Thursday, August 27, 2009

PTG JUMAAT DI U (17/08/2001)

Salah satu sebab mengapa laki-laki boleh berpoligami : Kerana wanita itu ada masa breknya.

Mengikut para ulama, waktu paling minima (paling sikit) wanita suci adalah 15 hari.

Kata Imam Abu Hanifah, sekurang-kurangnya haid adalah 3 hari 3 malam. Kalu kurang drp tu, itu bukan darah haid, tapi darah istihadah. Pertengahannya dalah 5 hari. Paling lama adalah 10 hari. Lebih drp itu adalah darah istihadah.

Kata I. Maliki, tiada had minima bagi haid. Kalu paling minima pun, ia keluar sekali jah dalam sebulan, pastu terus bebas drp haid. Itu yg paling sekejap.

Kata Imam Syafie, paling minima adalah 1 hari 1 malam (24 jam), (x semestinya dia tu rasa sakit 24 jam). Kalu nak check samada haid tu ada lagi atau tidak, cuba check dgn kapas (masukkan kapas ke dalam kemaluan itu). Kalu kurang drp 1 hari 1 malam itu, maka itu bukanlah darah haid, tapi darah istihadah.

I. Ahmad bin Hambal adalah anak murid kpd I. Syafie.
I. Syafie adalah anak murid kpd I. Malik.
I. A. Hanifah pula adalah pendokong kepada mazhab (mewujudkan mazhab yang pertama).

Kata Imam Syafie lagi, darah haid tu buleh dibezakan dgn darah istihadah :

  • Darah istihadah keluar tu tak sesakit darah haid.
  • Bau darah haid tu lebih busuk drp darah istihadah.

Mengikut jumhur ulama, masa suci adalah 15 hari.

Ijtihad yg kedua itu tidak membatalkan ijtihad yg pertama. Cth : Ijtihad yg pertama dia smaye ngadap kiblat arah kiri, pastu dia ijtihad balik ke arah kanan, maka smaye yg dulunya tetap sah.

Apa itu tuhur (suci) ? : Ialah wanita itu suci drp darah haid & darah nifas. Tanda tuhur itu ialah kering darah ( dah x keluar darah lagi). Tahda tuhur itu juga ialah keluar air yg keputihan.

Tuhur itu ada 2 tahda :

  • Darah tadi tu kering (darah dah x keluar lagi)
  • Keluar air yg keputihan

Macamana kalu wanita itu datang haid, pastu tiba-tiba terputus pulak haid dia utk beberapa ketika. Pastu datang kembali haid tu. Adakah hari yg terputus itu dianggap sbg hari haid atau tidak? :

  • Pendapat I. Hanafi & Syafie : Org yg terputus haid tu, waktu hari yg terputus itu juga dikira sebagai hari haid (sehari ada, sehari x ada, sehari ada, sehari x ada, semua hari tersebut dikira sbg darah haid).
  • Pendapat Maliki & Hanabilah : Kalu x ada darah, ia dianggap sebagai tuhur (suci). Kalu ada darah, maka ia adalah haid.

Apa itu nifas? Mengikut mazhab Syafie : Darah yg keluar selepas bersalin.

Orang yg mengandung ni, biasanya x keluar haid. Tapi jika keluar darah, dan darah itu keluar dlm masa haid kita, maka darah itu dianggap sebagai darah haid.

Pendapat mazhab Hambali, darah yg keluar 2, 3 hari sebelum bersalin, pun dianggap sebagai darah nifas (bukan darah haid).

Darah istihadah -> darah penyakit.

Masa nifas : Mengikut mazhab Syafie -> sekurang-kurangnya sejetik sahaja (sehazlah sahaja) (sangat sekejap). Tapi mengikut kebiasaannya adalah 40 hari. Sebanyak-banyaknya 60 hari. Kalu lepas 60 hari, keluar lagi darah, anggaplah darah itu darah istihadah (bukan darah nifas dah).

Hukum berkaitan dgn haid & nifas, dan apa yg diharamkan ke atas org haid & nifas :

  • Hukum 1 : Apabila putus sahaja darah haid itu, maka ia kena mandi. Kerana kalu x mandi, wanita itu x boleh dicampuri.
  • Hukum 2 : Haid itu menunjukkan bahawa wanita itu dah baligh.

No comments:

Post a Comment