jawabnya, tidak batal smaye. Sebabnya, segala perkataan yang tidak sengaja, kurang drp 6 patah perkataan, maka tidak batal smaye.

Kalu lagu ni : Katakan kita dok tengah smaye jogok, tiba-tiba paaaa jatuh cicak, kita pun terkejut, "Oleh cicok besarnyoo mari manoooo la cicok ni..", ataupun bini kita dok tengah ngepek cari anok kunci. "Pok mung letok manooo laa anak kunci ni.. Kitanya gaduh". Kita pun geram tlajok, maka tertubik "Nu, atah mari nu tok reti ko..!!", adakah batal smaye? Jawabnya, maka batallah smaye.. Illah nya? Kalu lebih drp 6 patah perkataan, walaupun tak sengaja, maka batal smaye.

(ms 26 baris 8 dari atas) Dan jika diselangi sof atau putus sof itu dengan mimbar ataupun tiang, maka tiada putus akan pahala sof. Bakpo? Kerana dinamakan sof yang satu jugak pada 'uruf, iaitu pada pandangan ramai.

(ms 26 baris 9 dari atas) Maka barang yang didapat atau kelakuan yg didapat oleh makmum yg masbuk, bila ni, serta imam, itulah dinamakan awal smaye dia, dan barang yg dikerjakan kemudiannya drp salam imam, itu akhirnya, nya-smaye jemaah tu, nya-smaye jemaah-nya, maknanya, awal smaye dia, awal smaye jemaah-nya, dan bila tok imam wi salam tu, maka akhirlah smaye-nya jemaah-nya, maka hendaklah mengulangi akan sunat ab'ad & wajiblah mengulangi rukun-rukun, umpama kata atau seperti kata, qunut makmum yg mengikut imam, pada rakaat kedua, pada smaye subuh. Kerana apa? Kerana qunut hok dia baca dgn tok imam tu, bukan tempatnya.. nya-qunut bagi dia. Maknanya, dia mari, Allahhuakbar, tok imam pun, Samiallahulimanhamidah, Allahhummahdina, dia pun angkat tangan baca qunut retet laa.. Maka, makmum tu disunatkan ulang smula qunut tu. Begitu juga dgn sunat ab'ad yg bernama tahyat awal, iaitu mengulangi tahyat awal makmum yg mengikut imam pada rakaat ketiga, pada smaye maghrib, kerana tahyat serta imam itu bukan tempatnya. Maknanya, tahyat tu bukan tahyat bagi makmum tu.

(ms 26 baris 8 dari bawah) Dan yg nyaring bacaan (di tempat yg sunat kita baca derah), dinyaringkannya. Maknanya, kalu bila tok imam wi salam, kalu smaye tu smaye jenis kena baca kuat (Maghrib, Isyak, Subuh), maka, bila kita bangun slps tok imam wi salam, maka tempat hok sunat baca deras tu, baca deraslah. Kalu kita smaye sore pun begitu jugok. So lagi berkenaan dgn rukun qouli (spt takbiratulihram, Fatihah & tahyat akhir). Rukun qouli tertakluk dgn sifat samak. Maknanya, tiap-tiap huruf yg wajib, yg rukun, dia kena nyaringkan, sekodar dengar ko lingo kita. Kalu baco tok bunyi atau tok bbutir maka tak sah smaye tu. Contohnya gini, kita baca tahyat akhir, tok bbunyi atau tok butir, maka kita kena ulang smula biar bbunyi atau bbutir, sekodar dengar di lingo kita, kalu kita baca tok bbunyi, sekodar dgn gerak bibir yah, maka tak sah tahyat akhir tu, tebe kita wi salam, maka batal smaye kita tu. Jadi, kalu kita baca tahyat akhir tu tok bunyi, maka ulang balik biar bunyi, sekodar lingo kita, tebe wi salam, batal smaye. Baca deras tu, biar sekodar dengar di lingo kita jah, jangan sampai mengganggu org sebelah. Kalu mengganggu org, maka haram la pulok.

(ms 26 baris 7 dari bawah) Seperti dapat rakaat serta imam atau kurangnya. Contohnya gini, tok imam dok smaye isyak, kita gi lewat, maka kita pun bulehlah so rakaat bersama-sama imam. Tok imam pun wi salam, maka kita pun bangunlah, sbg rakaat yg kedua, sebab sakni kito buleh doh so rakaat bersama-sama imam. Maka, bila kita berada dlm rakaat yg kedua tu, maka maca deraslah. Sebab sunat baca deras situ. Kalu tok baca deras? Soh jugok. Sebabnya bakpo suruh baca derah tu? Sebabnya, supaya bila ore lain mari pulok, hok lewat jugok, dia akan tahu bahawa kawe ni-ni tok smaye sunat, sebab smaye sunat tokleh baca deras, makhruh.

(ms 26 baris 6 dari bawah) Bermula bermukim di dalam negeri, antara di kalangan org banyak (org ramai), tujuannya, supaya dapat sembahyang Jumaat dan smaye jemaah itu, afdal drp asingkan diri atau uzlah. Afdol ni dipanggil afdol muqoyyat, iaitu afdol yg berkait. Syaratnya? Jika tiada takut atau tidak bimbang fitnah pada ugamanya seseorang itu. Bukan fitnah ore kkita, tapi pada ugama kita. Jadi kalu kita tak takut ugama kita ni punah, kita ccapur dgn ore, maka ccapurlah. Dan jika takut ia seseorang itu, maka ia asingkan dirinya di dalam padang-padang atau atau tempat-tempat jauh drp ore, adalah lebih aula baginya. Jadi sininya dia nak membincangkan masalah bermukim yang berhubung dgn smaye Jumaat. Baiklah gapo dia bermastautin, bermukim, bermusafir? Bermastautin ialah seseorang yg kosad dlm hajat ataupun dlm niat dia, "aku ni adat kata paka kiro mati ssini doh laa..", iaitu dia nak menetap sapa mati situ, maka ore ni wajib smaye Jumaat dalam mukim dia, dan ore nilah yg dikira dalam 40 ore utk meng-sah-kan smaye Jumaat. Pahtu, berkenaan dgn 40 ore ni, 40 ore ni ialah 40 org bermastautin yg tak termasuk pok-tolol. Maksudnya gedio? Maksudnya, 40 org bermastautin yang tahu hukum soh-batal-masbuk-muafik pasal smaye. Pastu, haram bagi org bermukim, bermusafir selepas drp waktu Subuh hari Jumaat. Dan ore bermastautin ni tokleh langgar ttaro utk smaye Jumaat. Katakan dia sepatutnya smaye Jumaat di masjid Peringat, tapi dia gi smaye di masjid Pauh Lima. Dia buleh tubik gi smaye di tempat lain, tapi dgn syarat, masjid mukim dia tu kena cukup 40 ore hok supo dia. Kalu tok cukup 40 ore keh dia, maka berdosa yg amat besar dia tu. Bermukim ialah org yang menetap dlm satu tempat lebih drp 3 hari, dan dia tidak ada kosad nok duduk situ sokmo-sokmo atau nok mati ssitu, walaupun rumah dia ssitu dua tiga butir, kebun belaar-laar. Org bermukim ni, dia ni wajib smaye Jumaat, tapi tak wajib koriah. Ertinya, tak wajib bagi dia smaye masjid mana-mana. Org musafir ialah org keluar drp mukim atau ttaro dia, menuju pada satu tempat yg bukan atas tujuan maksiat, yg mana jarak perjalanannya adalah lebih drp 2 marhalah, maka dia mendapat hak sbg org musafir selama 3 hari. Sbg contoh, kita duduk di mukim Peringat, pahtu kita masuk mukim Guntong, maka kita masuk ke mukim lain la doh tu. Maka kita buleh atau mendapat hak sbg org bermusafir doh tu, dgn syarat jarak perjalanan hok kita nak tuju tu lebih drp 2 marhalah. Ore musafir ni ada beberapa hak. Pertama, dibulehkan berbuka posa. Kedua, dibulehkan jamak dan qosar. Ketiga, tak wajib smaye Jumaat.

(ms 26 baris 3 dari bawah) Maka jika mubaroqoh org-org berjemaah pada rakaat yg kedua, maka gugurlah fardu kifayah baginya, dan tiada atau tidak perlu lagilah disuruh perang atau diperangi akan orang itu. Maknanya sini ialah, jaman ritu, Nabi marah benar ore hok tok gi jemaah, sampai ke tahap, Nabi nok bakar rumah demo tuh. Maka, jika kita de atau sempat berjemaah dgn tok imam, pahtu kita pun mubaroqoh, katakan pada rakaat kedua, maka kita dikira sudah tidak termasuk dlm golongan yang diperangi oleh Nabi lah. Maknanya sini, sekiranya kita de dapat sekurang-kurangnya 1 rakaat berjemaah dengan tok imam, maka kita dikira sudah tidak termasuk dlm golongan yang diperangi oleh Nabi lah.

Friday, December 4, 2009

MALAM KHAMIS (02/12/2009)

Bila sore tu jadi makmum, asa jadi makmum, tok kiralah smaye gapo pun, hatta smaye mayat skalipun, katanya tok guru, sapo-sapo hok jadi makmum, lebih-lebih lagi ore jate, maka bila dia takbir, hal keadaan dia tok tahu gapo dia masbuk muafik, dgn tidak mendapat sebarang bayangan dan ilmu petunjuk yg sebenar, maka smaye dia tu tok soh, sejak drp
takbir lagi. Melainkan dobik duduk atas belajar. Dia blaja ilmu smaye tu, tapi tok sapa situ lagi. Kalu ambik contoh gak, baru blajar mukasurat 3. Tok sapa lagi mukasurat 23. Maka hoktu dimaafkan Allah. Kalu hok tok keno tu diampun. Hok kena tu diterima.

Ngaji feqah saja tok jadi. Ngaji tauhid saja tok jadi. Ngaji tasauf saja tok jadi. Kena gabung ketiga-tiga.

Makakata, bakpo ore buleh smaye jemaah, tapi tokse blajar? Jawab dia, segala yg orang beramal dgn tidak ada ilmu, maka Imam Ghazali kata, sesungguhnya mereka itu, telah hampirlah syaitan kepadanya. Sebab tu sete tok kaca ore hok smaye dgn takdok ilmu ni.

Tiap-tiap drp kelakuan yg nak masuk dlm ibadat, nescaya akan dilete oleh sete. Maka kalu kita buleh gi dgn mudah-mudah, takdok rasa gleding-gliat, haa.. kita kena check la tu, bakpo ya mudoh sangat gi ngajar, gi blajar, gi wat amal sari dua ni. Ada tok kena tu. Barang hok mudah-mudah ni biasanya didorong oleh nafsu.

Sebab tu kita kena perati. Perati kelakuan orang ni, bukan dgn nok tunjuk dia tu jahat, tapi supaya benda hok kena dia tu kita buleh ukur letak di diri kita. "Oloh, kalu benda ni keno kakku, beraaaat laa..". Kita perati kelakuan orang supaya kita ada rusing renyoh utk diri kita, bukannya nok suruh kita runsing orang tu tok blajar. Itu dia punya pasallah. Kita takut kita termasuk dalam tu jugok. Namogak kita kata, "Berat demo, tok blaja.. Smaye guano tok blaja ni..", haa tok leh kata lagu tu.. Kalu kita kata gitu, namanya ujub.

Masbuk muafik ni gini lebih kure :- Dihukumkan kita tempoh permulaannya daripada takbirratulihram pada rakaat pertama, sehinggalah tika saat tok imam rukuk, adapun rakaat-rakaat lain, adalah setelah kita kembali kepada qiam.

Apabila kita dok qiam molek, barulah dihukum dari segi kira-kira, sampailah tok imam Allahuakbar, kita pun hukumlah diri kita, samada kita masbuk atau muafik, kerana di sinilah berlaku silap paham yang banyak, yang membatalkan smaye seseorang makmum.

Pertamanya, Muafiq. Muafiq-muafiq ni asal drp "Muafiqun". Muafiqun artinya "Muafakat".

Kalu ore tu blaja jugok, blaja jugok, blaja jugok, bengo jugok, bengo jugok, blajar jogok, maka lepaslah dia, dan dia duduk dlm keampunan Allah Ta'ala.

(ms 23 baris 2 dari bawah) Maka arti tertakrif muafiq, iaitu makmum yg mendapat masa, iaitu masa untuk membaca Fatihah, iaitu masa utk selasai baca Fatihah. Bila? Di dalam berdiri imam itu, iaitu masa dia dok cace, tok imam pun dok cace, kira dari rakaat pertama, lepas takbirratulihram tu, Allahuakbar, maka kira. Kira lagu mana? Kira dengan bacaan atau kiraan kadar pertengahan. Bacaan pertengahan ni lagu mana? Ada berapa bacaan Quran? Baca Quran ada berapa jenis? Baca Quran ni ada 3 wajah. Pertama ialah Hadar. Hadar ni cepat. Yang kedua Tadwir. Yang ketiga Tartil. Tartil ni sbutir-sbutir. Bacaan pertengahan ialah tidak cepat dan tidak lambat. Maknanya, kalu kira dgn bacaan pertengahan ni, kalu baca Fatihah lebih kurang antara 25 - 30 saat (start bilmillah hingga waladdollin. A'uzubillah tu tidak dikira). Maknanya, masa 30 saat tu ada ko dok ko makmum tu.

(ms 24 baris 1 dari atas) Maka apabila demikian itu, iaitu apabila mendapatlah ia masa lebih kurang 30 saat tu, maka dihukumkan orang tu, sebagai muafiq. Pahtu apa dia kijo muafiq ni? Maka wajib atasnya (wajibul'ala @ wajib di sisi syarak) membaca Fatihah hingga sempurna sampai habis. Kalu tok imam rukuk? Biarnya rukuklah. Kalu kita ni makmum muafiq, tok imam rukuk, kita tok abis lagi baca Fatihah, tapi kita rukuk jugak, maka batal smaye. Dengan kata lain, bila rukuk saja makmum yang muafiq, sedangkan Fatihah dia tok abis lagi, maka batal la smaye dia.

Apa maksud "Wajib Atasnya"? "Wajib Atasnya" tu ialah Wajibul'ala. Wajibul'ala bermaksud wajib di sisi syarak.

Apa maksud "Wajib Bagi"? "Wajib Bagi" tu maksudnya wajib adat.

(ms 24 baris 2 dari atas) Jilakau walaupun andaikata meninggal @ tertinggal dgn imamnya. Bakpo tertinggal tu? Dgn sebab nok perhabiskan bacaan Fatihah dia. Bukan prabih hok sunat. Contohnya kes lagu ni :- Makmum ni jenis anjo.. Dia duduk baca tahyat awal slow tlajok. Tok imam siap doh, maka tok imam pun bangun. Makmum ni jauh lagi drp siap. Bo-bo makmum tu bangun, tok imam pun rukuk doh eh. Sepatutnya, makmum tu, tika dia dok baca tayhat awal tu, kalu tok imam bangun, makmum tu sepatutnya coh bangun retet. Pahtu, lepas tok imam wi salam, makmum tu buat sujud sahwi laa, sebab makmum tu tok de baca selawat dlm tahyat awal tu. Tapi, bo-bo makmum tu bangun, tok imam rukuk doh eh. Makmum tu pun terus rukuk retet. Maka batal la smaye dia. Kalu kes lagu ni (iaitu makmum bangun lewat sebab nok prabih
tahyat awal, pastu bo-bo dia bangun, duduk tok lama, tok imam pun rukuk) makmum tu dinamakan makmum muafiq uzur. Makmum ni bukan makmum masbuk deh, sebab dia sebenarnya ada masa dgn tok imam berdiri, cuma makmum tu sengaja jah malah bangun, sebab nok perabih tahyat awal. Muafiq uzur ni lagu mana? Muafiq uzur ni, dia tok serupa dgn muafiq biasa ni. Muafiq uzur ni, dia cuma buleh baca Fatihah sehingga tok imam sujud yg kedua. Kalu tok sudah jugak, dia kena mubaroqoh. Takdok pilihan lain. Kalu makmum tu tok mubaroqoh, maka batal smaye. Kalu makmum muafiq biasa, dia ada 2 pilihan, iaitu samada mubaroqoh atau mengabaikan rakaat tu dan terus sujud retet bersama tok imam. Pahtu gak, lepas tok imam wi salam, tambahlah rakaat hok burn takdi tu.

(ms 24 baris 3 dari atas) Seperti lagi akan datang kenyataan & keterangannya (akan dibicarakan selepas ini, takut sakit palo).

(ms 24 baris 4 dari atas) Dan dia ni dimaafkan @ dibenarkan tertinggal @ meninggal drp tok imam dgn tiga rukun fiqli yg panjang-panjang pada mazhab kita Syafie. Kalu mazhab Hanafi, 3 rukun panjang-panjang tu, termasuk dengan rukun qouli skali. Kalu mazhab Syafie, rukun fiqli sahaja. Contoh :- Makmum muafiq tu dok cace, tok imam pun rukuk. 1 rukun panjang. Tok imam i'tidal. Tok kira, sebab i'tidal tu rukun pendek. Tok imam sujud yg pertama. 2 rukun panjang. Tok imam duduk antara 2 sujud. Tok kira, sebab duduk antara 2 sujud tu rukun pendek. Tok imam sujud yg kedua. 3 rukun panjang. Maka, kalu tok imam sedang sujud yg kedua, makmum muafiq tu sepatutnya habis doh Fatihah dia, dan kena rukuk doh. Barulah makmum tu mendapat rakaat tu. Kalu makmum muafiq tu tok abih lagi baca Fatihah, makmum tu kena pilih 1 antara dua, iaitu samada dia mubaroqoh (smaye seorang diri) atau dia laghokan rakaat, iaitu terus sujud bersama-sama dgn tok imam. Pahtu, bila tok imam wi salam, makmum tu tambahlah rakaat yg dia laghokan tadi tu. Sebabnya, kalu tok imam angkat muka drp sujud yg kedua untuk bangun qiam pada rakaat seterusnya (iaitu masuk rukun fiqli panjang yg keempat), kalu makmum muafiq tu dok baca Fatihah lagi dan tok buat keputusan lagi, maka batal smayenya.

Muafiq ni gapo dia? Iaitu makmum yg mendapat masa utk dia baca Fatihah. Bila? Dalam berdiri imam tu. Tom imam berdiri, dia pun berdiri jugok. Masa tu la. Kalu rakaat pertama, selepas takbiratulihram. Adapun kalu rakaat kedua, ketiga keempat, lepas takbir i'tiqolah. Makmum bangun coh dok cace, maka startlah kira-mengiranya. Lagu mana kira tu? Kira dgn bacaan tadwir iaitu pertengahan, tidak cepat dan tidak lambat.

Kalu kita tok leh nok hukum kita ni masbuk ko muafiq, baik maye dumoh la. Baik maye sore. Gi masjid pun buleh, tapi lebih baik niat maye sore. Kalu tidak, banyak akan batal, kerana disebabkan kita tok tahu akan masbuk muafiq ni.

Dhobiklah kitab ni molek. Buat buku. Buat index. Kitab ni, biarlah ada so mari dumah. Baru mudah nok rujuk.

(ms 12, baris 7 dari bawah) Iaitu berjemaah di tempat walaupun sikit orang serta dapat mendengar quran drp tok imam itu adalah lebih afdal drp tempat yg ore jemaah ramai, tapi tokde dengar bacaan tok imam. Sebab tu lah, lepas tok imam baca Fahitah, dia kena diam sekejap. Tujuannya, pertama, supaya tok imam de nyawa. Kedua supaya makmum de slesa
hok wajib, iaitu baca Fatihah. Tok imam baca ayat lazim tu sunat. Makmum baca Fatihah tu wajib. Bila bertembung hok sunat dgn hok wajib, maka kena dahulukan hok wajib. Kalu tok imam baco ayat lazim hok sunat tu, sampai mengganggu bacaan Fatihah makmum maka haram hukumnya. Kalu mazhab Syafie, diam smeta akan tok imam itu lepas baca Fatihah adalah sunat. Kalu imam Maliki, wajib nah. Maknanya, kalu tok imam tidak diam selepas baca Fatihah tu, maka batal smaye dia.

Kalu semua orang dlm masjid dok smaye sunat, pastu ada sorang mari, dia wi salam. Maka kena ada sorang kena berenti smaye sunat tu, dan jawab salam dia. Sebab wajib jawab salam dia, smaye sunat tu sunat.

Kalu ore tu tok reti bab masbuk muafiq, ore tu tok leh diambik kira utk 40 org sah smaye Jumaat.

Dalam mengaji ilmu agama ni, soalan yg utama ialah :- "Lagu mana diri aku nii.." Bukannya "Lagu mana ore ni.."

Rukun Fiqli:
  • Qiam (RF Panjang)
  • Rukuk (RF Panjang)
  • I'tidal (RF Pendek)
  • Sujud (RF Panjang)
  • Duduk antara 2 sujud (RF Pendek)
  • Duduk tahyat akhir (RF Panjang)

Mengulang rukun yang telah sah. Kalu mazhab kita Syafie, kalu mengulang rukun qouli yang telah sah, maka tak batal smaye. Tapi kalu mazhab Hanafi, kalu ulang rukun yang telah sah, walaupun rukun tu rukun qouli skali pun, maka batal smaye. Contohnya lagu ni :- kalu kita baca Fatihah, "Siroo tol la zii na an am ta 'alaihim ghoi ril magh dhuu bi'alaihim". Pahtu kita ulang smula "Ghoi ril magh dhuu bi'alaihim walad dhoooool liin.". Maka kalu mazhab Hanafi, batal smaye. Maka, sebuleh-bulehnya, kita orang awam ni tok soh ulang laa, sebabnya, kalu duduk atas usul feqah, keluar drp perselisihan pendapat ulama mazhab ni, akan mendapat sunat. Contohnya gini laa, kalu ore kata, "Pagi takdi ada JPJ di Limbat nuu..", tapi ni tengohari doh. Kalu nok selamat, baik laa te ikut Padang Mengkali, guna jalam Nilam Puri. Tentu takdok JPJ. Sebabnya, kalu kito gi jugok ikut Limbat nu, kalu JPJ takdok doh, slamat laa. Tapi kalu JPJ ada lagi, kena laa kita.

Kalu sengaja mengulang rukun fiqli yang telah sah, maka batal smaye. Contohnya, kita rukuk. Pastu, kita i'tidal. Pastu kita pun rukuk pulok. Maka batal smaye. Lain lah kalu kita tok ingat. Contohnya, kita rukuk, pastu kita i'tidal. Pahtu kita konfius, "Aku rukuk doh ko dok eh?". Kalu lagu ni, kita buleh rukuk smula.

Mubaroqoh ni ada 2 jenis, iaitu :
  • Mubaroqoh yg kena ikut kelakuan tok imam : Iaitu bila kes tok imam batal.
  • Mubaroqoh hok kita cangkul sendiri-sendiri (bercerai dgn tok imam dari segi kelakuan) : Iaitu selain drp kes tok imam batal. Seperti kita mubaroqoh kerana kita ni makmum muafiq, atau kita mubaroqoh kerana kita ni gaduh nok naik bas, dll.
(ms 24 baris 5 dari atas) Dan bermula arti masbuk iaitu makmum yg tiada mendapat masa. Masa mana? Iaitu masa untuk baca Fatihah. Bila baca Fatihah? Di dalam keadaan berdiri imamnya, dengan sekira-kiranya bacaan orang pertengahan, tidak cepat tidak lambat, kerana singkat sangat masa berdiri imam, lepas takbir makmum. Maknanya dgn kata lain, masbuk tu ialah org yg tidak dapat masa. Masa, kira-kira kalu baca Fatihah tu, lebih kurang 30 saat. 30 saat tu,takdok ko dia.

(ms 24 baris 8 dari atas) Maka jawab, tiada wajib atasnya, sempurna menyudahkan Fatihahnya, (tok imam tanggung Fatihah dia), hanya baca Fatihah sekodar sedapat (skat-skat de). Bila imam rukuk, ikut rukuk slalu, (bo la baca Fatihah tu), walaupun jika tidak dapat bilmillah sekalipun, maka dikira sah dapat rakaat, syaratnya, kalau dapat tetap laa. Tetap lagu mana? Tetap rukuk dengan diamnya anggota yg tujuh berserta (bersama-sama) imam. De tomakninah la maksudnya. Tomakninah ni gapo dio? Mutmainnah. Ertinya diam segala anggota yg tujuh, lebih kurang selama 1 saat. Lagu mana kalu makmum tu berselisih dgn tok imam? Pada masa yg sama, makmum tu nak rukuk, tok imam nak i'tidal. Nok wat lagu mana? Makmum tu kena piaaaah bikah bangun slalu, iaitu kembali kepada qiam smula, bukan niat i'tidal deh. Kalu niat i'tidal, maka batal smaye makmum tu, sebab rukuk sakni tokde tomakninah. Pahtu makmum tu kena tambah la rakaat, selepas tok imam wi salam.

Syarat kepada tiap-tiap rukun fiqli, tok kira hok panjang ataupun pendek, ialah kena tomakninah. Kalu kita samiallahulimanhamidah, pahtu tok de tomakninah, terus sujud, maka batal rukun tu (rukun i'tidal tu). Smaye tok batal lagi. Maka, kalu tokse wi batal smaye, kita kena ulang balik i'tidal tu. Pahtu sujud smula. Kalu kita go on, tanpa ulang balik i'tidal tu, maka batal smaye.

(ms 24 baris 12 dari atas) Dan bermula, diketahui drp kaedah ini, iaitu kaedah masbuk muafiq ni, iaitu boleh jadi makmum tu masbuk tiap-tiap rakaat, hingga empat rakaat sekalipun. Sepertikata bersesak-sesak makmum ramai sangat (supo di Mekah), maka tiada dapat rukuk skali, hanya bergilir-gilirlah pada rakaat pertama. Nok rukuk blako skaligus tok leh, tok muat. Contohnya supo naik kereta, seat blake naik 5 orang. Tokleh nok nyanda blako la, nyandar 3 org, tok nyandar 2 orang, sebab tok muat.

(ms 24 baris 8 dari bawah) Maka bila masuk rakaat kedua, tak sempatlah nak habis baca Fatihah dia, atau "lambat gerak diam makmum tu manakala imam tu cepat", atau "makmum pertengahan bacaannya manakala imam cepat bacaannya", maka sekalian rupa masalah ni, yang menyebabkan tokde org pertengahan baca Fatihah tu, semuanya dikira masbuk (untung laa). Maka tiada wajib sempurna Fatihahnya, bahkan hanya bacalah sekodar sedapat (skat-skat de). Dan jikalau berlaku di tiap-tiap rakaat sekalipun. Dan bermula mana-mana makmum muafiq, yg diuzurkan 3 rukun panjang-panjang, haruslah ketinggalan drp imam dia, hingga tiga rukun fiqli yg panjang-panjang. Kerana apa? Illah uzur tu. Illah uzur ialah, hendak menyempurnakan Fatihahnya. Kemudian tu, dia ikutlah, di belakang tok imam dia, maka hasil dan dapat dan sahlah rakaat baginya. Selama mana? Selama belum lagi imam itu masuk rukun yg keempat, sepertikata iaitu nak masuk qiam, atau nak duduk tahyat akhir doh, maka dan tetapi sebaliknya tiada mengapa duduk tahyat awal, atau duduk istirohah. Bakpo? Kerana dia, (duduk istirohah tu), rukun pendek, dan tahyat awal tu pulok, bukan rukun smaye.

(ms 25 baris 4 dari atas) Dan bermula dikehendaki 3 rukun yg panjang-panjang tu, rukuk, dan sujud yg pertama, dan sujud yg kedua, dan tiada dihisabkan i'tidal (i'tidal tu tok masuk), dan duduk antara 2 sujud (tok masuk jugok), kerana ia rukun pendek kedua-duanya. Maka jika masuk @ berpindah imam pada rukun fiqli panjang yg keempat, padahal sedangkan makmum itu belum sempurna Fatihahnya lagi, maka wajib atas makmum itu pilih, samada ia ikut imam terus pada rukun yg keempat, dan ia tinggallah segala aturan sembahyang diri dia, serta luput lah (burn lah) rakaatnya, dan so lagi, antara ia niat mubaroqoh dengan imamnya. Cara niat mubaroqoh ni, sekodar wat mari dalam hati kita, kita berpisah dgn tok imam. Bukannya sampai pejam mata, "Sahaja aku nak mubaroqoh.." Bila mubaroqoh tu, dan ia kerjakan segala aturan sembahyang dirinya, dan dapatlah rakaatnya. Kerana apa? Kerana tiada dimaafkan lagi orang tu, lebih drp tiga rukun yg panjang-panjang, seperti lagi akan datang kenyataannya (nok sambung smula pulok, Insya Allah).

Thursday, December 3, 2009

MALAM AL-QURAN (30/11/2009)

. Taqiim tu, huruf ta tu jange lantang. Jange sebut TAqiim.. Kena sebut taqimm.

Hok alik bowoh ni, sila tengok Surah Al-Mulk, ayat 20 - 30.

Ana ni, kalu sambung, na tu, dia jadi baca pendek. Tapi kalu wakaf, na tu kena baca 2 harakat. Kalu jupo ni, sila cuba bereti di tu. Pastu ambik balik di

Ar, ro tu kena tebal.

Qii ni, kena baca nipis jah.

Friday, November 27, 2009

MALAM KHAMIS (25/11/2009)

Nabi S.A.W. bersabda marhumnya :- Orang jahil, adalah sokmo-sokmo pun seteru Allah, walaupun dia buat ibadat sekalipun.

Sof kanak-kanak ialah di belakang sekali. Apa maksud di belakang sekali? Di belakang sekali, bukan bermaksud di sof 30, 40, tapi di belakang sof orang-orang yg baligh. Kalu sof makmum yg baligh itu ialah 2 sof, maka sof kanak-kanak ialah di sof yang ke-3.

ILLAH. Maknanya ialah BAKPO?

Wajib ni ada 3 :
  • Wajib syarak.
  • Wajib akal.
  • Wajib adat.
Orang yang nampak ialah, apabila orang tegur dia, samada dgn cara pongoh atau cara gosok, dia yakin yg teguran itu datangnya dari Allah.

Wau Sumpah :- seperti Wallahi, Waddhuha..
Wau 'Atoh :- seperti Ali dan Abu (Ali wa Abu)

Kitab ni, dia tokleh pegang, baca sendiri, nanti jadi sesat (maksudnya, kitab ni, kena menadah).

Surah Anbia' ayat 79 :- doa mintak mudah faham... fafahhamnaahaa.. Bubuh laa depan dia.. Allahumma.. fafahhamnaahaa...

Kadar darah yg membatalkan smaye ialah, apabila mata orang muda tengok, dia akan kata :- "Oloh, daroh!".

Kadar kain soyok yg membatalkan smaye ialah, apabila mata orang muda tengok, dia akan kata:- "Oloh, soyok!".

Tuesday, November 24, 2009

MALAM SELASA (23/11/2009)

Hukum syarak ada 5 :
  • Wajib.
  • Haram.
  • Sunat.
  • Makhruh.
  • Harus.

Hukum akal ada 3 :

  • Wajib.
  • Mustahil.
  • Harus.

Saturday, November 21, 2009

MALAM AHAD (21/11/2009)

Gi wat haji ni, seolah-olah supo latihan nak mati, sebab kita tinggal kapong laman, sanak-saudara, semata-mata utk cari redha Allah.

Kalu tino tu mengandung di luar nikah, dan dia mengandung kurang drp 6 bulan 1 lazoh (1 lazoh ni lebih kurang 1 jam laa), maka sah nikah dia dengan pengepeng dia tu, dan anak dia tu buleh dibinkan atas nama pengepeng tu. Kalu lebih daripada 6 bulan 1 lazoh, pun sah nikah, tapi anak tu tokleh dibinkan dgn nama pengepeng tu.

Kalu tino tu mengandung di luar nikah, pahtu nikah dgn pak sanggup, maka sah nikah tu, cuma pak sanggup tu tokleh bersetubuh dgn tino tu sebelum tino tu melahirkan anak.

Kalu Imam Syafie sendiri, tokleh wi daging qurban ko org kapir, samada Zimmi atau Harbi. Tapi ada pendapat dalam Mazhab Syafie (iaitu Imam Nawawi) mengatakan buleh wi daging qurban ko kapir Zimmi. (Tapi daging qurban sunat jah. Daging qurban wajib, tetap tokleh wi).

Daging qurban wajib ialah daging qurban nazar. Daging qurban sunat ialah daging qurban biasa (po hari raya haji).

Orang Yahudi ni ialah kapir Harbi.

MALAM SABTU (20/11/2009) HJ. DIN

Hari Raya AidilAdha ni, dilakukan selepas jemaah haji mengadakan perhimpunan perdana di Padang Arafah.

Kita tak dapat hidup sempurna tanpa perjuangan, dan perjuangan tidak dapat dilakukan tanpa pengorbanan.

Semangat berkorban ialah : Berani berkorban & berani dikorbankan.

Kenapa umat Islam hok 52% di Malaysia ni lemah?
  • Kurang keimanan kepada Allah.
  • Hok Nabi tinggal ko kito tu, kita wat ajuh tok ajuh.
  • Tak ada keikhlasan dalam beribadat kpd Allah.

Nabi S.A.W. bersabda, marhumnya lebih kurang : Seburuk-buruk manusia di akhirat seksok, ialah orang yang hilang akhirat dia, kerana dunia orang lain.

Tika kita cari lembu nok wat qurban, 1 langkah 1 kebajikan. Kalu kita dok bercakap-cakap pasal nak jual-beli lembu tu, 1 patah percakapan 1 tasbih. Bila kita bayar pulok duit tu, setiap 1 dirham tu, digandakan 700 dirham.

Tengoklah orang kampung. Padahal sesok. Minum air kupi. Isap rock down. Tapi buleh gi Mekah sokmo. Bakpo? Sebab mereka yakin ko jaminan Allah, yang 1 dirham tu, digandakan 700 dirham.

Sebab itulah, kita kena yakin dengan jaminan Allah.

Ada hadis dhoif, buleh amal, tapi jange gege kokre. Buleh kalu kita nak qurban dgn ayam. Tapi, jangan gege kokre laa..

Hukum qurban : Ada yg mengatakan sunat. Ada yg mengatakan wajib.

Imam Maliki, Syafie, Hambali, kata sunat.

Kata Hanafi, ialah wajib, iaitu bagi orang yang ada pitih yg cukup nisob.

Binatang yang sah diqurbankan :- Binatang-binatang ternakan.

  • Biri : 1 tahun.
  • Kambing : 2 tahun.
  • Unta : 5 tahun.
  • Lembu/kuba : 2 tahun.

Kata Mazhab Syafie, prioriti keutamaan binatang qurban adalah seperti berikut :

  • Nombo 1 : Unta.
  • Nombo 2 : Lembu.
  • Nombo 3 : Kibas/kambing/biri.

Lembu/kuba/unta = 7 orang.

Kanbing/biri : 1 orang.

Ibnu Hajar kata, kalu atas satu kambing seko tu, kita buat qurban & buat aqiqoh, maka sajo dua-dua.

Kata Syeikh Romli pula, kalu atas 1 kambing tu, diniatkan qurban & aqiqoh, maka berhasil kedua-duanya.

MALAM KHAMIS (18/11/2009)

Dalam agama ni, tokleh taksub. Kalu taksub, sudoh ah..

Muktazilah ni, dia terpesong atas perbuatan. Katanya Muktazilah, perbuatan kita ni, takdok kena-mengena dengan Tuhan.

Kita tokleh bergantung ko ilmu. Kita kena bergantung ko Allah. Ilmu ni, meme tugas kita kena cari. Tapi kita tokleh bergantung dgn ilmu tu.

Kena tulis Nabi S.A.W. bersabda, marhumnya.

Kalu jadi makmum, sila duduk di sebelah kanan, walaupun sof kedua, ketiga, atau seterusnya.

Buleh pahala saf ialah apabila ada 2 orang makmum, iaitu samada 2 ore jate atau 2 ore tino. 1 jate & 1 tino tok jadi.

Kalu kita nok tengok tahap hubungan antara manusia penduduk di sesebuah kampung, tengoklah sof di masjid dia. Kalu sof tu renggang, soh lah kampung tu, urusan tu jenis mung-mung aku-aku.

Kalu kita lintas depan org smaye, gugur pahala 40 tahun.

Kalu kita jadi tok imam, kalu makmum-makmum kita tu duduk dalam keadaan berat sebelah (samada berat di kiri ataupun berat di kanan), kita sebagai tok imam, perlu bergerak sehingga balance.

Kalu kita ada air mutlak, pastu gayung takdok. Kita buleh niat tangan kita tu sebagai gayung.

Syarat nok cuit orang supaya buat sof dgn kita :
  1. Takbir.
  2. Kita kenal/tahu, orang ni bukan jenis latah.
  3. Kita kenal/tahu, orang ni blajar.
  4. Kita kenal/tahu, orang ni akan turun.

Hanya satu saja tujuan cuit, iaitu untuk menurunkan orang lain buat sof dengan kita. Kalu kita nak jadi makmum bagi seseorang, tokleh cuit. Hanya sekodar duduk sejengkal drp dia, pastu takbir biar deras sikit. Kita akan tetap dapat pahala jemaah, sekiranya orang tu nok niat jadi imam atau tidak.

Belajar ilmu ni adalah untuk perbaiki diri, bukannya untuk perebah orang.

MALAM AL-QURAN (16/11/2009)

Ain tu, jangan tebal sangat.

Ihdina tu, ih tu, jangan tebal sangat (biar nipis jah).

Baca tu, biar ringan.

Sila sebut sokmo secara ringan : a u i, ba bu bi, ta tu ti.. dan seterusnya.

Jangan terlalu panjang so-so makhraj huruf tu.

Ghoirilmaghdhuu tu, maghdhuu tu, jangan putus.

Kalu nok naik soro ni, pada huruf mad sahaja.

MALAM AHAD (14/11/2009)

Smaye ni adalah raja segala ibadat. Kalu smaye kita tu comel, maka ibadat-ibadat lain tu, akan mudah diterima Allah.

Berjaya dalam smaye akan membawa kepada berjaya atas dunia dan akhirat.

Kalu kita buat ibadat tu seikhlas-ikhlas sengoti, walaupun sikit ibadat kita tu, pahalanya buleh banyak. Bak kata orang kapung "sikit huje, banyak lecoh".

Dalam dunia yg canggih ni, tubik rumah tu pun start berdosa dah. Sebab tulah, Allah suruh mintak ampun dgn Dia sokmo.

Nombo 1 : Berikhtiar.
Nombo 2 : Berdoalah lagu ni, "Ya Allah, wilah kakku sihat, supaya aku buleh smaye dan buat lain-lain ibadat. Dan pastu biar aku buleh menjalankan perniagaan dengan baik."
Nombo 3 : Insya Allah, Allah mengqobulkan permintaan & impian kita tu. Kalu Allah tok wi pun, puas hati, sebab itulah yang terbaik.

Sedekah ni banyak. Tapi sedekah yg paling afdal ialah mengenyangkan perut yang lapar. Sebab tu lah, dalam Islam, comel benar, kalu kita ajak ore mari make rumah. Pastu, wat laa apa-apa yang patut. Ngatik ko, smaye hajat ko, sebab ore tok gamok nok mari, kalu wat make saja.

Kita tak akan menjadi orang taqwa pah bilo, sekiranya kita smaye tok tinggal, jemaah tak tinggal, dengar ore ngajar tok tinggal, tapi ko manusia Islam, kita dok ngumpat.

Kapir di Malaysia ni kapir Zimmi (kapir yg buleh wat baik).

Kapir Harbi ni, kapir hok jahat.

Daging qurban/aqiqoh ni, defaultnya tokleh wi kokre kapir. Tapi ada khilaf. Kata setengah pendapat dlm mazhab Syafie, buleh wi daging ni kokre kapir, tapi hok kapir Zimmi laa. Ko kapir Harbi tokleh.

Friday, November 20, 2009

MALAM SABTU (13/11/2009) HJ. DIN

Isteri Nabi Ibrahim :
  • Siti Sarah (isteri tua)
  • Siti Hajar (isteri muda)

Pada suatu hari, Siti Sarah bersumpah "Demi Allah, aku nak makan darah Siti Hajar". Pastu dia menyesal, tapi oleh sebab dia dah bersumpah dah, maka kena laa bayar kifarah. Kifarahnya ialah dia kena cocoh tubuh dia biar tubik darah jugak. Pastu Siti Sarah tanya, nak cocoh mana? Cocoh di lingo pun buleh. Haa.. di situlah bermulanya asal-usul subang.

Malam 8 Zulhijjah : Nabi Ibrahim mimpi kena semelih Ismail. Pastu, dia pun mikir laa. Sebab tu malam 8 Zulhijjah digelar sebagai malam mikir.

Malam 9 Zulhijjah : Nabi Ibrahim mimpi pulok. Kali ni dia yakin bahawa mimpi tu drp Allah. Sebab tulah malam 9 Zulhijjah digelar malam Arafah.

Kalu hari raya Qurban tu jatuh hari Jumaat, lagu mana dengan smaye Jumaat? Bagi mazhab Syafie, bagi kawasan ibukota (ahlil balak) supo di masjid KB, Machang, dll, kena smaye Jumaat. Tapi untuk kawasan pedalaman (ahlil quro) spt masjid Peringat, Melor, Paka Pise, dll, tak wajib smaye Jumaat. Tapi jange gege laa.

Kebaikan & keburukan setiap anak-anak adalah terletak pada didikan & asuhan ibubapa. Selain itu, ibubapa juga kena berdoa kpd Allah.

Kita setiap hari menghadap muka ke Mekah, tetapi ingatkah kita kepada Nabi Ibrahim yg susoh begitumo dok menyambung langit dgn bumi di tapak sana nuu..

Dalam 4 orang ni, siapakah yang paling besar pengorbanannya?

  • Nabi Ibrahim?
  • Nabi Ismail?
  • Siti Hajar?
  • Siti Sarah?

Jawapannya, Siti Sarah paling besar pengorbanannya, kerana rela Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar.

Nak bahagia, kena ada 6 perkara dalam rumahtangga :

  • Hormat ko suami.
  • Taat setia ko suami.
  • Isteri pandai tambat hati suami supaya suami lekat di rumah.
  • Jange royak ko suami, masalah yg berlaku di rumah.
  • Menyediakan makanan & minuman yang memuaskan hati suami.
  • Pandai mendidik anak-anak.

Mana-mana perempuan yg smaye tok tinggal, menjaga kemaluan dia, dan taat ko tok laki, maka bila dia mati sek sok, Tuhan offer dia nak masuk pintu syurga mana.

Sesiapa yg menghayati 5 malam ni, wajib dia masuk syurga :

  • Malam ke-8 Zulhijjah
  • malam ke-9 Zulhijjah
  • Malam Raya Qurban
  • Malam Raya Fitrah
  • Malam Nisfu Sya'ban

Kalu jarak tok imam dengan makmum jaraknya lebih drp 3 hasta, luput fadilat 27.

Thursday, November 19, 2009

MALAM AL-QURAN (09/11/2009)

Huruf Isti'la' ada 7 iaitu :

  • ص
  • ض
  • ط
  • ظ
  • خ
  • غ
  • ق


Hok kala biru itu ialah huruf Itbaq (huruf yang terlalu berat)

Baris atas, jangan tebal. Cth :- Tayar disebut sebagai "teye" bukannya "TAYA"

Kita kena baca quran dgn suara supa kita kecek.

MALAM SELASA (09/11/2009)

Besar tok besarnya Izrail ni, kalu ambik air laut, cuah atas lekuk di palo dia, tak tumpah stitik pun.

Berkenannya malaikat ko ore yg belajar & mengajar, kalu ada kumpulan yg dok blajar / mengajar, malaikat teduh dgn sayap dia..

Izrail ni, kalu orang-orang soleh, dia ambik nyawa dgn bralun. Kalu org jahil, dia ambik dgn cara senjoh.

Mati ni sakit. Sakit yang teramat-amat sangat. Sapo yo oyak? Nabi Idris. Ada satu cerita. Malaikat nak tupe Nabi Idris smaye. Kkiro punya kkiro, Nabi Idris nak try mati eh. Pahtu, malaikat pun oyak ko Tuhan. Tuhan pun izin. Pahtu, malaikat pun cabut la nyawa Nabi Idris. Dok tok lama pah tu, malaikat masuk smula nyawa. Maka, Nabi Idris hidup smula. Tapi, mati hok Nabi Idris tu rasa, sakit yang amat-amat sakit.

Kalu nak tengok contoh, lihatlah lembu hok nok wat korban. Tengoklah cara dia mati. Terkencing, tubik tahik. Tu lembu, hok tok berdosa. Kalu kita manusia hok banyak dosa ni, lagu mana.. Maka, sentiasalah bertaubat.

Ma robbuka... Allahurobbi.
Wama imamuka... Al quranuimami.

Malaikat tanya, kalu tokleh jawab, dia katok, masuk dale tanah 70 hasta. Cokeh dgn kuku, tanya pulak, tokleh jawab, katok pulok. Begitulah sampai ke hari kiamat.

Tuesday, November 17, 2009

MALAM SABTU (06/11/2009) HJ. DIN

Nabi Lut ialah anak saudara Nabi Ibrahim.

Presidur / pedoman nak memesin :
  1. Bismillah skali.
  2. Kulhuallah skali.
  3. Takbir Allahuakbar 3 kali.
  4. Ngatik 2-3 patah.
  5. Baca doa (akhir dia bunyi "min sulbi").
  6. Memesin.
  7. Tika dok memesin, baca doa dlm hati (akhir dia bunyi "qolii roo").

10 binatang masuk syurga :

  1. Boroq.
  2. Unta Nabi Soleh.
  3. Himar Uzair.
  4. Lembu Nabi Ibrahim.
  5. Kibas Nabi Ismail.
  6. Burung belatuk Nabi Sulaiman. Burung belatuk ni, dia jadi posmen Nabi Sulaiman, yg mana Nabi Sulaiman hantar surat ko Balqis.
  7. Ikan hok telan Nabi Yunus.
  8. Baqoroh Bani Israil. Kalu nok gi mine, baca laa ayat Baqoroh ni. Insya Allah, tak akan ditolak peminangan tu.
  9. Anjing Ashabul Kahfi. 7 pemuda melarikan diri ke suatu gua. Sek-sek dia sembunyi dlm tu slama 300 tahun, tapi mereka tak sedar. Mereka ingatkan 1 hari atau stengah hari sahaja. Anjingnya nama Qitmir. Nama anjing ni, silalah tulis, pastu selit-selit lee di rumah. Insya Allah, rumah kita dijauhkan Allah drp kebakaran @ kesusahan. Kalu kita selit-selit di kereta @ muto, Insya Allah kereta muto kita Allah selamatkan.
  10. Nabi kata, sesuap makanan yg dimakan oleh orang yang datang ke rumah, maka pahalanya sama dengan haji yg diterima & umrah yg diterima.

10 perkara tak rosak binasa :

  1. Roh.
  2. Jasad nabi-nabi.
  3. Hati perut para syahadah.
  4. Syurga.
  5. Neraka.
  6. Luh.
  7. Qolam.
  8. Arasy.
  9. ?
  10. Ajbul zalam (hujung monggel).
9 perkara sunat disegerakan :
  1. Segera uruskan jenazah.
  2. Kawin anak perempuan, bila dia baligh.
  3. Segera angkat makan, bila org mari ke rumah.
  4. Segera bayar hutang.
  5. Segera bukak posa.
  6. Segera bertaubat.
  7. Segera kahwin bagi org janda.
  8. Segera smaye bila masuk waktu.
  9. Segera bawak jenazah ke kubur, antara berjalan dgn berlari.

Orang tino, bila dia mengandung, malaikat berdoa supaya diampunkan dosa dia.

Bila lahir anok tu, keluarlah dosa drp ore tino tu supo mok yo baru branak ko dia.

Satu urat yg sakit kerana nak beranak, maka 1 urat tu buleh 1 pahala haji.

Bagi kanak-kanak hok baru beranak sunat bagi kita bang telinga kanan, komat telinga kiri, supaya anak kita tu terselamat drp humus sibiah (penyakit sawan) dan supaya masuk nama Allah cepat-cepat.

Hari ke-7, sunat buat aqiqoh, belah mulut & letak nama. Kalu tok de hari ke-7, wat hari 14.

Islam sangat mementingkan nama, sebab nama menunjukkan label dan mengukuhkan psikologi talian hubungan mesra.

"Rohan Aida Siswadaliza" : apa punya nama daa..

MALAM KHAMIS (04/11/2009)

Makmum kena bangun selepas imam wi salam yg kedua, sukan selepas salam yg pertama.

Makmum kena wi salam selepas imam wi salam yg kedua, bukannya selepas salam pertama.

Air musta'mal :- air yang suci, tapi ia tak menyucikan. Contohnya air dalam besen hok kita tadah. Pastu kita mandi, air ngecik masuk dalam tuh. Air tu, buleh kita nok wat basuh berak, tapi ngelas-ngelas kena basuh / bilas dgn air paip jugok, sebab air dlm besen tu bercampur doh etek.

Air mutlak :- air yg suci, lagi menyucikan.

Sunday, November 8, 2009

MALAM AHAD (31/10/2009)

Misai : Mazhab Syafie, sunat gunting. Mazhab Hanafi, sunat cukur.

Misai ni, kalu panjang, haram.

Secomel-comel iman ialah, apabila dia dok sari-sari tu, dia yakin, Allah sentiasa bersama-sama dia.

Setiap kali berdoa, mintalah untuk dunia dan akhirat.

Sedekah ni banyak. Tapi sedekah yang paling afdal adalah mengenyangkan perut orang yang lapar.

Seafdal-afdal melawat org yang sakit ialah, jangan dok lama-lama. Gi acak tak po.

Nabi tok wi saing dgn orang yang tak smaye. Sebab orang yg tak smaye ni, lebih kuat power dia utk tarik kita supaya tok smaye retek.

Nabi ajar, kita kena anggap semua manusia ni baik, berjurus. Barulah kita mencapai taqwa yang sebenar-benar taqwa.

Saturday, October 24, 2009

MALAM AHAD (24/10/2009)

Allah buat langit & bumi ni dlm masa 6 hari. Tapi, bakpo Allah buat dlm masa 6 hari, sedangkan Dia buleh buat dgn sekelip mata, tanpa bergantung kepada masa & waktu? Kata ahli tafsir, sebabnya, Allah nak ajar ko manusia, bahawa kalu nok buat kijo-kijo besar, jange buat gaduh-gaduh.

6 hari tu, kata ahli tafsir, adalah 6 hari dlm ilmu Allah, yg mana 6 hari di sisi Allah adalah tak sama dengan hari-hari biasa makhluk ni. Setengah mengatakan 1 hari di sisi Allah adalah sama dgn 1000 hari di dunia.

Allah buat gunung, bukit-bukau, tanah yg subur, tanah yg tandus, padang pasir, daun yg hijau kuning, semuanya ada faedah. Tidak ada satu pun benda yg Allah jadi tu, tiada faedah, hatta nyamuk, lintah, pasir kasar, pasir halus, semut mayat & semut hitam skali pun.

Allah sediakan pohon kayu kaye, binatang di darat, ikan di laut, tinggal tugas manusia ialah :- berusaha, pastu berdoa.

Orang jaman ritu, kalu ada kijo besar (bekwoh ko, apo ko..) dia buleh alih hujan. Sebabnya, demo tu yakin hujan tu adalah salah satu makhluk kejadian Allah. Bukan bergantung ko sains. Sains tu sekadar menerangkan teknik kejadian hujan, bukannya penyebab hujan. Bila siap kijo besar tu, kalu nok hujan pun, tak apa laa.. Contoh lain ialah supa bala laa.. Contohnya kita ambik tsunami. Kalu ikut sains, tsunami ni terjadi disebabkan berlaku pergeseran kerak bumi. Itu adalah teknikal jah, yang menunjukkan teknik dan proses.. Persoalannya, bakpo tempat lain tok kena? Negara-negara lain pun banyak lagi hok ada kerak bumi yg tak stabil.. Kita lupa bahawa ini semua adalah bala dari Allah.. Sebabnya? Adalah benda-benda yg tak kena hok kita buat tu..

Friday, October 23, 2009

MALAM SABTU (23/10/2009) HJ. DIN

Munafik ni ada 2, iaitu munafik akidah & munafik ibadat. Kecek blawok tu ialah munafik ibadat. Dosa besar tu..

Alamat orang munafik tu 3 :
  • Bila dia bercakap, dia bohong.
  • Bila dia berjanji, dia mungkir.
  • Bila org wi amanah ko dia, dia khianat.

Maka, ini adalah tanda bagi org yg celaka.

Nabi kata, alamat orang jadi celaka ni ada 4 :

  • Dia lupa akan dosa-dosa dia yang lama, sedangkan dosa-dosa yg dia buat tu, tersimpan di sisi Allah.
  • Dia berasa sedap dgn amalan yg dia buat, sedangkan dia tak tahu amalan tu tuhan terima atau tidak.
  • Dalam hal dunia ni, dia tengok org yg lebih tinggi drp dia.
  • Dalam hal agama, dia tengok org yg lebih rendah drp dia.

Wajib atas kamu memelihara lidah kamu drp mengumpat. Mengumpat ialah salah satu sifat keji, namun ia sangat diminati oleh org ramai, dan sangat mudah utk dibuat. Walaupun ia mudah utk dibuat, tapi ia sangat berbahaya, sebabnya :

  • Sebab mengumpatlah, kawan akan menjadi lawan.
  • Sebab mengumpatlah, manusia menjadi rosak binasa.
  • Sebab mengumpatlah, masyarakat jadi porak-peranda.

Nabi pernah ditanya oleh para sahabat. Gapo dio gak mengumpat tu? Nabi kata, mengumpat tu ialah mu kata sesuatu, hok org tu benci dengar. Sahabat tanya lagi. Pahtu, kalu hok kita kata tu betul, lagu mana? Nabi kata, mangata-ngata hok betul atas tubuh dia tu lah yang dinamakan mengumpat. Kalu mu kata hok tak dok atas tubuh dia tu, itu dinamakan mereka-reka cerita.

Kata Imam Ghazali, mengumpat tu ialah apabila kita berkata hal seseorang, kalu dia dengar, dia marah, yang berkaitan dgn keturunan dia, tubuh badan dia, perilaku dia, percakapan dia, agama dia, pakaian dia, rumahtangga dia, dsbnya.

Mengumpat itu ialah apabila seseorang itu mengata hal-hal yang org lain dengar, dia benci, samada melalui kata-kata, gerak tubuh badan, tulisan, dll.

Sifat mengumpat berkembang & membiak kerana :

  • Malas berkerja.
  • Kerana nak ambik hati kawan.
  • Kerana nak ambik perhatian org ramai, supaya org anggap dia di pihak yg benar.
  • Kerana nak melepas geram di hati.
  • Kerana ada perasaan dengki & iri hati.
  • Kerana perasaan bangga diri, sombong, bongkak. Sebab dia rasa, dialah pandai, mulia, alim. Org lain bodo, hina, jahil.

Kalu org dok mengumpat, pahtu, kita jo kata ho yah, maka tuhan bubuh temaga cair dlm linga kita.

Kalu kita tak sanggup dan jijik memakan daging saudara kita yg telah mati, maka sudah tentulah kita tak sanggup dan jijik nak mengumpat.

Seko baik dan seko buruk :

  • Wajib seko baik ko Allah.
  • Haram seko buruk ko orang yg dia tu confirm baik.

Kecenderungan dalam melihat org lain yg berlainan amalan dgn kita sebagai musuh, adalah dilarang dalam Islam.

Seburuk-buruk org ialah org yang rosak akhirat dia kerana dunia orang.

Monday, October 19, 2009

MALAM SELASA (19/10/2009)

Hari besar Yahudi :- Sabtu.
Hari besar Nasrani :- Ahad.
Hari besar Islam :- Jumaat.

Kelebihan hari Jumaat :- Hari yang mustajab doa.

Kena ada 14 ilmu dalam dada, baru buleh jadi mujtahid.

Kalu kita nok mengajar orang, kena ngajar & tegur dgn hikmah dan bijaksana.

Kena ngajar molek, kena ngaji banyak.

Kalu kita nok ngajar, kalu ilmu ada secupak, akalan kena ada segantang. Kalu ilmu ada secupak, akalan pun ada secupak, tok leh gi..

Saturday, October 17, 2009

MALAM AHAD (17/10/2009)

Jangan campakkan diri kamu dalam kebinasaan. 3 golongan ni adalah tergolong dalam kebinasaan :
  • Orang yg tak belanjakan kekayaan dia ke jalan Allah.
  • Orang yg tak berjihad (berjihad ni, dgn pen pun buleh).
  • Orang yang putus harap.

Berjihad ni, ada 2 jenis :

  • Berjihad menentang musuh Allah.
  • Berjihad menentang hawa nafsu (ada yang buleh, tapi ramai yang tok leh).

Allah sangat berkuasa membalik-balikkan hati. Maka sentiasalah berdoa (jange tinggal) doa berikut : Allaa humma yaa muqollibal quluub. Thabbit qolbi 'alaa dii nik. Wa 'alaa too 'atik. Sebab, ada kes, sorang budak tu, tok tinggal smaye jemaah. Tapi, masuk bulan kedua, dia jadi malas.

Kalu kita ni orang alim, kita kena dakwah orang-orang jahil di tempat duduk kita. Kalu tak berjaya, kita kena pindah gi lain. Sebabnya, bala ni, dia tok sekadar kena ko orang jahil tu jah. Habis pah kok rang alim pun kena.

Manusia ni, akan melalui 6 alam :

  • Alam ruh.
  • Alam perut ibu.
  • Alam nyata (hok kita hidup loni laa ni..).
  • Alam kubur (alam barzakh).
  • Padang masyar.
  • Alam syurga atau alam neraka.

MALAM SABTU (16/10/2009) HJ. DIN

Golongan yang buleh duduk bawah Arash :
  • Pemuda yang mana hidup dia dlm beribadat kpd Allah.

Tuhan senang hati kepada 3 golongan ni :

  • Orang murah.
  • Orang rendah hati (tak sombang).
  • Orang yg bertaubat drp dosa.

Tuhan lebih senang hati kepada 3 golongan ni :

  • Orang miskin yang murah.
  • Orang yang berada tapi tak sombang.
  • Pemuda / pemudi yang bertaubat drp dosa.

3 jenis manusia tuhan benci :

  • Orang kedekut.
  • Orang sombang.
  • Orang fasik. (Org fasik ni ialah, smaye dia buat, mengumpat pun dia buat..)

3 jenis manusia tuhan lebih benci :

  • Si kaya tapi kedekut.
  • Si miskin tapi sombang.
  • Si tua tapi masih berbuat maksiat.

MALAM KHAMIS (14/10/2009)

Smaye qodo ialah smaye yang tak dapat sekali rukuk dalam waktu dia. Kalu buleh sekira-kira skali rukuk, maka smaye tu jadi smaye tunai. Cth :- kalu kita smaye Zuhur pukul 4 lebih, pastu kita tok de rukuk, tiba-tiba bang Asar. Maka smaye kita sakni jadi smaye qodo.

Takbir iktiqolah ialah takbir selain takbir ratul ihram.

MALAM SABTU (09/10/2009) HJ. DIN

Tanda orang yang bahagia & mendapat manfaat di akhirat ialah orang yang tidak bercakap benda-benda yang tak bermanafaat & sia-sia.

Dosa mengumpat ni, lebih besar daipada berzina. Sebab, berzina ni, hukumannya ialah kena rejam saja. Tapi mengumpat ni, dia bereker dgn orang. Maknanya, kena mitok maaf dgn orang tu dulu, baru Allah maaf. Tapi kata Maliki, kalu kita mengumpat kok rang, padan sekodar kira-kira hantar kad slamat hari raya, pastu tulis Maaf Zahir & Batin.

Saidina Umar suruh ingat 2 perkara, lupa 2 perkara :

Kena ingat 2 perkara :
  • Ingat ko mati.
  • Ingat ko akhirat.

Kena lupa 2 perkara :

  • Lupa hok kita wat baik kok rang.
  • Lupa hok orang wat zalim kito.

Nikmat atas dunia ni, hanya 1% sahaja. 99% lagi adalah di akhirat. Manusia hidup di dunia, walaupun mewah stara mana sekalipun, ada saja kekurangan.

Lidah, wajib kena jaga drp beberapa perkara :

  • Dusta.
  • Mengilai Ha! Ha! Ha! Ha!
  • Bersenda main.

Sebabnya, ia akan merosakkan amalan.

Jika orang lelaki, bercakap kpd orang-orang depan dia supaya jadi ketawa, dia akan masuk neraka 70 tahun.

MALAM KHAMIS (07/10/2009)

[4] Mendapat Rakaat

Makmum Masbuk : Iaitu makmum yang tak dapat masa membaca Fatihah tika dia dok cacang bersama imam (masa utk dia baca tehah tu tak dok atau tok cukup). Range masa baca tehah ialah kadar pertengahan (tidak cepat & tidak lambat, lebih kurang 30 saat). Bakpo tok de masa? Sebab tok imam berdiri semetar sangat. Kita akan dapat rakaat sakni, jika takbiratulihram kita bereh & kita sempat rukuk dgn tok imam, kira-kira sekodar 1 saat. (Orang jaman ritu kata, utk mudah ingat makmum masbuk ni, makmum masbuk ialah orang sibuk..)

Makmum Muafik : Orang yang dapat masa (baca atau tak baca tu hal lain). Utk orang muafik ni, dia wajib perhabiskan tehah dia.

P/S : Masbuk muafik ni, tak kira rakaat mana. Ia berlaku pada semua rakaat.

P/S : Konsep masbuk muafik ni, adalah berkaitan dgn kadar masa sahaja.

Payah nak mengucap tika nak mati, jika kita :
  • Bual tika ambik air smaye.
  • Bual tika bang.
  • Bual tika orang ngajar.

Saturday, October 3, 2009

MALAM SABTU (02/10/2009) HJ. DIN

Poso hok Tuhan suruh ada 5 jenis :
  • Poso Ramadan
  • Poso qodo
  • Poso nazar
  • Poso kifarat : Poso kifarat kerana bunuh orang (cth :- blago kereta), poso kifarat kerana melakukan zihar (cth :- Tok laki kata ko bini dia, belakang mu serupa dengan belakang mak aku), posa kifarat kerana melanggar sumpah.
  • Poso sunat

Nazar ni, janganlah nazar hok jenis nok buat ibadat, sebabnya itu adalah orang yang malas. Sebabnya, kalu dia tok bernazar, tobat dia tok buat ibadat tuh.. Jangan jugak buat nazar yg jenis wi makan atau berbelanja. Sebabnya, itu adalah org yg klorek. Sebabnya, kalu dia tok bernazar, tobat dia tok wat makan atau berbelanja.

Kalu tok mampu nak tunai nazar :

  • Merdekakanlah 1 org hamba. Kalu tok mampu;
  • Wi makan ko 10 fakir miskin. Kalu tok mampu;
  • Wi sehelai pakaian (baju sendu ko, kain ko..) ko 10 fakir miskin. Kalu tok mampu;
  • Poso 3 hari.

Kalu kita melanggar sumpah (cthnya :- Wallahi aku tokse make benda ni. Tapi lama-lama dia pun make jugok), maka kena bayar kifarat. Cara kifaratnya adalah serupa dgn nazar, iaitu :

  • Merdekakan 1 org hamba. Kalu tok mampu;
  • Wi makan ko 10 fakir miskin. Kalu tok mampu;
  • Wi sehelai pakaian (baju sendu ko, kain ko..) ko 10 fakir miskin. Kalu tok mampu;
  • Poso 3 hari.

Kifarat kerana bunuh orang / kifarat kerana melakukan zihar / kifarat kerana bersetubuh tika poso Ramadan :

  • Merdekakan 1 org hamba. Kalu tok mampu;
  • Posa 2 bulan berturut-turut. Kalu tok mampu;
  • Memberi makan (1 cupak) ko 60 org fakir miskin.

Kifarat kerana bersetubuh tika poso Ramadan hanya kena ko org lelaki sahaja.

Kalu nok blago antara smaye terawih 8 dgn 20, maka sebenarnya gagah hok 8. Sebabnya, hok 8 tu, hadis dia sahih. Hok 20 pulok, hadis dia daif. Hok 8 tu, hadis dia dari Aisyah. Tapi, bakpo tok-tok alim kebanyakannya pilih hok 20? Sebabnya, nabi, dia smaye, samada dalam bulan Ramadan ataupun tidak, adalah tak kurang drp 20 rakaat. Jadi, hadis hok 20 hok daif tu, jadi kuat balik laa..

Bakpo smaye terawih hok 20 tu masih menjadi pilihan? Sebab lainnya, Umar pun mengarahkan rakyat dia buat 20 & berjemaah. Takkanlah Umar ni nak karut.. Dia ni sahabat nabi.

MALAM KHAMIS (30/09/2009)

Kalu kita dok tengah smaye sunat, tiba-tiba orang komat, wajib disempurnakan smaye itu (wajib muqoyyat), dgn syarat kita yakin kita tak luput smaye jemaah dgn imam. Tapi jika kita takut smaye jemaah tu habis, maka sunat kita putuskan smaye. Caranya, builah salam, walaupun kita dok cacang. Qosat dalam hati:- Hei Tuhan, aku skat ni jah..

Wajib tu ada beberapa jenis :
  • Wajib za'e.
  • Wajib aridi : Cth :- Kita nak smaye yang sunat. Walaupun smaye tu smaye sunat, benda yang 13 tu adalah wajib. Cth :- Aku nok smaye sunat, tapi tokse baca Tehoh heh.. muga smaye sunat jah.. Tok leh lagu ni.
  • Wajib syarak : Wajib pada undang-undang Islam, spt Wajib, Haram, Sunat, Harus.
  • Wajib akal : Cth :- Wajib pada akal, mustahil pada akal, harus pada akal.
  • Wajib adab.
  • Wajib muqoyyat : Wajib yang berkait dgn ibadat utama. Cth :- Smaye tu wajib, maka tiap-tiap perkara yg memerlukan kpd smaye tu, maka benda tu jadi wajib, spt wuduk, cara berhadas, cara berjemaah, dll.
  • Wajib usoli

Kalu kita sampai di masjid, org nok qomat doh, maka kita buleh smaye 2 dalam 1, iaitu smaye tahyatulmasjid + smaye qobliyah (2 rakaat jah). Ataupun kita baca subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar, 4 kali.

Kalu anak takdok pok, org panggil anak haram. Kalu ilmu takdok tok guru (ngaji guna CD, buku jah), takdok org nok ngaku laa di akhirat seksok.

Friday, September 11, 2009

KHUTBAH JUMAAT (11/09/2009)

Nabi kata, Allah memandang makhlukNya dengan pandangan keampunan pada malam Lailatul Qodar, kecuali 4 golonge ni :
  • Orang yg mengekali minum arak
  • Orang yg derhaka ko ibu bapa
  • Orang yg berdendam
  • Orang yg memutuskan silaturrahim

Monday, September 7, 2009

MALAM SABTU (2009-002) HJ. DIN

Julat awal waktu bagi smaye fardu 5 waktu :

  • Subuh = 20 minit
  • Zuhur = ?
  • Asar = ?
  • Maghrib = 13 minit (setengah kata 18 minit). Tapi, kalu kita posa, samada posa Ramadan atau posa sunat, kalu kita smaye pukul 8 pun, masih dianggap di awal waktu. Sebabnya? Itulah antara kelebihan bg org yg berposa.
  • Isyak = 2 jam

3 golongan yang dibangkitkan di hari akhirat dgn rupa babi :

  • Kecek mendo x pekdoh dlm masjid
  • Kecek tika orang dok ngajar.
  • Kecek tempat orang mati.

Seko baik ada wajib, sunat & harus. Kita wajib seko baik ko dua keadaan :

  • Seko baik ko Allah
  • Seko baik ko org Islam yg tak nampak keburukan dia

Wednesday, September 2, 2009

PTG JUMAAT DI U (27/10/2000)

Dulukan kaki kanan utk masuk dlm masjid (benda-benda yang baik, Nabi SAW suka memulakan dgn tangan kanan. Ini adalah sunnah).

Jangan pandai-pandai untuk ambik barang-barang masjid (walaupun sikit).

Orang tina tokleh wi harta suami ko org lain. Spt ikan hok tok laki beli, dia wi ko jiran, dll. Tapi...

Elakkan benda-benda syubhah.

Disunatkan membina masjid, baiki kerosakan, dll.

Neraka dan syurga adalah makhluk tuhan. Jangan kita wat amal kerana makhluk.

Jangan ketip kuku @ sikat rambut dlm masjid.

Harus dibina masjid atas tapak gereja @ kubur (dgn syarat keluarkan dulu org dlm kubur itu).

Makhruh mewarnakan masjid dgn warna merah @ kuning.

Makhruh mengukir @ menghias masjid.

PTG JUMAAT DI U (20/10/2000)

Kalu kita pulang dari perjalanan yg jauh, sunat kita singgah kat masjid dulu (utk solat sunat) sblm kita jejak kat rumah.

Tidak apa tutup masjid kalu di luar waktu solat (kalu dgn niat utk kemaskini masjid, bersih, cuci, dsbnya). Tapi membuka masjid adalah lebih baik.

Makhruh buat kubur dlm masjid. Tapi kubur nabi dlm masjid. Itu special case. Tokleh nok wat apa, sebab kubur nabi tu sebenarnya dlm rumah Aisyah. Rumah Aisyah tu, tepi masjid. Jadi, bila masjid diperbesarkan, kubur nabi masuk laa dlm kawasan masjid.

Dalam masjid, gali kubur utk tanam orang :- Haram yg sangat-sangat.

Makhruh menulis tulisan di dinding masjid.

Kali lima masjid pun sebenarnya termasuk dlm kawasan masjid. Tapi ia masih boleh dikhilafkan.

Kalu kita solat dlm lingkungan 200 hasta drp imam, kita masih boleh ikut imam. Tapi, x dapat pahala sof laa.

Nabi suruh :- Cuba-cubalah menitiskan air mata mengingati kebesaran Allah.

USTAZ OSMAN DI U

Tasauf = suatu ilmu untuk mencari keredhaan Allah.

Tasauf ni, kalu nok ngaji dia, mesti faham betul-betul. Mesti!

PTG JUMAAT DI U (2001-003)

Mandi Wajib.

Mandi wajib ni, tokleh kurang (disunatkan tidak kurang) drp 1 gantang (4 cupak) air.

Kata Imam Syafie, mandi wajib ni, makhruh keterlaluan mencurahkan air.

Makhruh juga ambik wuduk guna air yg tenang (air yg tak mengalir).

Kalu lepas wat projek, makhruh kalu makan & minum kalu x mandi.

Kata Imam Ghazali, tak wajarlah selepas berjunub, kita kerat kuku, kerat rambut, kerat bulu kemaluan, kerana pada hari kiamat, benda-benda tu akan bangkit dlm keadaan junub.

Apabila berjunub, maka setiap anggotanya adalah dlm keadaan berjunub.

Apa yang haram untuk orang berjunub?
  • Solat.
  • Tawaf sekitar kaabah (walaupun tawaf sunat). Sebab, tawaf ni, taraf dia = taraf solat.
  • Sentuh quran.
  • Membaca quran dgn lidah walaupun satu huruf (dgn niat baca quran) <- kata Imam Syafie.
  • Iktikaf dlm masjid (secara sepakat ulama' kata tokleh). Kalu hok detail lagi, lalu pun tokleh.
  • Mengikut Imam Syafie, x leh duduk di masjid atau mundar-mandir di kawasam masjid tanpa hajat. Tapi kalu lalu skali saja, buleh.

Mandi-mandi Sunat.

  • Mandi kerana smaye Jumaat (bermula dari terbit fajar hingga tergelincir matahari). Kalu seseorang itu kena mandi wajib pada hari Jumaat @ hari raya, niatlah kedua-duanya sekaligus, tak payah mandi dua kali.
  • Mandi dua hari raya. Sebenarnya, solat hari raya ni sunat dibuat di kawasan lapang (luar masjid, spt padang dsbnya).
  • Mandi untuk ihram.
  • Mandi masuk Mekah.
  • Mandi masuk Madinah.
  • Mandi kerana gerhana matahari.
  • Mandi kerana gerhana bulan.
  • Mandi kerana minta hujan. Kalu nak mitok hujan ni, selendang diterbalikkan. Doa, angkat tangan tinggi. Kepala dongak ke langit. Bawak ternakan, kanak-kanak & orang-orang tua. Kenapa?
  • Mandi kerana memandikan mayat (samada Islam atau kafir) (dlm kes-kes spt kapal terbang terhempas). Kalu usung mayat @ pegang-pegang mayat, lagu mana? Ambiklah wuduk. Adakah mayat tu najis? Tidak.
  • Sunat juga mandi bagi org yg baru sedar drp gila, mabuk, pitam.
  • Sunat juga mandi bagi org yg menemui malam Lailatul Qodar.
  • Mandi malam Nisfu Syaban. Pada mlm ni, dibahagikan rezeki untuk setahun & ditentukan ajal.
  • Mandi kerana lepas drp perkara yg menakutkan.
  • Mandi kerana bala telah diangkat dari kita. Bala ni turun drp dosa kita. Untuk elak bala ni, selalukanlah bersedekah.
  • Mandi kerana berlaku kegelapan yg amat sangat.
  • Mandi kerana bertaubat.
  • Mandi kerana balik drp perjalanan yg jauh.
  • Mandi kerana terkena najis (tapi tak nampak, spt air kencing).

Menolak kemudaratan lebih utama drp mengambil sedikit kabaikan.

Masjid = tempat paling mulia di dunia.

Masjid yang paling afdal :

  • Masjid Haram
  • Masjid Madinah
  • Masjid Aqso

Beribadat di Mekah dapat pahala 100 ribu kali ganda.

Imam Nawawi (bermazhabkan As-Syafie) :- Masjid adalah haram ke atas org yg berjunub.

Imam Syafie :- Harus kalu lalu saja.

Abu Hanifah :- Makhruh kalu lalu saja.

Kalu kita dok dlm masjid, pastu mimpi (keluar mani), maka wajib kita keluar drp masjid.

Iktikaf buleh, walaupun tanpa wuduk (tapi jangan laa buat camni).

Kalu berhadas kecil (spt kentut) buleh duduk dlm masjid.

Tidur dlm masjid adalah harus. mengikut Imam Syafie, ia tak makhruh. Tapi jangan sampai mengotorkan masjid. Kalu kotorkan, haram.

Harus bagi orang kafir masuk masjid, dgn izin org Islam, kata Imam Syafie (walaupun org kafir tu dlm keadaan berjunub), kecuali Masjidil Haram & Tanah Haram Mekah.

Buleh makan & minum dlm masjid.

Makhruh makan petai, jering, bawang putih, dan geng-geng dia, dlm masjid.

Solat, kalu dibatalkan secara suka-suka, haram.

PTG JUMAAT DI U (29/06/2001)

Tayammum.

Buleh tayammum kalu takut kehilangan harta benda.

Harus tayammum jika berlaku darurat sekiranya guna air (cth :- air terlalu sejuk)

Dibolehkan tayammum jika tiada alat utk ambil air tersebut.

Adalah diulang semula solat yg ditunaikan secara tayammum?
Katakan dia solat dgn cara tayammum, pastu air pun ada selepas habis waktu, ulama' berpakat x payah qodo'.

Jika kita solat, tiba-tiba kita tahu ada air, maka batallah tayammum & solat itu. Kalu kita dlm keadaan musafir, tak batal solat kita.

MALAM SABTU (03/08/2001) HJ. DIN

Taqwa Tahap 1 :- Tak dapat tahan nafsu amarah. Taqwa tahap ni tok bejadi gawa.

Taqwa Tahap 2 :- Nafsu amarah dapat kawal, tapi x dapat tahan nafsu lauamah. Taqwa tahap ni pun tok bejadi gawa jugok.

Taqwa Tahap 3 :- Dapat kawal nafsu amarah & nafsu lauamah.

Tuesday, September 1, 2009

MALAM SABTU (2009-001) HJ. DIN

Dalam ibadat ni, kalu tokleh wat serema, janganlah tinggal serema.

Monday, August 31, 2009

M ROYAT (30/08/2009)

Jangan jadi angan-angan katu. Agas nok tawan tari. Terbang punya terbang, tok de dua lekok, patoh sayap. Bok, jatuh tanoh. Puk, patuk di ayam.

Friday, August 28, 2009

PTG JUMAAT DI U (30/03/2001)

Haid.

Haid dikira dari tahun baligh seseorang itu. Ada 3 pendapat ulamak :
  • Awal tahun ke-9 bagi budak itu.
  • Permulaan tahun ke-10 bagi budak itu.
  • 6 bulan selepas tahun ke-9 bagi budak itu.

Katakan, haid nampak darahnya pada tahun ke-8, itu sebenarnya bukan darah haid.

Tempoh haid selama-lamanya (sepanjang-panjangnya) adalah 15 hari.

Tempoh haid sependek-pendeknya adalah 1 hari 1 malam.

Sependek-pendek masa suci haid adalah 15 hari.

Sepanjang-panjang masa suci haid adalah tak ada had.

Masa kebiasaan haid adalah 6 - 7 hari.

Masa kebiasaan suci haid adalah 23 - 24 hari.

Pada zaman ni, kalu wanita haid dia tu kurang drp 1 hari 1 malam, atau lebih daripada 15 hari, lagu mana? :

  • Kita tak anggap ia sebagai darah haid (Pendapat 1).
  • Ia diambik kira sebagai haid (Pendapat 2).
  • Kalu darah itu banyak, harus kita mengiktibar ia sebagai haid (Pendapat 3).

Bagi orang awam, ikutlah apa ustaz atau mufti cakap.

Orang haid x leh buat 4 perkara :

  • Setiap yg memerlukan kepada Taharah (bersuci) spt solat, sujud syukur, dsbnya, orang haid tokleh buat. Kalu dia ambik wuduk pun, tak sah. Tapi kalu dia mandi utk buat ihram, ia sah (sebab ihram hanya niat saja).
  • Orang haid tokleh beriktikaf.
  • Orang haid tokleh berpuasa. Lagu mana kalu wanita itu nazar posa 2 bulan berturut-turut? Tolak laa masa haid tu, pas tu ganti laa..
  • Orang haid tokleh berjimak. Ini diharamkan secara nyata.

Buleh beromantik dgn wanita haid pada bahagian atas pusat dan bawah lutut.

MALAM X DICATAT (2001-002)

Baca fatihah hendaklah tartil :
  • Bacaan yg tidak tergopoh gapah.
  • Lafaz huruf & tajwid biar betul. Sebab ia berkait rapat dgn makna.

Bacaan fatihah, quran, doa, tasbil hendaklah dlm bentuk suara (bukannya secara berangin). Cara berangin ni, amat-amat tidak digalakkan.

Dibahaskan dlm kitab bahawa fatihah ni, janganlah disambung (bacalah satu-satu), kerana ia adalah percakapan kita dgn Allah.

Fahamkan makna fatihah lebih membantu akan khusyuk.

Jangan berlari / bergegas dlm masjid.

Mendatangkan khusyuk dlm solat adalah sebelum masuk waktu.

MALAM AHAD (2001-001)

Taubat.

Jika ada dosa mengumpat @ memaki, maka hendaklah mintak halal drp tuannya, serta dustakanlah (salahkanlah) diri sendiri. Kalu tokleh.. Mintaklah dgn Allah SWT agar si anu itu memaafkan kita (kena mintak banyak kali).

Jika ada dosa pada agama (seperti mengkafirkan orang, memurtadkan orang, membidaahkan orang), maka hendaklah dustakan diri di hadapan mereka itu, dan mintak halallah drp mereka itu. Kalu tokleh.. Handaklah sentiasa mintak taubat kpd Allah SWT supaya si anu itu memaafkan kita (kena mintak banyak kali laa..).

Takut (khauf).

Orang yang jijok tahap takut, akan ada 4 perkara :
  1. Dapat petunjuk (ia mari sendiri).
  2. Dapat rahmat (hati berasa kasihan belas).
  3. Ilmu (rapat-rapatkanlah diri dgn masjid).
  4. Keredhaan Allah SWT. Kita redha kpd Allah. Hak Allah kita kena buat, walaupun sibuk staramana pun, walupun letih staramana pun. Insya Allah, Allah redha kpd kita.

MALAM AHAD (28/04/2001)

Baca quran paling mustajab pada waktu malam.

Sabar.

Sabar Orang Awam :
  • Kebanyakan manusia.
  • Sabar kerana sakit, susah, dsbnya.
  • Sabar berbuat taat.

Sabar Orang Muridin (org yg inginkan kebahagian di akhirat) :

  • Ringan ke atas hati bagi orang muridin akan segala kesakitan, kesusahan, dsbnya, yg menimpa dia, kerana dlm hati mereka itu, semua itu datangnya dari Allah.
  • Bila perkara di atas tu dah OK, maka tak susah bg mereka utk buat amal, dan x susah utk tinggal maksiat. Mereka buat amal ibadat bukan kerana pahala atau dosa, tapi semata-mata mengikut suruhan Allah.

Sabar Orang Zahidin (org yg menghampiri diri kpd Allah).

Sabar Orang Salikin (org yg menuju kpd Allah) :

  • Org yg serah diri betul-betul kpd Allah, kerana mereka yakin semua perkara sudah tercatat pd azalinya (sudah tercatat pada luhmahfuz).

Syukur.

Syukur ialah, buat apa yg disuruh, tinggal apa yg dilarang.

Martabat syukur adalah lebih tinggi drp sabar (sabar tu tinggi doh).

Hakikat syukur tu 3 perkara :

  • Ilmu :- tahu segala nikmat itu drp Allah.
  • Terima pemberian Allah.
  • Amal

MALAM SABTU (2001-004) HJ. DIN

Solat syariat :- solat biasa.
Solat torikat :- atas sikit.
Solat hakikat :- solat yg benar-benar rapat dgn tuhan. Disinilah, innassolaa..

Solat yg sebenar-benar mesti ada :
  • Khusyuk
  • Rendah diri
  • ?
  • Perasaan kehambaan. Benda-benda ni semua takdok kepada org yg x yakin akan perjumpaan dia dgn Allah.

Bila kita kenal sungguh tuhan, kita akan berasa manis.

Jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah :- Permulaan yg wajib bg seseorang mukallaf, adalah kenal wujudnya Allah (sifat 20).

Mana-mana org yang duduk dgn menerima tanpa berfikir @ berbuat tanpa memahami, maka dia bukan org beriman.

Kata ahli tauhid :-Iman yg ikut secara membuta tuli, ia tidak sempurna.

Benda yng menunjukkan bodo, cerdik, mundur, maju, buruk, baik, ialah percakapan.

10 kelemahan umat akhir zaman :

  • Pemerintah dilantik di kalangan org yg x brapa minat dgn agama.
  • Tiada kerjasama antara pemerintah dgn alim ulamak.
  • Ramai kakitangan kerajaan yg jahil dlm agama.
  • Hilang kepercayaan org ramai terhadap kesucian Islam, kerana umat Islam itu sendiri.
  • Ulama tidak mengambil berat ko ilmu yg berfaedah.
  • Memasukkan benda yg bukan agama, ke dalam agama.
  • Terlalu taksub kepada sesebuah mazhab.
  • Agama dijadikan alat utk mengkapirkan orang Islam. Cth : Saidina Umar, Usman, Ali, ghalik-ghalik jah dikapirkan oleh orang. Padahal mereka ni ahli syurga.
  • Lemah semangat jihad.
  • ?

Sifat 20 :

  • Ujud (ada) : Wujud tuhan dan tidak ada yang mengadakannya.
  • Qidam (sedia) : Allah itu sedia, dan tidak ada permulaan.
  • Baqo' (kekal) : Tidak hilang akhir.
  • Mukholafatu lilhawadith (besalahan dgn makhluk) : Tuhan tidak baru, dan tiap-tiap yang baru tu bukan tuhan.
  • Qiamuhu bihafsili : Seadanya dengan sendiri. Tidak ada yang menolongnya.
  • Wahdaniah (esa)
  • Qudrat
  • Irodat

Fikir akan diri, pastu pindah fikir kpd alam ini.

MALAM X DICATAT (2001-001)

Rukun Qolbi (dalam hati) (2) :
  • Niat
  • Tertib

Rukun Qouli (bacaan / yg jenis baca / kata) (5) :

  • Takbir
  • Fatihah
  • Tahyat akhir
  • Selawat
  • Salam

Rukun Fiqli (perbuatan) :

  • Berdiri betul. Kaki kanan & kiri sama gagah. Jarak dia ialah sejengkal.
  • Rukuk. Kepala dgn tubuh biar seperti papan skeping.
  • Iktidal.
  • Sujud. Tujuh anggota. Dahi (rapat ke sejadah). Dua tapak tangan (jari kena hulur ke kiblat). Dua lutut. Dua kaki (perut jari kaki kena rapat ke bumi).
  • Duduk antara dua sujud.
  • Tahyat akhir (telunjuk kena hulur).

Tomakninah = berhenti sekejap sekodar baca subhanallah.

Rukun smaye :

  1. Niat
  2. Berdiri betul
  3. Takbiratulihram
  4. Baca fatihah
  5. Rukuk
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Duduk tahyat akhir
  10. Baca tahyat akhir
  11. Selawat ke atas nabi dlm tahyat akhir
  12. Salam
  13. Tertib

Rukun 13 itu, setelah dibahagi 3, kena bahagi 3 lagi, iaitu :

  • Ilmu
  • Sama'
  • Basar

Rukun qolbi itu digantungkan kpd Ilmu Allah, kerana sekalian perbuatan hati itu diketahui Allah.

Rukun qouli itu digantungkan kpd Sama' Allah, kerana perbuatan lidah itu didengar Allah SWT.

Rukun fiqli itu digantungkan kpd Basar Allah kerana segala perbuatan dlm solat itu dilihat oleh Allah.

Bersugilah sebelum bersolat.

Peekara-perkara makhruh dlm smaye :

  • Tilik ke atas langit
  • Pandang kiri & kanan
  • Meludah
  • Main janggut / rambut
  • Melentang tangan pd mulut
  • Menghurai-huraikan kain
  • Tahan kencing & berak
  • Berdiri sebelah kiri
  • Ingin nak makan
  • Kalu imam, jangan baca koho (kena baca nyaring)
  • Smaye tu janganlah terlalu cepat @ terlalu perlahan

MALAM SABTU (2001-003) HJ. DIN

Syarat niat smaye, kena ada 3 perkara :
  • Ingat nak smaye.
  • Ingat smaye fardu @ sunat.
  • Ingat smaye tu smaye gapo.

PTG JUMAAT DI U (2001-002)

Berdosa kencing pada masjid, tanpa ada bekas.

Makhruh kencing dalam masjid, walau ada pekas.

Haram melakukan persetubuhan suami isteri dlm masjid.

Konsep kawasan masjid :- sampai ke langit.

Mazhab Syafie kata, haram memasukkan najis ke dalam masjid.

Camna kalu kita berdarah, nak masuk masjid? :- hukumnya haram.

Nak berzikir, baca quran? :- pastikan diri bersih, & dalam masjid.

Makhruh menanam pokok dalam masjid.

Makhruh menggali perigi dalam masjid.

Makhruh mengangkat suara dalam masjid.

Ikut Imam Syafie, haram buat jual beli dalam masjid.

Sunat membuang sesuatu yg kita nampak seperti mengotori masjid (ludah, sampah, taik cicak, dll).

Menyalakan api di kawasan masjid (tambah power supply) (yg bukan hari-hari) adalah bidaah mungkarah -> kerana sama dgn majusi.

MALAM SABTU (25/05/2001) HJ. DIN

Hukum = Suatu ketetapan bagi suatu perkara, samada untuk menentukan atau menidakkan, seperti menentukan putih pada kapur, atau menidakkan hitam pada kertas.

Hukum Akal adalah terpenting dlm pelajaran Ilmu Tauhid.

Hukum Syarak adalah terpenting dlm pelajaran Ilmu Feqah.

Wajib pada akal = Barang yang tentu dan kejat pada suluhan akal, dan tak membenarkan akal akan takdoknya.

Mustahil pada akal = Barang yang tentu takdoknya. Akal tak terima benda ni ada. (Barang yang tidak membenarkan akal akan adanya).

Harus pada akal = Akal membenarkan benda tu ada atau takdok.

MALAM RABU (2001-001)

Orang yg ada ilmu, tetapi tak amal dgn ilmunya, dia tu akan diseksa terlebih dahulu drp kapir sembah berhala. <- Hadis nabi SAW.

MALAM SABTU (18/05/2001) HJ. DIN

Sifat Allah :
  • Sifat Uluhiah : Sifat yg mustahak (berhak) disembah.
  • Sifat Rububiah : Sifat mendidik, menjaga, mengawal.

Agama :

  • Akidah (dasar)
  • Syariat (undang-undang) : Bahagi harta pusaka, ibadat, muamalat, munakahat, jinayah, al-khilafah (pemerintahan), dll.
  • Akhlak (kitab panggil Tasauf)

Permulaan dlm agama adalah mengenal Allah (wajib). Tapi permulaan kpd mengenal Allah itu adalah Hukum Akal (kena blajar Hukum Akal dulu utk blajar Hukum Mengenal Allah).

10 Syarat Iman :

  • Kasih kpd Allah
  • Kasih kpd malaikat
  • Kasih kpd kitab
  • Kasih kpd nabi Allah
  • Kasih kpd aulia
  • Bencikan seteru Allah
  • Takut azab Allah
  • Harap rahmat Allah
  • Membesarkan perintah Allah
  • Takutkan larangan Allah

Rosak Iman 10 perkara :

  • Menduakan Allah
  • Gembira atas maksiat
  • Membinasakan sama Islam
  • Bersalah-salahan (berbalah)
  • Meringankan syariat nabi
  • Tidak takut gugur iman
  • Menyerupai pakaian org kafir
  • Putua asa pada rahmat tuhan
  • Tidak mahu mengadap kiblat
  • ?

Kata Imam Ghazali, setiap mukmin itu cinta kpd Allah. Tetapi tahap kecintaan itu berbeza berdasarkan makrifat kpd Allah.

PTG JUMAAT DI U (2001-001)

Berinteraksilah dgn manusia berdasarkan kepada akal dan minda dia. <- nasihat nabi SAW.

Mana-mana hadis soheh, itulah mazhab aku <- kata Imam Syafie.

MALAM SABTU (2001-002) HJ. DIN

Wara' = jauhi perkara-perkara haram & syubhah.

Alim = banyak kebaikan drp keburukan.

Cara berubat :
  • Pelihara lidah (jangan sakitkan hati org lain, samada dia baik @ jahat)
  • Amal semua dlm quran.
  • Jangan campur akhirat dgn dunia.
  • Jangan berasa diri bersih.
  • Jangan angkat diri & jangan rendahkan org lain.
  • Jangan berasa besar amalan.
  • Jangan berbisik-bisik kalu nok kecek.
  • Jangan buka rahsia orang.
  • Jangan umpat manusia.
  • Jangan aibkan orang.

Tapi, benda-benda ni, payah, nak buat? Jawapannya ialah.. Baca al-quran.

MALAM ISNIN (2001-001)

Anggota tubuh badan yg Allah bagi ni adalah utk buat persiapan kpd mati.

Baca surah (ayat lazim) dlm solat tu sunat, tapi cara membaca dgn betul tu wajib. Kalu x betul, batal smaye.

Ziarah kubur adalah sunat.

Sebakhil-bakhil manusia ialah mereka yg lalu kat kubur, tapi x sedekah ayat skali pun.

Ingat kepada mati adalah wajib (fardi ain). Dalam sehari tu, wajib ingat kepada mati sekurang-kurangnya sekali. Kalu tidak, berdosa.

Jangan makan banyak kerana :
  • Makhruh
  • Keras hati
  • Malas
  • Kurang tenaga
  • Kurang pemahaman
  • Kurang bijak
  • X ada kasihan belas
  • Bersifat kedekut

Jangan tidur banyak di waktu malam.

Jangan minum air panas :- banyak penyakit.

Perhancurkan dulu makanan dlm mulut, baru telan.

Jangan makan makanan panas :- takdok berkat.

Jangan mengomen makanan.

Thursday, August 27, 2009

MALAM SABTU (2001-001) HJ. DIN

Sifat 20.

Allah itu Ujud (ada).

Dalil naqli (quran/ hadis) :
  • "Adalah kamu syak lagi akan tuhan?"
  • "Adakah manusia ini dijadikan dgn x ada penjadi?"

Dalil aqli (akal) : Adanya alam ini.

Alam ini baru, kerana ia berubah (x dok ko ado, kecik ko besar, dll). Bila alam bersifat baru, maka ia berubah.

Tanda adanya Allah adalah alam ini baru.

Alam ini dalam dua keadaan, antara ada dgn x dok, adalah sama berat. Tiba-tiba lhah ada (berat kepada ada). maka mustahillah tiada yang memberatkan kepada ada tu.

Dalil alam ini baru adalah alam ini jirim (benda). Jirim bersifat baru.

Mustahil ada benda yg dibuat dgn x ada penjadi.

Allah itu Qidam (sedia :- tiada permulaan)

Dalim qidam : Allah itu awal. Awal Allah adalah awal yang tiada permulaan.

Dalil naqli (quran / hadis) : "Allah yang awal (x permulaan)".

Dalil aqli (akal) :

  • Kalu tuhan tidak qidam, maka tuhan itu baru. Kalu tuhan itu baru, maka tuhan tu srupa kita la. Tapi mustahil tuhan tu srupa dgn makhluk.
  • Bila tuhan tu mustahil srupa dgn makhluk, sudah tentulah ia qidam, kerana antara qidam dan tidak qidam itu tidak ada apa-apa.
  • Kalu tuhan tu baru, tentulah tuhan tu berkehendakkan kpd yg membuatnya pula. Maka sudah tentulah ia berpusing-pusing dan tak ada kesudahan.

Kalu kita mati dlm lingkungan umur 50 tahun @ lebih, tuhan akan hisab kita dgn hisab yg mudah.

Perihal Sujud :

  • Sujud wajib (supa dlm solat). 7 anggota. Dahi (tokleh blapik), 2 tapak tangan (buleh blapik), 2 lutut (buleh blapik), 2 kaki (buleh blapik & kena sentuh perut anak jari).
  • Sujud haram : Sujud tanpa wuduk. Sujud pada manusia.
  • Sujud sunat : Sujud syukur. Sujud tilawah.

Kalu kita bergerak, ia bergerak, maka kita tokleh sujud atas dia.

Sujud Sahwi :

  • Bila tertinggal sunat ab'ah (tahyat awal, qunut).
  • Buat perkara yg membatalkan solat dgn tidak sengaja ( tok ingat kita dok smaye).
  • Baca rukun qouli tak kena pada tempat.
  • Menambah rukun fiqli dgn tak sengaja (rukuk 2 kali @ sujud 3 kali..).
  • Tokleh solat dgn tidak sengaja.

MALAM ISNIN (27/05/2001)

Sunat ziarah kubur Rasulullah SAW di Madinatul Munawwarah kerana pahala & kebaikan amat besar.

Sunat wi salam kpd ahli kubur ketika berada di kubur dari kalangan muslimin & muslimat shj.

Doa itu senjata muslimin. Doa itu otak manusia.

Syarat ziarah kubur :
  • Bersih dari hadas (ada wuduk) (sunat)
  • Bila sampai tu, wi salam lah.
  • Kalu gi ke kubur keluarga @ sahabat, berdiri rapat kpd kubur pada bahagian mukanya, wi salam dan sebutlah nama dia yang kita biasa sebut.
  • Selepas wi salam, sunat baca quran ko dia.
  • Lepas baca quran, ngadap kiblat dan berdoa kpd Allah utk dia.

MALAM JUMAAT (24/05/2001)

Sabar ada tiga peringkat :
  • Sabar atas maksiat : Walaupun berpeluang melakukan maksiat, tapi dia x buat. Taraf sabar atas maksiat adalah 300 darjat. 1 darjat adalah sama dgn antara langit dan bumi.
  • Sabar atas taat : Walaupun miskin, sakit, susah, sibuk lagu mana pun, amalan tetap tak tertala. taraf sabar atas taat adalah 600 darjat.
  • Sabar atas bala (cubaan Allah) : Walaupun kena bala sekali pun, tetap sabar. Taraf sabar atas bala adalah 900 darjat. 1 darjat adalah antara bawah bumi ke-7 hingga penghujung arasy.

Bala bermaksud cubaan tuhan.

Tips meredakan marah : Kalu kita nok marah ko orang, ambillah wuduk.

Bacalah bilmillah 786 kali dalam sehari.

MALAM AHAD (14/04/2001)

Sapa dapat sabar, dia dapat kepujian Allah.

Sabar dapat untung 2, dunia & akhirat.

Allah sentiasa bersama org sabar.

Kalu terima berita tak baik, jangan kalut, check slow-slow.

Orang-orang sabar tu, Allah bui ampun & rahmat (kasihan belas).

Orang sabar :- orang yg dapat petunjuk.

Org sabar tu, tuhan akan bui pahala :- upah :- (berdasarkan kpd kepenatan sabar)

Pahala orang sabar ni tidak terkira-kira.

Orang sabar, tuhan jadikan dia ketua.

Kalu nak betul-betul sabar, Tahajjud jangan tinggal.

MALAM SABTU (06/04/2001) HJ. DIN

Iman tu buleh tinggi rendah, berdasarkan amalan.

Islam :
  • Dasar Islam :- Akidah
  • Cawangan :- Ibadat, muamalat, munakahat, jinayah

Tanam iman di hati, keluarlah Islam, suburkan dgn ilmu, keluarlah amal soleh.

Khuyuk bukanlah syarat sah solat, tapi syarat solat itu diterima Alaah SWT. Maknanya, kalu x khuyuk dlm solat, solat tetap sah, tapi tak dijamin solat tu diterima atau tidak.

BUKU KECIK BIRU ECONJAYA

Kata Hj. Din, berkenaan berbini :
  • Kalu 1 : Tabi'e manusia
  • Kalu 2 : Kita akan sentiasa blawok
  • Kalu 3 : Dok atas bara api
  • Kalu 4 : Aman damai

Pagi 10 Muharram :

  • Mandi sunat 10 Muharram. Niat : Sahaja aku mandi sunat 10 Muharram, kerana Allah Ta'ala. Insya Allah, tok sakit. Kalu sakit, nak mati la tu.

Sila ingat orang-orang yg mandi nabi. Insya Allah, mata x sakit :

  • Ali
  • Abas
  • Fadlu
  • Usamak
  • Syukran

Berterima kasihlah kepada Rasulullah SAW kerana baginda rela malu muka gi mengadap Allah, utk mintak kurangkan bilangan solat kpd sekecil-kecil bilangan. Kalu tidak, wajib kita kena smaye 50 waktu.

Sapa-sapa yg tidak wara' (tidak berjurus) semasa belajar, tuhan akan bui 3 bala :

  • Kita akan ditempatkan di kawasan orang-orang yg jahil.
  • Berkhidmat kpd sultan. (Bukan kata berkhidmat ko sultan tu salah, tapo roliknya, bila berkhidmat @ dekat dgn orang besar ni, kita akan agah).
  • Mati muda.

BUKU KECIK PINK

Kalu kita buat hok sunat, itulah tandanya kita benar-benar nok ko tuhan. Kalu kita buat hok fardu saja, kita x benar-benar nok ko tuhan lagi tu. Tapi dgn syarat, on kan dulu smaye qodo.

Harta itu ialah racun, zakat itu ialah penawar. Cakap sia-sia itu adalah racun, zikrullah itu adalah penawar.

Azan : Tarjik tu ialah start Allahuakbaru.. sampai Asyhaduannamu.. . Haiya 'ala sampai habis tu dok.

Kalu kita nak membatalkan nazar kita @ sumpah kita, untuk setiap nazar @ sumpah tu, kena puasa 3 hari.

Kalu kita malas wat hok sunat :
  • Hilang berkat pada umur dan rezeki.
  • Kita jauh dgn nabi di akhirat kelak.

BUKU KECIK HIJAU

Smaye jenazah :
  • Allaa huakbar.```Alhamdulillaa hirobbil...
  • Allaa huakbar.```Allaa hummasolli 'alaa...
  • Allaa huakbar.```Allaa hummagh firlahuu...
  • Allaa huakbar.```Assalaa mu 'alaukum...

Kata Hj. Din, sila lihat hingga umur ini, kalu lepas umur ni dok lagi, maka dok le tuu...

  • Kepandaian..''': Lihat hingga berumur 20 thn. Kalu lepas umur 20 thn dok lagi, dok le tu.
  • Kekuatan......: Lihat hingga berumur 30 thn. Kalu lepas umur 30 thn dok lagi, dok le tu.
  • Kekayaan......: Lihat hingga berumur 40 thn. Kalu lepas umur 40 thn dok lagi, dok le tu.
  • Kebaikan.....'.: Lihat hingga berumur 50 thn. Kalu lepas umur 50 thn dok lagi, dok le tu.

PTG JUMAAT DI U (17/08/2001)

Salah satu sebab mengapa laki-laki boleh berpoligami : Kerana wanita itu ada masa breknya.

Mengikut para ulama, waktu paling minima (paling sikit) wanita suci adalah 15 hari.

Kata Imam Abu Hanifah, sekurang-kurangnya haid adalah 3 hari 3 malam. Kalu kurang drp tu, itu bukan darah haid, tapi darah istihadah. Pertengahannya dalah 5 hari. Paling lama adalah 10 hari. Lebih drp itu adalah darah istihadah.

Kata I. Maliki, tiada had minima bagi haid. Kalu paling minima pun, ia keluar sekali jah dalam sebulan, pastu terus bebas drp haid. Itu yg paling sekejap.

Kata Imam Syafie, paling minima adalah 1 hari 1 malam (24 jam), (x semestinya dia tu rasa sakit 24 jam). Kalu nak check samada haid tu ada lagi atau tidak, cuba check dgn kapas (masukkan kapas ke dalam kemaluan itu). Kalu kurang drp 1 hari 1 malam itu, maka itu bukanlah darah haid, tapi darah istihadah.

I. Ahmad bin Hambal adalah anak murid kpd I. Syafie.
I. Syafie adalah anak murid kpd I. Malik.
I. A. Hanifah pula adalah pendokong kepada mazhab (mewujudkan mazhab yang pertama).

Kata Imam Syafie lagi, darah haid tu buleh dibezakan dgn darah istihadah :

  • Darah istihadah keluar tu tak sesakit darah haid.
  • Bau darah haid tu lebih busuk drp darah istihadah.

Mengikut jumhur ulama, masa suci adalah 15 hari.

Ijtihad yg kedua itu tidak membatalkan ijtihad yg pertama. Cth : Ijtihad yg pertama dia smaye ngadap kiblat arah kiri, pastu dia ijtihad balik ke arah kanan, maka smaye yg dulunya tetap sah.

Apa itu tuhur (suci) ? : Ialah wanita itu suci drp darah haid & darah nifas. Tanda tuhur itu ialah kering darah ( dah x keluar darah lagi). Tahda tuhur itu juga ialah keluar air yg keputihan.

Tuhur itu ada 2 tahda :

  • Darah tadi tu kering (darah dah x keluar lagi)
  • Keluar air yg keputihan

Macamana kalu wanita itu datang haid, pastu tiba-tiba terputus pulak haid dia utk beberapa ketika. Pastu datang kembali haid tu. Adakah hari yg terputus itu dianggap sbg hari haid atau tidak? :

  • Pendapat I. Hanafi & Syafie : Org yg terputus haid tu, waktu hari yg terputus itu juga dikira sebagai hari haid (sehari ada, sehari x ada, sehari ada, sehari x ada, semua hari tersebut dikira sbg darah haid).
  • Pendapat Maliki & Hanabilah : Kalu x ada darah, ia dianggap sebagai tuhur (suci). Kalu ada darah, maka ia adalah haid.

Apa itu nifas? Mengikut mazhab Syafie : Darah yg keluar selepas bersalin.

Orang yg mengandung ni, biasanya x keluar haid. Tapi jika keluar darah, dan darah itu keluar dlm masa haid kita, maka darah itu dianggap sebagai darah haid.

Pendapat mazhab Hambali, darah yg keluar 2, 3 hari sebelum bersalin, pun dianggap sebagai darah nifas (bukan darah haid).

Darah istihadah -> darah penyakit.

Masa nifas : Mengikut mazhab Syafie -> sekurang-kurangnya sejetik sahaja (sehazlah sahaja) (sangat sekejap). Tapi mengikut kebiasaannya adalah 40 hari. Sebanyak-banyaknya 60 hari. Kalu lepas 60 hari, keluar lagi darah, anggaplah darah itu darah istihadah (bukan darah nifas dah).

Hukum berkaitan dgn haid & nifas, dan apa yg diharamkan ke atas org haid & nifas :

  • Hukum 1 : Apabila putus sahaja darah haid itu, maka ia kena mandi. Kerana kalu x mandi, wanita itu x boleh dicampuri.
  • Hukum 2 : Haid itu menunjukkan bahawa wanita itu dah baligh.