takbir lagi. Melainkan dobik duduk atas belajar. Dia blaja ilmu smaye tu, tapi tok sapa situ lagi. Kalu ambik contoh gak, baru blajar mukasurat 3. Tok sapa lagi mukasurat 23. Maka hoktu dimaafkan Allah. Kalu hok tok keno tu diampun. Hok kena tu diterima.
Ngaji feqah saja tok jadi. Ngaji tauhid saja tok jadi. Ngaji tasauf saja tok jadi. Kena gabung ketiga-tiga.
Makakata, bakpo ore buleh smaye jemaah, tapi tokse blajar? Jawab dia, segala yg orang beramal dgn tidak ada ilmu, maka Imam Ghazali kata, sesungguhnya mereka itu, telah hampirlah syaitan kepadanya. Sebab tu sete tok kaca ore hok smaye dgn takdok ilmu ni.
Tiap-tiap drp kelakuan yg nak masuk dlm ibadat, nescaya akan dilete oleh sete. Maka kalu kita buleh gi dgn mudah-mudah, takdok rasa gleding-gliat, haa.. kita kena check la tu, bakpo ya mudoh sangat gi ngajar, gi blajar, gi wat amal sari dua ni. Ada tok kena tu. Barang hok mudah-mudah ni biasanya didorong oleh nafsu.
Sebab tu kita kena perati. Perati kelakuan orang ni, bukan dgn nok tunjuk dia tu jahat, tapi supaya benda hok kena dia tu kita buleh ukur letak di diri kita. "Oloh, kalu benda ni keno kakku, beraaaat laa..". Kita perati kelakuan orang supaya kita ada rusing renyoh utk diri kita, bukannya nok suruh kita runsing orang tu tok blajar. Itu dia punya pasallah. Kita takut kita termasuk dalam tu jugok. Namogak kita kata, "Berat demo, tok blaja.. Smaye guano tok blaja ni..", haa tok leh kata lagu tu.. Kalu kita kata gitu, namanya ujub.
Masbuk muafik ni gini lebih kure :- Dihukumkan kita tempoh permulaannya daripada takbirratulihram pada rakaat pertama, sehinggalah tika saat tok imam rukuk, adapun rakaat-rakaat lain, adalah setelah kita kembali kepada qiam.
Apabila kita dok qiam molek, barulah dihukum dari segi kira-kira, sampailah tok imam Allahuakbar, kita pun hukumlah diri kita, samada kita masbuk atau muafik, kerana di sinilah berlaku silap paham yang banyak, yang membatalkan smaye seseorang makmum.
Pertamanya, Muafiq. Muafiq-muafiq ni asal drp "Muafiqun". Muafiqun artinya "Muafakat".
Kalu ore tu blaja jugok, blaja jugok, blaja jugok, bengo jugok, bengo jugok, blajar jogok, maka lepaslah dia, dan dia duduk dlm keampunan Allah Ta'ala.
(ms 23 baris 2 dari bawah) Maka arti tertakrif muafiq, iaitu makmum yg mendapat masa, iaitu masa untuk membaca Fatihah, iaitu masa utk selasai baca Fatihah. Bila? Di dalam berdiri imam itu, iaitu masa dia dok cace, tok imam pun dok cace, kira dari rakaat pertama, lepas takbirratulihram tu, Allahuakbar, maka kira. Kira lagu mana? Kira dengan bacaan atau kiraan kadar pertengahan. Bacaan pertengahan ni lagu mana? Ada berapa bacaan Quran? Baca Quran ada berapa jenis? Baca Quran ni ada 3 wajah. Pertama ialah Hadar. Hadar ni cepat. Yang kedua Tadwir. Yang ketiga Tartil. Tartil ni sbutir-sbutir. Bacaan pertengahan ialah tidak cepat dan tidak lambat. Maknanya, kalu kira dgn bacaan pertengahan ni, kalu baca Fatihah lebih kurang antara 25 - 30 saat (start bilmillah hingga waladdollin. A'uzubillah tu tidak dikira). Maknanya, masa 30 saat tu ada ko dok ko makmum tu.
(ms 24 baris 1 dari atas) Maka apabila demikian itu, iaitu apabila mendapatlah ia masa lebih kurang 30 saat tu, maka dihukumkan orang tu, sebagai muafiq. Pahtu apa dia kijo muafiq ni? Maka wajib atasnya (wajibul'ala @ wajib di sisi syarak) membaca Fatihah hingga sempurna sampai habis. Kalu tok imam rukuk? Biarnya rukuklah. Kalu kita ni makmum muafiq, tok imam rukuk, kita tok abis lagi baca Fatihah, tapi kita rukuk jugak, maka batal smaye. Dengan kata lain, bila rukuk saja makmum yang muafiq, sedangkan Fatihah dia tok abis lagi, maka batal la smaye dia.
Apa maksud "Wajib Atasnya"? "Wajib Atasnya" tu ialah Wajibul'ala. Wajibul'ala bermaksud wajib di sisi syarak.
Apa maksud "Wajib Bagi"? "Wajib Bagi" tu maksudnya wajib adat.
(ms 24 baris 2 dari atas) Jilakau walaupun andaikata meninggal @ tertinggal dgn imamnya. Bakpo tertinggal tu? Dgn sebab nok perhabiskan bacaan Fatihah dia. Bukan prabih hok sunat. Contohnya kes lagu ni :- Makmum ni jenis anjo.. Dia duduk baca tahyat awal slow tlajok. Tok imam siap doh, maka tok imam pun bangun. Makmum ni jauh lagi drp siap. Bo-bo makmum tu bangun, tok imam pun rukuk doh eh. Sepatutnya, makmum tu, tika dia dok baca tayhat awal tu, kalu tok imam bangun, makmum tu sepatutnya coh bangun retet. Pahtu, lepas tok imam wi salam, makmum tu buat sujud sahwi laa, sebab makmum tu tok de baca selawat dlm tahyat awal tu. Tapi, bo-bo makmum tu bangun, tok imam rukuk doh eh. Makmum tu pun terus rukuk retet. Maka batal la smaye dia. Kalu kes lagu ni (iaitu makmum bangun lewat sebab nok prabih
tahyat awal, pastu bo-bo dia bangun, duduk tok lama, tok imam pun rukuk) makmum tu dinamakan makmum muafiq uzur. Makmum ni bukan makmum masbuk deh, sebab dia sebenarnya ada masa dgn tok imam berdiri, cuma makmum tu sengaja jah malah bangun, sebab nok perabih tahyat awal. Muafiq uzur ni lagu mana? Muafiq uzur ni, dia tok serupa dgn muafiq biasa ni. Muafiq uzur ni, dia cuma buleh baca Fatihah sehingga tok imam sujud yg kedua. Kalu tok sudah jugak, dia kena mubaroqoh. Takdok pilihan lain. Kalu makmum tu tok mubaroqoh, maka batal smaye. Kalu makmum muafiq biasa, dia ada 2 pilihan, iaitu samada mubaroqoh atau mengabaikan rakaat tu dan terus sujud retet bersama tok imam. Pahtu gak, lepas tok imam wi salam, tambahlah rakaat hok burn takdi tu.
(ms 24 baris 3 dari atas) Seperti lagi akan datang kenyataan & keterangannya (akan dibicarakan selepas ini, takut sakit palo).
(ms 24 baris 4 dari atas) Dan dia ni dimaafkan @ dibenarkan tertinggal @ meninggal drp tok imam dgn tiga rukun fiqli yg panjang-panjang pada mazhab kita Syafie. Kalu mazhab Hanafi, 3 rukun panjang-panjang tu, termasuk dengan rukun qouli skali. Kalu mazhab Syafie, rukun fiqli sahaja. Contoh :- Makmum muafiq tu dok cace, tok imam pun rukuk. 1 rukun panjang. Tok imam i'tidal. Tok kira, sebab i'tidal tu rukun pendek. Tok imam sujud yg pertama. 2 rukun panjang. Tok imam duduk antara 2 sujud. Tok kira, sebab duduk antara 2 sujud tu rukun pendek. Tok imam sujud yg kedua. 3 rukun panjang. Maka, kalu tok imam sedang sujud yg kedua, makmum muafiq tu sepatutnya habis doh Fatihah dia, dan kena rukuk doh. Barulah makmum tu mendapat rakaat tu. Kalu makmum muafiq tu tok abih lagi baca Fatihah, makmum tu kena pilih 1 antara dua, iaitu samada dia mubaroqoh (smaye seorang diri) atau dia laghokan rakaat, iaitu terus sujud bersama-sama dgn tok imam. Pahtu, bila tok imam wi salam, makmum tu tambahlah rakaat yg dia laghokan tadi tu. Sebabnya, kalu tok imam angkat muka drp sujud yg kedua untuk bangun qiam pada rakaat seterusnya (iaitu masuk rukun fiqli panjang yg keempat), kalu makmum muafiq tu dok baca Fatihah lagi dan tok buat keputusan lagi, maka batal smayenya.
Muafiq ni gapo dia? Iaitu makmum yg mendapat masa utk dia baca Fatihah. Bila? Dalam berdiri imam tu. Tom imam berdiri, dia pun berdiri jugok. Masa tu la. Kalu rakaat pertama, selepas takbiratulihram. Adapun kalu rakaat kedua, ketiga keempat, lepas takbir i'tiqolah. Makmum bangun coh dok cace, maka startlah kira-mengiranya. Lagu mana kira tu? Kira dgn bacaan tadwir iaitu pertengahan, tidak cepat dan tidak lambat.
Kalu kita tok leh nok hukum kita ni masbuk ko muafiq, baik maye dumoh la. Baik maye sore. Gi masjid pun buleh, tapi lebih baik niat maye sore. Kalu tidak, banyak akan batal, kerana disebabkan kita tok tahu akan masbuk muafiq ni.
Dhobiklah kitab ni molek. Buat buku. Buat index. Kitab ni, biarlah ada so mari dumah. Baru mudah nok rujuk.
(ms 12, baris 7 dari bawah) Iaitu berjemaah di tempat walaupun sikit orang serta dapat mendengar quran drp tok imam itu adalah lebih afdal drp tempat yg ore jemaah ramai, tapi tokde dengar bacaan tok imam. Sebab tu lah, lepas tok imam baca Fahitah, dia kena diam sekejap. Tujuannya, pertama, supaya tok imam de nyawa. Kedua supaya makmum de slesa
hok wajib, iaitu baca Fatihah. Tok imam baca ayat lazim tu sunat. Makmum baca Fatihah tu wajib. Bila bertembung hok sunat dgn hok wajib, maka kena dahulukan hok wajib. Kalu tok imam baco ayat lazim hok sunat tu, sampai mengganggu bacaan Fatihah makmum maka haram hukumnya. Kalu mazhab Syafie, diam smeta akan tok imam itu lepas baca Fatihah adalah sunat. Kalu imam Maliki, wajib nah. Maknanya, kalu tok imam tidak diam selepas baca Fatihah tu, maka batal smaye dia.
Kalu semua orang dlm masjid dok smaye sunat, pastu ada sorang mari, dia wi salam. Maka kena ada sorang kena berenti smaye sunat tu, dan jawab salam dia. Sebab wajib jawab salam dia, smaye sunat tu sunat.
Kalu ore tu tok reti bab masbuk muafiq, ore tu tok leh diambik kira utk 40 org sah smaye Jumaat.
Dalam mengaji ilmu agama ni, soalan yg utama ialah :- "Lagu mana diri aku nii.." Bukannya "Lagu mana ore ni.."
Rukun Fiqli:
- Qiam (RF Panjang)
- Rukuk (RF Panjang)
- I'tidal (RF Pendek)
- Sujud (RF Panjang)
- Duduk antara 2 sujud (RF Pendek)
- Duduk tahyat akhir (RF Panjang)
Mengulang rukun yang telah sah. Kalu mazhab kita Syafie, kalu mengulang rukun qouli yang telah sah, maka tak batal smaye. Tapi kalu mazhab Hanafi, kalu ulang rukun yang telah sah, walaupun rukun tu rukun qouli skali pun, maka batal smaye. Contohnya lagu ni :- kalu kita baca Fatihah, "Siroo tol la zii na an am ta 'alaihim ghoi ril magh dhuu bi'alaihim". Pahtu kita ulang smula "Ghoi ril magh dhuu bi'alaihim walad dhoooool liin.". Maka kalu mazhab Hanafi, batal smaye. Maka, sebuleh-bulehnya, kita orang awam ni tok soh ulang laa, sebabnya, kalu duduk atas usul feqah, keluar drp perselisihan pendapat ulama mazhab ni, akan mendapat sunat. Contohnya gini laa, kalu ore kata, "Pagi takdi ada JPJ di Limbat nuu..", tapi ni tengohari doh. Kalu nok selamat, baik laa te ikut Padang Mengkali, guna jalam Nilam Puri. Tentu takdok JPJ. Sebabnya, kalu kito gi jugok ikut Limbat nu, kalu JPJ takdok doh, slamat laa. Tapi kalu JPJ ada lagi, kena laa kita.
Kalu sengaja mengulang rukun fiqli yang telah sah, maka batal smaye. Contohnya, kita rukuk. Pastu, kita i'tidal. Pastu kita pun rukuk pulok. Maka batal smaye. Lain lah kalu kita tok ingat. Contohnya, kita rukuk, pastu kita i'tidal. Pahtu kita konfius, "Aku rukuk doh ko dok eh?". Kalu lagu ni, kita buleh rukuk smula.
Mubaroqoh ni ada 2 jenis, iaitu :
- Mubaroqoh yg kena ikut kelakuan tok imam : Iaitu bila kes tok imam batal.
- Mubaroqoh hok kita cangkul sendiri-sendiri (bercerai dgn tok imam dari segi kelakuan) : Iaitu selain drp kes tok imam batal. Seperti kita mubaroqoh kerana kita ni makmum muafiq, atau kita mubaroqoh kerana kita ni gaduh nok naik bas, dll.
(ms 24 baris 8 dari atas) Maka jawab, tiada wajib atasnya, sempurna menyudahkan Fatihahnya, (tok imam tanggung Fatihah dia), hanya baca Fatihah sekodar sedapat (skat-skat de). Bila imam rukuk, ikut rukuk slalu, (bo la baca Fatihah tu), walaupun jika tidak dapat bilmillah sekalipun, maka dikira sah dapat rakaat, syaratnya, kalau dapat tetap laa. Tetap lagu mana? Tetap rukuk dengan diamnya anggota yg tujuh berserta (bersama-sama) imam. De tomakninah la maksudnya. Tomakninah ni gapo dio? Mutmainnah. Ertinya diam segala anggota yg tujuh, lebih kurang selama 1 saat. Lagu mana kalu makmum tu berselisih dgn tok imam? Pada masa yg sama, makmum tu nak rukuk, tok imam nak i'tidal. Nok wat lagu mana? Makmum tu kena piaaaah bikah bangun slalu, iaitu kembali kepada qiam smula, bukan niat i'tidal deh. Kalu niat i'tidal, maka batal smaye makmum tu, sebab rukuk sakni tokde tomakninah. Pahtu makmum tu kena tambah la rakaat, selepas tok imam wi salam.
Syarat kepada tiap-tiap rukun fiqli, tok kira hok panjang ataupun pendek, ialah kena tomakninah. Kalu kita samiallahulimanhamidah, pahtu tok de tomakninah, terus sujud, maka batal rukun tu (rukun i'tidal tu). Smaye tok batal lagi. Maka, kalu tokse wi batal smaye, kita kena ulang balik i'tidal tu. Pahtu sujud smula. Kalu kita go on, tanpa ulang balik i'tidal tu, maka batal smaye.
(ms 24 baris 12 dari atas) Dan bermula, diketahui drp kaedah ini, iaitu kaedah masbuk muafiq ni, iaitu boleh jadi makmum tu masbuk tiap-tiap rakaat, hingga empat rakaat sekalipun. Sepertikata bersesak-sesak makmum ramai sangat (supo di Mekah), maka tiada dapat rukuk skali, hanya bergilir-gilirlah pada rakaat pertama. Nok rukuk blako skaligus tok leh, tok muat. Contohnya supo naik kereta, seat blake naik 5 orang. Tokleh nok nyanda blako la, nyandar 3 org, tok nyandar 2 orang, sebab tok muat.
(ms 24 baris 8 dari bawah) Maka bila masuk rakaat kedua, tak sempatlah nak habis baca Fatihah dia, atau "lambat gerak diam makmum tu manakala imam tu cepat", atau "makmum pertengahan bacaannya manakala imam cepat bacaannya", maka sekalian rupa masalah ni, yang menyebabkan tokde org pertengahan baca Fatihah tu, semuanya dikira masbuk (untung laa). Maka tiada wajib sempurna Fatihahnya, bahkan hanya bacalah sekodar sedapat (skat-skat de). Dan jikalau berlaku di tiap-tiap rakaat sekalipun. Dan bermula mana-mana makmum muafiq, yg diuzurkan 3 rukun panjang-panjang, haruslah ketinggalan drp imam dia, hingga tiga rukun fiqli yg panjang-panjang. Kerana apa? Illah uzur tu. Illah uzur ialah, hendak menyempurnakan Fatihahnya. Kemudian tu, dia ikutlah, di belakang tok imam dia, maka hasil dan dapat dan sahlah rakaat baginya. Selama mana? Selama belum lagi imam itu masuk rukun yg keempat, sepertikata iaitu nak masuk qiam, atau nak duduk tahyat akhir doh, maka dan tetapi sebaliknya tiada mengapa duduk tahyat awal, atau duduk istirohah. Bakpo? Kerana dia, (duduk istirohah tu), rukun pendek, dan tahyat awal tu pulok, bukan rukun smaye.
(ms 25 baris 4 dari atas) Dan bermula dikehendaki 3 rukun yg panjang-panjang tu, rukuk, dan sujud yg pertama, dan sujud yg kedua, dan tiada dihisabkan i'tidal (i'tidal tu tok masuk), dan duduk antara 2 sujud (tok masuk jugok), kerana ia rukun pendek kedua-duanya. Maka jika masuk @ berpindah imam pada rukun fiqli panjang yg keempat, padahal sedangkan makmum itu belum sempurna Fatihahnya lagi, maka wajib atas makmum itu pilih, samada ia ikut imam terus pada rukun yg keempat, dan ia tinggallah segala aturan sembahyang diri dia, serta luput lah (burn lah) rakaatnya, dan so lagi, antara ia niat mubaroqoh dengan imamnya. Cara niat mubaroqoh ni, sekodar wat mari dalam hati kita, kita berpisah dgn tok imam. Bukannya sampai pejam mata, "Sahaja aku nak mubaroqoh.." Bila mubaroqoh tu, dan ia kerjakan segala aturan sembahyang dirinya, dan dapatlah rakaatnya. Kerana apa? Kerana tiada dimaafkan lagi orang tu, lebih drp tiga rukun yg panjang-panjang, seperti lagi akan datang kenyataannya (nok sambung smula pulok, Insya Allah).
No comments:
Post a Comment