Saturday, October 24, 2009

MALAM AHAD (24/10/2009)

Allah buat langit & bumi ni dlm masa 6 hari. Tapi, bakpo Allah buat dlm masa 6 hari, sedangkan Dia buleh buat dgn sekelip mata, tanpa bergantung kepada masa & waktu? Kata ahli tafsir, sebabnya, Allah nak ajar ko manusia, bahawa kalu nok buat kijo-kijo besar, jange buat gaduh-gaduh.

6 hari tu, kata ahli tafsir, adalah 6 hari dlm ilmu Allah, yg mana 6 hari di sisi Allah adalah tak sama dengan hari-hari biasa makhluk ni. Setengah mengatakan 1 hari di sisi Allah adalah sama dgn 1000 hari di dunia.

Allah buat gunung, bukit-bukau, tanah yg subur, tanah yg tandus, padang pasir, daun yg hijau kuning, semuanya ada faedah. Tidak ada satu pun benda yg Allah jadi tu, tiada faedah, hatta nyamuk, lintah, pasir kasar, pasir halus, semut mayat & semut hitam skali pun.

Allah sediakan pohon kayu kaye, binatang di darat, ikan di laut, tinggal tugas manusia ialah :- berusaha, pastu berdoa.

Orang jaman ritu, kalu ada kijo besar (bekwoh ko, apo ko..) dia buleh alih hujan. Sebabnya, demo tu yakin hujan tu adalah salah satu makhluk kejadian Allah. Bukan bergantung ko sains. Sains tu sekadar menerangkan teknik kejadian hujan, bukannya penyebab hujan. Bila siap kijo besar tu, kalu nok hujan pun, tak apa laa.. Contoh lain ialah supa bala laa.. Contohnya kita ambik tsunami. Kalu ikut sains, tsunami ni terjadi disebabkan berlaku pergeseran kerak bumi. Itu adalah teknikal jah, yang menunjukkan teknik dan proses.. Persoalannya, bakpo tempat lain tok kena? Negara-negara lain pun banyak lagi hok ada kerak bumi yg tak stabil.. Kita lupa bahawa ini semua adalah bala dari Allah.. Sebabnya? Adalah benda-benda yg tak kena hok kita buat tu..

Friday, October 23, 2009

MALAM SABTU (23/10/2009) HJ. DIN

Munafik ni ada 2, iaitu munafik akidah & munafik ibadat. Kecek blawok tu ialah munafik ibadat. Dosa besar tu..

Alamat orang munafik tu 3 :
  • Bila dia bercakap, dia bohong.
  • Bila dia berjanji, dia mungkir.
  • Bila org wi amanah ko dia, dia khianat.

Maka, ini adalah tanda bagi org yg celaka.

Nabi kata, alamat orang jadi celaka ni ada 4 :

  • Dia lupa akan dosa-dosa dia yang lama, sedangkan dosa-dosa yg dia buat tu, tersimpan di sisi Allah.
  • Dia berasa sedap dgn amalan yg dia buat, sedangkan dia tak tahu amalan tu tuhan terima atau tidak.
  • Dalam hal dunia ni, dia tengok org yg lebih tinggi drp dia.
  • Dalam hal agama, dia tengok org yg lebih rendah drp dia.

Wajib atas kamu memelihara lidah kamu drp mengumpat. Mengumpat ialah salah satu sifat keji, namun ia sangat diminati oleh org ramai, dan sangat mudah utk dibuat. Walaupun ia mudah utk dibuat, tapi ia sangat berbahaya, sebabnya :

  • Sebab mengumpatlah, kawan akan menjadi lawan.
  • Sebab mengumpatlah, manusia menjadi rosak binasa.
  • Sebab mengumpatlah, masyarakat jadi porak-peranda.

Nabi pernah ditanya oleh para sahabat. Gapo dio gak mengumpat tu? Nabi kata, mengumpat tu ialah mu kata sesuatu, hok org tu benci dengar. Sahabat tanya lagi. Pahtu, kalu hok kita kata tu betul, lagu mana? Nabi kata, mangata-ngata hok betul atas tubuh dia tu lah yang dinamakan mengumpat. Kalu mu kata hok tak dok atas tubuh dia tu, itu dinamakan mereka-reka cerita.

Kata Imam Ghazali, mengumpat tu ialah apabila kita berkata hal seseorang, kalu dia dengar, dia marah, yang berkaitan dgn keturunan dia, tubuh badan dia, perilaku dia, percakapan dia, agama dia, pakaian dia, rumahtangga dia, dsbnya.

Mengumpat itu ialah apabila seseorang itu mengata hal-hal yang org lain dengar, dia benci, samada melalui kata-kata, gerak tubuh badan, tulisan, dll.

Sifat mengumpat berkembang & membiak kerana :

  • Malas berkerja.
  • Kerana nak ambik hati kawan.
  • Kerana nak ambik perhatian org ramai, supaya org anggap dia di pihak yg benar.
  • Kerana nak melepas geram di hati.
  • Kerana ada perasaan dengki & iri hati.
  • Kerana perasaan bangga diri, sombong, bongkak. Sebab dia rasa, dialah pandai, mulia, alim. Org lain bodo, hina, jahil.

Kalu org dok mengumpat, pahtu, kita jo kata ho yah, maka tuhan bubuh temaga cair dlm linga kita.

Kalu kita tak sanggup dan jijik memakan daging saudara kita yg telah mati, maka sudah tentulah kita tak sanggup dan jijik nak mengumpat.

Seko baik dan seko buruk :

  • Wajib seko baik ko Allah.
  • Haram seko buruk ko orang yg dia tu confirm baik.

Kecenderungan dalam melihat org lain yg berlainan amalan dgn kita sebagai musuh, adalah dilarang dalam Islam.

Seburuk-buruk org ialah org yang rosak akhirat dia kerana dunia orang.

Monday, October 19, 2009

MALAM SELASA (19/10/2009)

Hari besar Yahudi :- Sabtu.
Hari besar Nasrani :- Ahad.
Hari besar Islam :- Jumaat.

Kelebihan hari Jumaat :- Hari yang mustajab doa.

Kena ada 14 ilmu dalam dada, baru buleh jadi mujtahid.

Kalu kita nok mengajar orang, kena ngajar & tegur dgn hikmah dan bijaksana.

Kena ngajar molek, kena ngaji banyak.

Kalu kita nok ngajar, kalu ilmu ada secupak, akalan kena ada segantang. Kalu ilmu ada secupak, akalan pun ada secupak, tok leh gi..

Saturday, October 17, 2009

MALAM AHAD (17/10/2009)

Jangan campakkan diri kamu dalam kebinasaan. 3 golongan ni adalah tergolong dalam kebinasaan :
  • Orang yg tak belanjakan kekayaan dia ke jalan Allah.
  • Orang yg tak berjihad (berjihad ni, dgn pen pun buleh).
  • Orang yang putus harap.

Berjihad ni, ada 2 jenis :

  • Berjihad menentang musuh Allah.
  • Berjihad menentang hawa nafsu (ada yang buleh, tapi ramai yang tok leh).

Allah sangat berkuasa membalik-balikkan hati. Maka sentiasalah berdoa (jange tinggal) doa berikut : Allaa humma yaa muqollibal quluub. Thabbit qolbi 'alaa dii nik. Wa 'alaa too 'atik. Sebab, ada kes, sorang budak tu, tok tinggal smaye jemaah. Tapi, masuk bulan kedua, dia jadi malas.

Kalu kita ni orang alim, kita kena dakwah orang-orang jahil di tempat duduk kita. Kalu tak berjaya, kita kena pindah gi lain. Sebabnya, bala ni, dia tok sekadar kena ko orang jahil tu jah. Habis pah kok rang alim pun kena.

Manusia ni, akan melalui 6 alam :

  • Alam ruh.
  • Alam perut ibu.
  • Alam nyata (hok kita hidup loni laa ni..).
  • Alam kubur (alam barzakh).
  • Padang masyar.
  • Alam syurga atau alam neraka.

MALAM SABTU (16/10/2009) HJ. DIN

Golongan yang buleh duduk bawah Arash :
  • Pemuda yang mana hidup dia dlm beribadat kpd Allah.

Tuhan senang hati kepada 3 golongan ni :

  • Orang murah.
  • Orang rendah hati (tak sombang).
  • Orang yg bertaubat drp dosa.

Tuhan lebih senang hati kepada 3 golongan ni :

  • Orang miskin yang murah.
  • Orang yang berada tapi tak sombang.
  • Pemuda / pemudi yang bertaubat drp dosa.

3 jenis manusia tuhan benci :

  • Orang kedekut.
  • Orang sombang.
  • Orang fasik. (Org fasik ni ialah, smaye dia buat, mengumpat pun dia buat..)

3 jenis manusia tuhan lebih benci :

  • Si kaya tapi kedekut.
  • Si miskin tapi sombang.
  • Si tua tapi masih berbuat maksiat.

MALAM KHAMIS (14/10/2009)

Smaye qodo ialah smaye yang tak dapat sekali rukuk dalam waktu dia. Kalu buleh sekira-kira skali rukuk, maka smaye tu jadi smaye tunai. Cth :- kalu kita smaye Zuhur pukul 4 lebih, pastu kita tok de rukuk, tiba-tiba bang Asar. Maka smaye kita sakni jadi smaye qodo.

Takbir iktiqolah ialah takbir selain takbir ratul ihram.

MALAM SABTU (09/10/2009) HJ. DIN

Tanda orang yang bahagia & mendapat manfaat di akhirat ialah orang yang tidak bercakap benda-benda yang tak bermanafaat & sia-sia.

Dosa mengumpat ni, lebih besar daipada berzina. Sebab, berzina ni, hukumannya ialah kena rejam saja. Tapi mengumpat ni, dia bereker dgn orang. Maknanya, kena mitok maaf dgn orang tu dulu, baru Allah maaf. Tapi kata Maliki, kalu kita mengumpat kok rang, padan sekodar kira-kira hantar kad slamat hari raya, pastu tulis Maaf Zahir & Batin.

Saidina Umar suruh ingat 2 perkara, lupa 2 perkara :

Kena ingat 2 perkara :
  • Ingat ko mati.
  • Ingat ko akhirat.

Kena lupa 2 perkara :

  • Lupa hok kita wat baik kok rang.
  • Lupa hok orang wat zalim kito.

Nikmat atas dunia ni, hanya 1% sahaja. 99% lagi adalah di akhirat. Manusia hidup di dunia, walaupun mewah stara mana sekalipun, ada saja kekurangan.

Lidah, wajib kena jaga drp beberapa perkara :

  • Dusta.
  • Mengilai Ha! Ha! Ha! Ha!
  • Bersenda main.

Sebabnya, ia akan merosakkan amalan.

Jika orang lelaki, bercakap kpd orang-orang depan dia supaya jadi ketawa, dia akan masuk neraka 70 tahun.

MALAM KHAMIS (07/10/2009)

[4] Mendapat Rakaat

Makmum Masbuk : Iaitu makmum yang tak dapat masa membaca Fatihah tika dia dok cacang bersama imam (masa utk dia baca tehah tu tak dok atau tok cukup). Range masa baca tehah ialah kadar pertengahan (tidak cepat & tidak lambat, lebih kurang 30 saat). Bakpo tok de masa? Sebab tok imam berdiri semetar sangat. Kita akan dapat rakaat sakni, jika takbiratulihram kita bereh & kita sempat rukuk dgn tok imam, kira-kira sekodar 1 saat. (Orang jaman ritu kata, utk mudah ingat makmum masbuk ni, makmum masbuk ialah orang sibuk..)

Makmum Muafik : Orang yang dapat masa (baca atau tak baca tu hal lain). Utk orang muafik ni, dia wajib perhabiskan tehah dia.

P/S : Masbuk muafik ni, tak kira rakaat mana. Ia berlaku pada semua rakaat.

P/S : Konsep masbuk muafik ni, adalah berkaitan dgn kadar masa sahaja.

Payah nak mengucap tika nak mati, jika kita :
  • Bual tika ambik air smaye.
  • Bual tika bang.
  • Bual tika orang ngajar.

Saturday, October 3, 2009

MALAM SABTU (02/10/2009) HJ. DIN

Poso hok Tuhan suruh ada 5 jenis :
  • Poso Ramadan
  • Poso qodo
  • Poso nazar
  • Poso kifarat : Poso kifarat kerana bunuh orang (cth :- blago kereta), poso kifarat kerana melakukan zihar (cth :- Tok laki kata ko bini dia, belakang mu serupa dengan belakang mak aku), posa kifarat kerana melanggar sumpah.
  • Poso sunat

Nazar ni, janganlah nazar hok jenis nok buat ibadat, sebabnya itu adalah orang yang malas. Sebabnya, kalu dia tok bernazar, tobat dia tok buat ibadat tuh.. Jangan jugak buat nazar yg jenis wi makan atau berbelanja. Sebabnya, itu adalah org yg klorek. Sebabnya, kalu dia tok bernazar, tobat dia tok wat makan atau berbelanja.

Kalu tok mampu nak tunai nazar :

  • Merdekakanlah 1 org hamba. Kalu tok mampu;
  • Wi makan ko 10 fakir miskin. Kalu tok mampu;
  • Wi sehelai pakaian (baju sendu ko, kain ko..) ko 10 fakir miskin. Kalu tok mampu;
  • Poso 3 hari.

Kalu kita melanggar sumpah (cthnya :- Wallahi aku tokse make benda ni. Tapi lama-lama dia pun make jugok), maka kena bayar kifarat. Cara kifaratnya adalah serupa dgn nazar, iaitu :

  • Merdekakan 1 org hamba. Kalu tok mampu;
  • Wi makan ko 10 fakir miskin. Kalu tok mampu;
  • Wi sehelai pakaian (baju sendu ko, kain ko..) ko 10 fakir miskin. Kalu tok mampu;
  • Poso 3 hari.

Kifarat kerana bunuh orang / kifarat kerana melakukan zihar / kifarat kerana bersetubuh tika poso Ramadan :

  • Merdekakan 1 org hamba. Kalu tok mampu;
  • Posa 2 bulan berturut-turut. Kalu tok mampu;
  • Memberi makan (1 cupak) ko 60 org fakir miskin.

Kifarat kerana bersetubuh tika poso Ramadan hanya kena ko org lelaki sahaja.

Kalu nok blago antara smaye terawih 8 dgn 20, maka sebenarnya gagah hok 8. Sebabnya, hok 8 tu, hadis dia sahih. Hok 20 pulok, hadis dia daif. Hok 8 tu, hadis dia dari Aisyah. Tapi, bakpo tok-tok alim kebanyakannya pilih hok 20? Sebabnya, nabi, dia smaye, samada dalam bulan Ramadan ataupun tidak, adalah tak kurang drp 20 rakaat. Jadi, hadis hok 20 hok daif tu, jadi kuat balik laa..

Bakpo smaye terawih hok 20 tu masih menjadi pilihan? Sebab lainnya, Umar pun mengarahkan rakyat dia buat 20 & berjemaah. Takkanlah Umar ni nak karut.. Dia ni sahabat nabi.

MALAM KHAMIS (30/09/2009)

Kalu kita dok tengah smaye sunat, tiba-tiba orang komat, wajib disempurnakan smaye itu (wajib muqoyyat), dgn syarat kita yakin kita tak luput smaye jemaah dgn imam. Tapi jika kita takut smaye jemaah tu habis, maka sunat kita putuskan smaye. Caranya, builah salam, walaupun kita dok cacang. Qosat dalam hati:- Hei Tuhan, aku skat ni jah..

Wajib tu ada beberapa jenis :
  • Wajib za'e.
  • Wajib aridi : Cth :- Kita nak smaye yang sunat. Walaupun smaye tu smaye sunat, benda yang 13 tu adalah wajib. Cth :- Aku nok smaye sunat, tapi tokse baca Tehoh heh.. muga smaye sunat jah.. Tok leh lagu ni.
  • Wajib syarak : Wajib pada undang-undang Islam, spt Wajib, Haram, Sunat, Harus.
  • Wajib akal : Cth :- Wajib pada akal, mustahil pada akal, harus pada akal.
  • Wajib adab.
  • Wajib muqoyyat : Wajib yang berkait dgn ibadat utama. Cth :- Smaye tu wajib, maka tiap-tiap perkara yg memerlukan kpd smaye tu, maka benda tu jadi wajib, spt wuduk, cara berhadas, cara berjemaah, dll.
  • Wajib usoli

Kalu kita sampai di masjid, org nok qomat doh, maka kita buleh smaye 2 dalam 1, iaitu smaye tahyatulmasjid + smaye qobliyah (2 rakaat jah). Ataupun kita baca subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar, 4 kali.

Kalu anak takdok pok, org panggil anak haram. Kalu ilmu takdok tok guru (ngaji guna CD, buku jah), takdok org nok ngaku laa di akhirat seksok.