Friday, October 23, 2009

MALAM SABTU (23/10/2009) HJ. DIN

Munafik ni ada 2, iaitu munafik akidah & munafik ibadat. Kecek blawok tu ialah munafik ibadat. Dosa besar tu..

Alamat orang munafik tu 3 :
  • Bila dia bercakap, dia bohong.
  • Bila dia berjanji, dia mungkir.
  • Bila org wi amanah ko dia, dia khianat.

Maka, ini adalah tanda bagi org yg celaka.

Nabi kata, alamat orang jadi celaka ni ada 4 :

  • Dia lupa akan dosa-dosa dia yang lama, sedangkan dosa-dosa yg dia buat tu, tersimpan di sisi Allah.
  • Dia berasa sedap dgn amalan yg dia buat, sedangkan dia tak tahu amalan tu tuhan terima atau tidak.
  • Dalam hal dunia ni, dia tengok org yg lebih tinggi drp dia.
  • Dalam hal agama, dia tengok org yg lebih rendah drp dia.

Wajib atas kamu memelihara lidah kamu drp mengumpat. Mengumpat ialah salah satu sifat keji, namun ia sangat diminati oleh org ramai, dan sangat mudah utk dibuat. Walaupun ia mudah utk dibuat, tapi ia sangat berbahaya, sebabnya :

  • Sebab mengumpatlah, kawan akan menjadi lawan.
  • Sebab mengumpatlah, manusia menjadi rosak binasa.
  • Sebab mengumpatlah, masyarakat jadi porak-peranda.

Nabi pernah ditanya oleh para sahabat. Gapo dio gak mengumpat tu? Nabi kata, mengumpat tu ialah mu kata sesuatu, hok org tu benci dengar. Sahabat tanya lagi. Pahtu, kalu hok kita kata tu betul, lagu mana? Nabi kata, mangata-ngata hok betul atas tubuh dia tu lah yang dinamakan mengumpat. Kalu mu kata hok tak dok atas tubuh dia tu, itu dinamakan mereka-reka cerita.

Kata Imam Ghazali, mengumpat tu ialah apabila kita berkata hal seseorang, kalu dia dengar, dia marah, yang berkaitan dgn keturunan dia, tubuh badan dia, perilaku dia, percakapan dia, agama dia, pakaian dia, rumahtangga dia, dsbnya.

Mengumpat itu ialah apabila seseorang itu mengata hal-hal yang org lain dengar, dia benci, samada melalui kata-kata, gerak tubuh badan, tulisan, dll.

Sifat mengumpat berkembang & membiak kerana :

  • Malas berkerja.
  • Kerana nak ambik hati kawan.
  • Kerana nak ambik perhatian org ramai, supaya org anggap dia di pihak yg benar.
  • Kerana nak melepas geram di hati.
  • Kerana ada perasaan dengki & iri hati.
  • Kerana perasaan bangga diri, sombong, bongkak. Sebab dia rasa, dialah pandai, mulia, alim. Org lain bodo, hina, jahil.

Kalu org dok mengumpat, pahtu, kita jo kata ho yah, maka tuhan bubuh temaga cair dlm linga kita.

Kalu kita tak sanggup dan jijik memakan daging saudara kita yg telah mati, maka sudah tentulah kita tak sanggup dan jijik nak mengumpat.

Seko baik dan seko buruk :

  • Wajib seko baik ko Allah.
  • Haram seko buruk ko orang yg dia tu confirm baik.

Kecenderungan dalam melihat org lain yg berlainan amalan dgn kita sebagai musuh, adalah dilarang dalam Islam.

Seburuk-buruk org ialah org yang rosak akhirat dia kerana dunia orang.

No comments:

Post a Comment