- Siti Sarah (isteri tua)
- Siti Hajar (isteri muda)
Pada suatu hari, Siti Sarah bersumpah "Demi Allah, aku nak makan darah Siti Hajar". Pastu dia menyesal, tapi oleh sebab dia dah bersumpah dah, maka kena laa bayar kifarah. Kifarahnya ialah dia kena cocoh tubuh dia biar tubik darah jugak. Pastu Siti Sarah tanya, nak cocoh mana? Cocoh di lingo pun buleh. Haa.. di situlah bermulanya asal-usul subang.
Malam 8 Zulhijjah : Nabi Ibrahim mimpi kena semelih Ismail. Pastu, dia pun mikir laa. Sebab tu malam 8 Zulhijjah digelar sebagai malam mikir.
Malam 9 Zulhijjah : Nabi Ibrahim mimpi pulok. Kali ni dia yakin bahawa mimpi tu drp Allah. Sebab tulah malam 9 Zulhijjah digelar malam Arafah.
Kalu hari raya Qurban tu jatuh hari Jumaat, lagu mana dengan smaye Jumaat? Bagi mazhab Syafie, bagi kawasan ibukota (ahlil balak) supo di masjid KB, Machang, dll, kena smaye Jumaat. Tapi untuk kawasan pedalaman (ahlil quro) spt masjid Peringat, Melor, Paka Pise, dll, tak wajib smaye Jumaat. Tapi jange gege laa.
Kebaikan & keburukan setiap anak-anak adalah terletak pada didikan & asuhan ibubapa. Selain itu, ibubapa juga kena berdoa kpd Allah.
Kita setiap hari menghadap muka ke Mekah, tetapi ingatkah kita kepada Nabi Ibrahim yg susoh begitumo dok menyambung langit dgn bumi di tapak sana nuu..
Dalam 4 orang ni, siapakah yang paling besar pengorbanannya?
- Nabi Ibrahim?
- Nabi Ismail?
- Siti Hajar?
- Siti Sarah?
Jawapannya, Siti Sarah paling besar pengorbanannya, kerana rela Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar.
Nak bahagia, kena ada 6 perkara dalam rumahtangga :
- Hormat ko suami.
- Taat setia ko suami.
- Isteri pandai tambat hati suami supaya suami lekat di rumah.
- Jange royak ko suami, masalah yg berlaku di rumah.
- Menyediakan makanan & minuman yang memuaskan hati suami.
- Pandai mendidik anak-anak.
Mana-mana perempuan yg smaye tok tinggal, menjaga kemaluan dia, dan taat ko tok laki, maka bila dia mati sek sok, Tuhan offer dia nak masuk pintu syurga mana.
Sesiapa yg menghayati 5 malam ni, wajib dia masuk syurga :
- Malam ke-8 Zulhijjah
- malam ke-9 Zulhijjah
- Malam Raya Qurban
- Malam Raya Fitrah
- Malam Nisfu Sya'ban
Kalu jarak tok imam dengan makmum jaraknya lebih drp 3 hasta, luput fadilat 27.
No comments:
Post a Comment