Saturday, October 17, 2009

MALAM SABTU (09/10/2009) HJ. DIN

Tanda orang yang bahagia & mendapat manfaat di akhirat ialah orang yang tidak bercakap benda-benda yang tak bermanafaat & sia-sia.

Dosa mengumpat ni, lebih besar daipada berzina. Sebab, berzina ni, hukumannya ialah kena rejam saja. Tapi mengumpat ni, dia bereker dgn orang. Maknanya, kena mitok maaf dgn orang tu dulu, baru Allah maaf. Tapi kata Maliki, kalu kita mengumpat kok rang, padan sekodar kira-kira hantar kad slamat hari raya, pastu tulis Maaf Zahir & Batin.

Saidina Umar suruh ingat 2 perkara, lupa 2 perkara :

Kena ingat 2 perkara :
  • Ingat ko mati.
  • Ingat ko akhirat.

Kena lupa 2 perkara :

  • Lupa hok kita wat baik kok rang.
  • Lupa hok orang wat zalim kito.

Nikmat atas dunia ni, hanya 1% sahaja. 99% lagi adalah di akhirat. Manusia hidup di dunia, walaupun mewah stara mana sekalipun, ada saja kekurangan.

Lidah, wajib kena jaga drp beberapa perkara :

  • Dusta.
  • Mengilai Ha! Ha! Ha! Ha!
  • Bersenda main.

Sebabnya, ia akan merosakkan amalan.

Jika orang lelaki, bercakap kpd orang-orang depan dia supaya jadi ketawa, dia akan masuk neraka 70 tahun.

No comments:

Post a Comment