Saturday, October 24, 2009

MALAM AHAD (24/10/2009)

Allah buat langit & bumi ni dlm masa 6 hari. Tapi, bakpo Allah buat dlm masa 6 hari, sedangkan Dia buleh buat dgn sekelip mata, tanpa bergantung kepada masa & waktu? Kata ahli tafsir, sebabnya, Allah nak ajar ko manusia, bahawa kalu nok buat kijo-kijo besar, jange buat gaduh-gaduh.

6 hari tu, kata ahli tafsir, adalah 6 hari dlm ilmu Allah, yg mana 6 hari di sisi Allah adalah tak sama dengan hari-hari biasa makhluk ni. Setengah mengatakan 1 hari di sisi Allah adalah sama dgn 1000 hari di dunia.

Allah buat gunung, bukit-bukau, tanah yg subur, tanah yg tandus, padang pasir, daun yg hijau kuning, semuanya ada faedah. Tidak ada satu pun benda yg Allah jadi tu, tiada faedah, hatta nyamuk, lintah, pasir kasar, pasir halus, semut mayat & semut hitam skali pun.

Allah sediakan pohon kayu kaye, binatang di darat, ikan di laut, tinggal tugas manusia ialah :- berusaha, pastu berdoa.

Orang jaman ritu, kalu ada kijo besar (bekwoh ko, apo ko..) dia buleh alih hujan. Sebabnya, demo tu yakin hujan tu adalah salah satu makhluk kejadian Allah. Bukan bergantung ko sains. Sains tu sekadar menerangkan teknik kejadian hujan, bukannya penyebab hujan. Bila siap kijo besar tu, kalu nok hujan pun, tak apa laa.. Contoh lain ialah supa bala laa.. Contohnya kita ambik tsunami. Kalu ikut sains, tsunami ni terjadi disebabkan berlaku pergeseran kerak bumi. Itu adalah teknikal jah, yang menunjukkan teknik dan proses.. Persoalannya, bakpo tempat lain tok kena? Negara-negara lain pun banyak lagi hok ada kerak bumi yg tak stabil.. Kita lupa bahawa ini semua adalah bala dari Allah.. Sebabnya? Adalah benda-benda yg tak kena hok kita buat tu..

No comments:

Post a Comment