Wednesday, September 2, 2009

PTG JUMAAT DI U (2001-003)

Mandi Wajib.

Mandi wajib ni, tokleh kurang (disunatkan tidak kurang) drp 1 gantang (4 cupak) air.

Kata Imam Syafie, mandi wajib ni, makhruh keterlaluan mencurahkan air.

Makhruh juga ambik wuduk guna air yg tenang (air yg tak mengalir).

Kalu lepas wat projek, makhruh kalu makan & minum kalu x mandi.

Kata Imam Ghazali, tak wajarlah selepas berjunub, kita kerat kuku, kerat rambut, kerat bulu kemaluan, kerana pada hari kiamat, benda-benda tu akan bangkit dlm keadaan junub.

Apabila berjunub, maka setiap anggotanya adalah dlm keadaan berjunub.

Apa yang haram untuk orang berjunub?
  • Solat.
  • Tawaf sekitar kaabah (walaupun tawaf sunat). Sebab, tawaf ni, taraf dia = taraf solat.
  • Sentuh quran.
  • Membaca quran dgn lidah walaupun satu huruf (dgn niat baca quran) <- kata Imam Syafie.
  • Iktikaf dlm masjid (secara sepakat ulama' kata tokleh). Kalu hok detail lagi, lalu pun tokleh.
  • Mengikut Imam Syafie, x leh duduk di masjid atau mundar-mandir di kawasam masjid tanpa hajat. Tapi kalu lalu skali saja, buleh.

Mandi-mandi Sunat.

  • Mandi kerana smaye Jumaat (bermula dari terbit fajar hingga tergelincir matahari). Kalu seseorang itu kena mandi wajib pada hari Jumaat @ hari raya, niatlah kedua-duanya sekaligus, tak payah mandi dua kali.
  • Mandi dua hari raya. Sebenarnya, solat hari raya ni sunat dibuat di kawasan lapang (luar masjid, spt padang dsbnya).
  • Mandi untuk ihram.
  • Mandi masuk Mekah.
  • Mandi masuk Madinah.
  • Mandi kerana gerhana matahari.
  • Mandi kerana gerhana bulan.
  • Mandi kerana minta hujan. Kalu nak mitok hujan ni, selendang diterbalikkan. Doa, angkat tangan tinggi. Kepala dongak ke langit. Bawak ternakan, kanak-kanak & orang-orang tua. Kenapa?
  • Mandi kerana memandikan mayat (samada Islam atau kafir) (dlm kes-kes spt kapal terbang terhempas). Kalu usung mayat @ pegang-pegang mayat, lagu mana? Ambiklah wuduk. Adakah mayat tu najis? Tidak.
  • Sunat juga mandi bagi org yg baru sedar drp gila, mabuk, pitam.
  • Sunat juga mandi bagi org yg menemui malam Lailatul Qodar.
  • Mandi malam Nisfu Syaban. Pada mlm ni, dibahagikan rezeki untuk setahun & ditentukan ajal.
  • Mandi kerana lepas drp perkara yg menakutkan.
  • Mandi kerana bala telah diangkat dari kita. Bala ni turun drp dosa kita. Untuk elak bala ni, selalukanlah bersedekah.
  • Mandi kerana berlaku kegelapan yg amat sangat.
  • Mandi kerana bertaubat.
  • Mandi kerana balik drp perjalanan yg jauh.
  • Mandi kerana terkena najis (tapi tak nampak, spt air kencing).

Menolak kemudaratan lebih utama drp mengambil sedikit kabaikan.

Masjid = tempat paling mulia di dunia.

Masjid yang paling afdal :

  • Masjid Haram
  • Masjid Madinah
  • Masjid Aqso

Beribadat di Mekah dapat pahala 100 ribu kali ganda.

Imam Nawawi (bermazhabkan As-Syafie) :- Masjid adalah haram ke atas org yg berjunub.

Imam Syafie :- Harus kalu lalu saja.

Abu Hanifah :- Makhruh kalu lalu saja.

Kalu kita dok dlm masjid, pastu mimpi (keluar mani), maka wajib kita keluar drp masjid.

Iktikaf buleh, walaupun tanpa wuduk (tapi jangan laa buat camni).

Kalu berhadas kecil (spt kentut) buleh duduk dlm masjid.

Tidur dlm masjid adalah harus. mengikut Imam Syafie, ia tak makhruh. Tapi jangan sampai mengotorkan masjid. Kalu kotorkan, haram.

Harus bagi orang kafir masuk masjid, dgn izin org Islam, kata Imam Syafie (walaupun org kafir tu dlm keadaan berjunub), kecuali Masjidil Haram & Tanah Haram Mekah.

Buleh makan & minum dlm masjid.

Makhruh makan petai, jering, bawang putih, dan geng-geng dia, dlm masjid.

Solat, kalu dibatalkan secara suka-suka, haram.

No comments:

Post a Comment