Monday, December 28, 2009

MALAM KHAMIS (09/12/2009)

(ms 25 baris 7 dari bawah) Dan bermula adalah bersembahyang berjemaah di rumah dgn isteri dan anak-anak dan khadam (org gaji la ni) afdal (afdol ni dipanggil afdol muqoyyah). OK, bab ore tino ni. Ore tino ni, sbenarnya dia ni tak sunat smaye berjemaah di masjid ataupun balasoh, melainkan ada majlis ilmu, barulah dia jadi wajib. Adapun ore jate, fardu kifayah. Bahkan kalu ore tino muda-muda, hok ada karan lagi tu, smaye sajo jah, takdok majlis ilmu, maka tak sunat dia ke masjid tu. Silap-silap haribulan, kalu menyebabkan bau wangi, ore jate paling piaaah ko dia, maka jadi tok baik lah pulok. Tapi kalu ore tino tu gi dgn kosat kata kes ada majlis ilmu, tok apa. Kalu ore tua-tua tu, tok timbul masalah lah pulok. Meme tok apa. Dan ada syarat pulok, kalu ada ore tino di masjid ni. Ore jate tokleh turun, melainkan semua ore tino turun blako dulu.

Ngaji-ngaji ni, adalah utk nok buat amal, bukannya nok cari hok mana blago angin, ikut. Hok tok blago angin, tinggal. Sebabnya dalam Islam ni, tentu wajib nah banyak hok tok blago angin dgn nafsu kita.

(ms 25 baris 6 dari bawah) Maka afdal (afdol ni ialah afdol moqayyah, iaitu afdol yg berkait) jika sekiranya ia (ia-ia seseorang itu) pergi ke masjid, nescaya jadi hampa, jadi ssajo, mereka itu daripada berjemaah. Dan jika bercampur laki-laki dgn kanak-kanak laki-laki dan khunsa (khunsa ni terbahagi dua, iaitu khunsa mutlak dan so lagi khunsa musykil. Khunsa mutlak ialah org yg memiliki 2 alat kelamin. So lagi ialah khunsa musykil. Khunsa musykil ni lagu ni, dia tu tino, tapi prangai po jate, atau dio tu jate, tapi peragai nok po tino. Ore panggil bapok.. gedio tu.. arbok.. arbok..ataupun tomboi. Khunsa musykil ni maksudnya jak bbudok lagi dia ni lagu ni..) dan bercampur juga perempuan, dibuat satu sof dgn ada tabir, nescaya hasillah pahala sof tu. Maksudnya, buat satu sof, dgn ada tabir. Contohnya lagu ni laa.. kita buat satu sof, alik kiri tino, alik kanan jate, tengah-tengah tu ada tabir, maka hasillah atau bulehlah pahala sof tu. Kita blaja doh ke, syarat dapat sof ialah sekurang-kurangnya ada dua makmum. Katakan bini kita sore, anak jate kita sore, maka tak dapat pahala sof. Tapi bila kita himpunkan dalam satu baris, dgn ada tabir tengah, maka buleh pahala sof. Dia tokleh brepek, walaupun anok dgn mok, dia panggil tiada tertib dalam adat berhimpun.

(ms 25 baris 3 dari bawah) Dan jika jadi imam seseorang itu atau jadi khatib baca khutbah, semata-mata mengambil upah. Haa.. nok jawab lagu mana..nescaya tiada pahala akhirat baginya, kerana tiap-tiap ibadat yg disekutukan padanya antara dunia dan akhirat, maka jika gholib dunia (maknanya jika lebih berat aloh ko dunia), maka tokleh pahalalah baginya tok imam atau tok khotib tu. Sebab tu lah, kita kalu wat amal ni, kena niat ko akhirat, sebabnya kalu ko dunia, maka ssajo lah hok bahagian akhirat tu. Kalu kita niat ko dunia, maka tuhan wi jugok, tapi skat dunia je laa.. Sebab tu lah, Imam Ghazali kata, dunia ni, jel bagi orang mukmin, syurga doh ko ore kapir. Apa makna surga ko ore kapir tu. Maknanya, nok gapo pun, tak dok halangan. Buleh wat blako. Adapun ore mukmin, dia ni adalah po jel, duduk dlm penjara. Dunia dlm penjara ni lagu mana gak.. dia tok leh bebas lah, tok leh buat ikut suka, nok bangun tok leh ikut suka, nok makan tok leh ikut suka, begitulah juga orang mukmin atas dunia ni, tok leh kecek ikut suka, tok leh tengok ikut suka, tok leh mikir ikut suka, dia kena tanya tuhan dulu. Tu lah baru namanya orang mukmin.

(ms 26 baris 2 dari atas) Dan jika gholib akhirat, maka baginya pahala, daripadanya, nya-akhirat tu. Dan maka jika bersamaan, iaitu sama banyak antara dunia dgn akhirat, maka gugur pahala baginya. Dunia-dunia ni begapo dio gak.. Dunia ialah iaitu benda manafaat hok duduk ko kita sapa skat lube kubur. Masuk kubur tak dok doh. Akhirat ialah hoh akhir, hok lambat. Maknanya, smaye, ada smaye dunia, ada smaye akhirat. Poso ada poso dunia, ada poso akhirat. Buke kata dunia ni, bekki kereta, noreh getah.. bukan. Dunia ni ialah, tiap benda buat hok takdok pekdoh di akhirat, tok leh pahala di akhirat, walaupun smaye bang sekalipun. Sropo dlm quran sebut, fawailul lil musol lil.. masuk neraka wil bagi ore smaye, artinya smaye apo.. smaye dunia la tu.. smaye yg tidak ada pahala.

(ms 26 baris 3 dari atas) Dan jika syak imam. Syak lagu mana? Akan niat di dalam qiamnya, selain smaye Jumaat. Ingat deh, selain smaye Jumaat. Kalu smaye Jumaat, wajib nah atas imam itu niat sbg tok imam. Kalu tok niat sbg imam lagu mana.. kana buat hop-hop-hop.. Maah tuan-tuan, nati smeta, smula..smula, kena takbir smula blako, ambo tok masuk niat sakni jadi tok imam, maah blako tuan-tuan, tok soh sakni..haa, keno buat lagu tu. Jika syak imam, syak gapo dio.. syak niat sebagai imam, selain smaye Jumaat, dia nya duduk dalam qiam, iaitu duduk berdiri, tapi tak rukuk lagi, kemudian itu sesudah takbiratulihram. Maknanya, tok imam tu maye-maye, dia dok cace lagi, makmum takbir blako doh, dan tok imam tu, konpius samada dia tu niat ko dok sbg tok imam, maka haruslah, iaitu bulehlah baginya, nya-imam itu, takbir perlahan-lahan smula, untuk nok mmasuk niat sbg imam tu, niat sebagai imam sajalah, sebab, hok lain-lain mmasuk doh. Niat hok mano tinggal ni.. bukan niat smaye-zuhur-pat-rakaat, tapi hok tok mmasuk niat sbg imam jah. Kalulah tok imam tu tok mari nah niat smaye-zuhur-pat-rakaat tu, haa.. tok leh lagu tu.. Hok niat sbg tok imam so karo jah hok dia tok mari. Maknanya, niat smaye-zuhur-pat-rakaat tu mari doh, niat sbg tok imam tu so karo jah tok mari, hok tu lah yg dikatakan buleh takbir koho-koho smula, sebab nok mmasuk niat sbg tok imam tu. Tapi kalu tok mari nah niat smaye-zuhur-pat-rakaat tu, kena wat smula jugok, sebab niat tu tok masuk. Niat tu kan rukun. Ok, bercakap pasal niat, niat-niat ni lagu mana gak? Niat ni bukan ngapa deh, ataupun kheling hati. Kita takut benar niat kita tu termasuk dlm kategori ngapa, atau kheling hati. Contohnya gini... Allaaaaaaaaaaaaaaaaa... huakbar. Tu ce ore tu tok blajar niat. Sebagaimana dok cace kalu kaki tteweng, ce ore tu tok blajar qiam. Ore was-was lagu lain.. allah-allah-allah.. lain tu... Ni baso Allaaaaaaaaaaaaaaaaa... dok panje Allah tu, biar buleh 4-15 saat, sebab nok masuk perkataan niat tu. Kalulah niat kita tu termasuk dalam kategori Juzuiyah atau so lagi ore panggil kheling hati, maka tok jadi niat tu. Juzuiyah ni lagu mana? Juzuiyah ialah ia mmasuk niat tu. Contohnya lagu ni; Allah, sahaja.. Hu, smaye jemaah.. Ak, tok imam.. Bar, 2 rakaat.. Misalnya, dia masuk lagu tu.. Maknanya, bila mulut dia kata Allahuakbar tu, dia pun pejam mata, dia pun masuk sbutir-sbutir, srupa kecek dalam hati, sahaja-aku-smaye-Jumaat-imam-kerana-Allah-Ta'ala, maka tok soh niat tu. Ataupun so lagi ore panggil kheling hati. Dok kheling-kherat-kheling-kherat dalam hati. Sebenarnya niat ni, sekodar lintasan hati jah. Maknanya, dalam Allahhuakbar tu, kita sekodar terlintas jah nok smaye zuhur 4 rakaat. Sebagai contoh, niat smaye zuhur 4 rakaat tu kita wakilkan kepada sbatang kale nok bubuh dalam poket. Jadi, dalam Allahuakbar tu, bubuh jelah. Bukan kata, Allah..aku nok ambik kale nok bubuh dale poket laa.. haa, bukan sedetail & serumit itu. Niat ni ada 4 perkara, 2 bejadi, 2 dok. 2 hok tok jadi hok sakni laa, iaitu Juzuiyah dan so lagi kheling hati. 2 hok jadi ni ialah 'Urubiyah dan Kamadiah. 'Urubiah ni ialah paham di atas kijo hok kita nak buat, serta kita buat, dan hadir atau mari hok kita nak buat tu dalam tempoh Allahuakbar tu, haa itu yg dipanggil 'Urubi. Kamadiah ni pulok, khusus bagi para nabi & rasul, aaa.. tu dia nampak habis.. Kalu smaye gak, sampai ko tahyat akhir dia nampak. Haa.. maknanya, tok imam tu, takbir koho-koho, tok angkat tangan tok apa, pastu mmasuk niat sebagai imam tu, lepas tu, kemudian ia bacalah Fatihah, dan maka sah smaye makmum dengan dia. Tapi kalu kita smaye sore-sore lagu lain. katakan org cuit kita, atau kita dengar org takbir kuat sbg tanda nak jadi makmum kita, maka kita lintanglah atau lintaslah dlm hati kita sbg imam, tok perlu takbir koho-koho smula. Kalu kita tok niat imam, soh smaye kita, tapi sbg smaye sore le laa.. Kalu kita niat imam, buleh pahala jemaah.

(ms 26 baris 6 dari atas) Dan jika mengetahui segala makmum dengan demikian itu sekalipun, maka sah sembahyang. Katakan makmum dengar tok imam tu takbir koho-koho, walaupun makmum tahu sekalipun, tetap sah smaye itu.

Kajian kes : Katakan kita dok tengah smaye, tiba-tiba jatuh cicak, kita pun terkejut, "Oleh cicok besarnyoo..", ataupun bini kita dok tengah ngepek cari anok kunci. "Pok mung letok manooo laa anak kunci ni.. Kitanya lorat". Kita pun geram tlajok, maka tertubik "Nu, atah mari nu..!", adakah batal smaye? Jawabnya, tidak batal smaye. Sebabnya, segala perkataan yang tidak sengaja, kurang drp 6 patah perkataan, maka tidak batal smaye.

Kalu lagu ni : Katakan kita dok tengah smaye jogok, tiba-tiba paaaa jatuh cicak, kita pun terkejut, "Oleh cicok besarnyoo mari manoooo la cicok ni..", ataupun bini kita dok tengah ngepek cari anok kunci. "Pok mung letok manooo laa anak kunci ni.. Kitanya gaduh". Kita pun geram tlajok, maka tertubik "Nu, atah mari nu tok reti ko..!!", adakah batal smaye? Jawabnya, maka batallah smaye.. Illah nya? Kalu lebih drp 6 patah perkataan, walaupun tak sengaja, maka batal smaye.

(ms 26 baris 8 dari atas) Dan jika diselangi sof atau putus sof itu dengan mimbar ataupun tiang, maka tiada putus akan pahala sof. Bakpo? Kerana dinamakan sof yang satu jugak pada 'uruf, iaitu pada pandangan ramai.

(ms 26 baris 9 dari atas) Maka barang yang didapat atau kelakuan yg didapat oleh makmum yg masbuk, bila ni, serta imam, itulah dinamakan awal smaye dia, dan barang yg dikerjakan kemudiannya drp salam imam, itu akhirnya, nya-smaye jemaah tu, nya-smaye jemaah-nya, maknanya, awal smaye dia, awal smaye jemaah-nya, dan bila tok imam wi salam tu, maka akhirlah smaye-nya jemaah-nya, maka hendaklah mengulangi akan sunat ab'ad & wajiblah mengulangi rukun-rukun, umpama kata atau seperti kata, qunut makmum yg mengikut imam, pada rakaat kedua, pada smaye subuh. Kerana apa? Kerana qunut hok dia baca dgn tok imam tu, bukan tempatnya.. nya-qunut bagi dia. Maknanya, dia mari, Allahhuakbar, tok imam pun, Samiallahulimanhamidah, Allahhummahdina, dia pun angkat tangan baca qunut retet laa.. Maka, makmum tu disunatkan ulang smula qunut tu. Begitu juga dgn sunat ab'ad yg bernama tahyat awal, iaitu mengulangi tahyat awal makmum yg mengikut imam pada rakaat ketiga, pada smaye maghrib, kerana tahyat serta imam itu bukan tempatnya. Maknanya, tahyat tu bukan tahyat bagi makmum tu.

(ms 26 baris 8 dari bawah) Dan yg nyaring bacaan (di tempat yg sunat kita baca derah), dinyaringkannya. Maknanya, kalu bila tok imam wi salam, kalu smaye tu smaye jenis kena baca kuat (Maghrib, Isyak, Subuh), maka, bila kita bangun slps tok imam wi salam, maka tempat hok sunat baca deras tu, baca deraslah. Kalu kita smaye sore pun begitu jugok. So lagi berkenaan dgn rukun qouli (spt takbiratulihram, Fatihah & tahyat akhir). Rukun qouli tertakluk dgn sifat samak. Maknanya, tiap-tiap huruf yg wajib, yg rukun, dia kena nyaringkan, sekodar dengar ko lingo kita. Kalu baco tok bunyi atau tok bbutir maka tak sah smaye tu. Contohnya gini, kita baca tahyat akhir, tok bbunyi atau tok butir, maka kita kena ulang smula biar bbunyi atau bbutir, sekodar dengar di lingo kita, kalu kita baca tok bbunyi, sekodar dgn gerak bibir yah, maka tak sah tahyat akhir tu, tebe kita wi salam, maka batal smaye kita tu. Jadi, kalu kita baca tahyat akhir tu tok bunyi, maka ulang balik biar bunyi, sekodar lingo kita, tebe wi salam, batal smaye. Baca deras tu, biar sekodar dengar di lingo kita jah, jangan sampai mengganggu org sebelah. Kalu mengganggu org, maka haram la pulok.

(ms 26 baris 7 dari bawah) Seperti dapat rakaat serta imam atau kurangnya. Contohnya gini, tok imam dok smaye isyak, kita gi lewat, maka kita pun bulehlah so rakaat bersama-sama imam. Tok imam pun wi salam, maka kita pun bangunlah, sbg rakaat yg kedua, sebab sakni kito buleh doh so rakaat bersama-sama imam. Maka, bila kita berada dlm rakaat yg kedua tu, maka maca deraslah. Sebab sunat baca deras situ. Kalu tok baca deras? Soh jugok. Sebabnya bakpo suruh baca derah tu? Sebabnya, supaya bila ore lain mari pulok, hok lewat jugok, dia akan tahu bahawa kawe ni-ni tok smaye sunat, sebab smaye sunat tokleh baca deras, makhruh.

(ms 26 baris 6 dari bawah) Bermula bermukim di dalam negeri, antara di kalangan org banyak (org ramai), tujuannya, supaya dapat sembahyang Jumaat dan smaye jemaah itu, afdal drp asingkan diri atau uzlah. Afdol ni dipanggil afdol muqoyyat, iaitu afdol yg berkait. Syaratnya? Jika tiada takut atau tidak bimbang fitnah pada ugamanya seseorang itu. Bukan fitnah ore kkita, tapi pada ugama kita. Jadi kalu kita tak takut ugama kita ni punah, kita ccapur dgn ore, maka ccapurlah. Dan jika takut ia seseorang itu, maka ia asingkan dirinya di dalam padang-padang atau atau tempat-tempat jauh drp ore, adalah lebih aula baginya. Jadi sininya dia nak membincangkan masalah bermukim yang berhubung dgn smaye Jumaat. Baiklah gapo dia bermastautin, bermukim, bermusafir? Bermastautin ialah seseorang yg kosad dlm hajat ataupun dlm niat dia, "aku ni adat kata paka kiro mati ssini doh laa..", iaitu dia nak menetap sapa mati situ, maka ore ni wajib smaye Jumaat dalam mukim dia, dan ore nilah yg dikira dalam 40 ore utk meng-sah-kan smaye Jumaat. Pahtu, berkenaan dgn 40 ore ni, 40 ore ni ialah 40 org bermastautin yg tak termasuk pok-tolol. Maksudnya gedio? Maksudnya, 40 org bermastautin yang tahu hukum soh-batal-masbuk-muafik pasal smaye. Pastu, haram bagi org bermukim, bermusafir selepas drp waktu Subuh hari Jumaat. Dan ore bermastautin ni tokleh langgar ttaro utk smaye Jumaat. Katakan dia sepatutnya smaye Jumaat di masjid Peringat, tapi dia gi smaye di masjid Pauh Lima. Dia buleh tubik gi smaye di tempat lain, tapi dgn syarat, masjid mukim dia tu kena cukup 40 ore hok supo dia. Kalu tok cukup 40 ore keh dia, maka berdosa yg amat besar dia tu. Bermukim ialah org yang menetap dlm satu tempat lebih drp 3 hari, dan dia tidak ada kosad nok duduk situ sokmo-sokmo atau nok mati ssitu, walaupun rumah dia ssitu dua tiga butir, kebun belaar-laar. Org bermukim ni, dia ni wajib smaye Jumaat, tapi tak wajib koriah. Ertinya, tak wajib bagi dia smaye masjid mana-mana. Org musafir ialah org keluar drp mukim atau ttaro dia, menuju pada satu tempat yg bukan atas tujuan maksiat, yg mana jarak perjalanannya adalah lebih drp 2 marhalah, maka dia mendapat hak sbg org musafir selama 3 hari. Sbg contoh, kita duduk di mukim Peringat, pahtu kita masuk mukim Guntong, maka kita masuk ke mukim lain la doh tu. Maka kita buleh atau mendapat hak sbg org bermusafir doh tu, dgn syarat jarak perjalanan hok kita nak tuju tu lebih drp 2 marhalah. Ore musafir ni ada beberapa hak. Pertama, dibulehkan berbuka posa. Kedua, dibulehkan jamak dan qosar. Ketiga, tak wajib smaye Jumaat.

(ms 26 baris 3 dari bawah) Maka jika mubaroqoh org-org berjemaah pada rakaat yg kedua, maka gugurlah fardu kifayah baginya, dan tiada atau tidak perlu lagilah disuruh perang atau diperangi akan orang itu. Maknanya sini ialah, jaman ritu, Nabi marah benar ore hok tok gi jemaah, sampai ke tahap, Nabi nok bakar rumah demo tuh. Maka, jika kita de atau sempat berjemaah dgn tok imam, pahtu kita pun mubaroqoh, katakan pada rakaat kedua, maka kita dikira sudah tidak termasuk dlm golongan yang diperangi oleh Nabi lah. Maknanya sini, sekiranya kita de dapat sekurang-kurangnya 1 rakaat berjemaah dengan tok imam, maka kita dikira sudah tidak termasuk dlm golongan yang diperangi oleh Nabi lah.

Friday, December 4, 2009

MALAM KHAMIS (02/12/2009)

Bila sore tu jadi makmum, asa jadi makmum, tok kiralah smaye gapo pun, hatta smaye mayat skalipun, katanya tok guru, sapo-sapo hok jadi makmum, lebih-lebih lagi ore jate, maka bila dia takbir, hal keadaan dia tok tahu gapo dia masbuk muafik, dgn tidak mendapat sebarang bayangan dan ilmu petunjuk yg sebenar, maka smaye dia tu tok soh, sejak drp
takbir lagi. Melainkan dobik duduk atas belajar. Dia blaja ilmu smaye tu, tapi tok sapa situ lagi. Kalu ambik contoh gak, baru blajar mukasurat 3. Tok sapa lagi mukasurat 23. Maka hoktu dimaafkan Allah. Kalu hok tok keno tu diampun. Hok kena tu diterima.

Ngaji feqah saja tok jadi. Ngaji tauhid saja tok jadi. Ngaji tasauf saja tok jadi. Kena gabung ketiga-tiga.

Makakata, bakpo ore buleh smaye jemaah, tapi tokse blajar? Jawab dia, segala yg orang beramal dgn tidak ada ilmu, maka Imam Ghazali kata, sesungguhnya mereka itu, telah hampirlah syaitan kepadanya. Sebab tu sete tok kaca ore hok smaye dgn takdok ilmu ni.

Tiap-tiap drp kelakuan yg nak masuk dlm ibadat, nescaya akan dilete oleh sete. Maka kalu kita buleh gi dgn mudah-mudah, takdok rasa gleding-gliat, haa.. kita kena check la tu, bakpo ya mudoh sangat gi ngajar, gi blajar, gi wat amal sari dua ni. Ada tok kena tu. Barang hok mudah-mudah ni biasanya didorong oleh nafsu.

Sebab tu kita kena perati. Perati kelakuan orang ni, bukan dgn nok tunjuk dia tu jahat, tapi supaya benda hok kena dia tu kita buleh ukur letak di diri kita. "Oloh, kalu benda ni keno kakku, beraaaat laa..". Kita perati kelakuan orang supaya kita ada rusing renyoh utk diri kita, bukannya nok suruh kita runsing orang tu tok blajar. Itu dia punya pasallah. Kita takut kita termasuk dalam tu jugok. Namogak kita kata, "Berat demo, tok blaja.. Smaye guano tok blaja ni..", haa tok leh kata lagu tu.. Kalu kita kata gitu, namanya ujub.

Masbuk muafik ni gini lebih kure :- Dihukumkan kita tempoh permulaannya daripada takbirratulihram pada rakaat pertama, sehinggalah tika saat tok imam rukuk, adapun rakaat-rakaat lain, adalah setelah kita kembali kepada qiam.

Apabila kita dok qiam molek, barulah dihukum dari segi kira-kira, sampailah tok imam Allahuakbar, kita pun hukumlah diri kita, samada kita masbuk atau muafik, kerana di sinilah berlaku silap paham yang banyak, yang membatalkan smaye seseorang makmum.

Pertamanya, Muafiq. Muafiq-muafiq ni asal drp "Muafiqun". Muafiqun artinya "Muafakat".

Kalu ore tu blaja jugok, blaja jugok, blaja jugok, bengo jugok, bengo jugok, blajar jogok, maka lepaslah dia, dan dia duduk dlm keampunan Allah Ta'ala.

(ms 23 baris 2 dari bawah) Maka arti tertakrif muafiq, iaitu makmum yg mendapat masa, iaitu masa untuk membaca Fatihah, iaitu masa utk selasai baca Fatihah. Bila? Di dalam berdiri imam itu, iaitu masa dia dok cace, tok imam pun dok cace, kira dari rakaat pertama, lepas takbirratulihram tu, Allahuakbar, maka kira. Kira lagu mana? Kira dengan bacaan atau kiraan kadar pertengahan. Bacaan pertengahan ni lagu mana? Ada berapa bacaan Quran? Baca Quran ada berapa jenis? Baca Quran ni ada 3 wajah. Pertama ialah Hadar. Hadar ni cepat. Yang kedua Tadwir. Yang ketiga Tartil. Tartil ni sbutir-sbutir. Bacaan pertengahan ialah tidak cepat dan tidak lambat. Maknanya, kalu kira dgn bacaan pertengahan ni, kalu baca Fatihah lebih kurang antara 25 - 30 saat (start bilmillah hingga waladdollin. A'uzubillah tu tidak dikira). Maknanya, masa 30 saat tu ada ko dok ko makmum tu.

(ms 24 baris 1 dari atas) Maka apabila demikian itu, iaitu apabila mendapatlah ia masa lebih kurang 30 saat tu, maka dihukumkan orang tu, sebagai muafiq. Pahtu apa dia kijo muafiq ni? Maka wajib atasnya (wajibul'ala @ wajib di sisi syarak) membaca Fatihah hingga sempurna sampai habis. Kalu tok imam rukuk? Biarnya rukuklah. Kalu kita ni makmum muafiq, tok imam rukuk, kita tok abis lagi baca Fatihah, tapi kita rukuk jugak, maka batal smaye. Dengan kata lain, bila rukuk saja makmum yang muafiq, sedangkan Fatihah dia tok abis lagi, maka batal la smaye dia.

Apa maksud "Wajib Atasnya"? "Wajib Atasnya" tu ialah Wajibul'ala. Wajibul'ala bermaksud wajib di sisi syarak.

Apa maksud "Wajib Bagi"? "Wajib Bagi" tu maksudnya wajib adat.

(ms 24 baris 2 dari atas) Jilakau walaupun andaikata meninggal @ tertinggal dgn imamnya. Bakpo tertinggal tu? Dgn sebab nok perhabiskan bacaan Fatihah dia. Bukan prabih hok sunat. Contohnya kes lagu ni :- Makmum ni jenis anjo.. Dia duduk baca tahyat awal slow tlajok. Tok imam siap doh, maka tok imam pun bangun. Makmum ni jauh lagi drp siap. Bo-bo makmum tu bangun, tok imam pun rukuk doh eh. Sepatutnya, makmum tu, tika dia dok baca tayhat awal tu, kalu tok imam bangun, makmum tu sepatutnya coh bangun retet. Pahtu, lepas tok imam wi salam, makmum tu buat sujud sahwi laa, sebab makmum tu tok de baca selawat dlm tahyat awal tu. Tapi, bo-bo makmum tu bangun, tok imam rukuk doh eh. Makmum tu pun terus rukuk retet. Maka batal la smaye dia. Kalu kes lagu ni (iaitu makmum bangun lewat sebab nok prabih
tahyat awal, pastu bo-bo dia bangun, duduk tok lama, tok imam pun rukuk) makmum tu dinamakan makmum muafiq uzur. Makmum ni bukan makmum masbuk deh, sebab dia sebenarnya ada masa dgn tok imam berdiri, cuma makmum tu sengaja jah malah bangun, sebab nok perabih tahyat awal. Muafiq uzur ni lagu mana? Muafiq uzur ni, dia tok serupa dgn muafiq biasa ni. Muafiq uzur ni, dia cuma buleh baca Fatihah sehingga tok imam sujud yg kedua. Kalu tok sudah jugak, dia kena mubaroqoh. Takdok pilihan lain. Kalu makmum tu tok mubaroqoh, maka batal smaye. Kalu makmum muafiq biasa, dia ada 2 pilihan, iaitu samada mubaroqoh atau mengabaikan rakaat tu dan terus sujud retet bersama tok imam. Pahtu gak, lepas tok imam wi salam, tambahlah rakaat hok burn takdi tu.

(ms 24 baris 3 dari atas) Seperti lagi akan datang kenyataan & keterangannya (akan dibicarakan selepas ini, takut sakit palo).

(ms 24 baris 4 dari atas) Dan dia ni dimaafkan @ dibenarkan tertinggal @ meninggal drp tok imam dgn tiga rukun fiqli yg panjang-panjang pada mazhab kita Syafie. Kalu mazhab Hanafi, 3 rukun panjang-panjang tu, termasuk dengan rukun qouli skali. Kalu mazhab Syafie, rukun fiqli sahaja. Contoh :- Makmum muafiq tu dok cace, tok imam pun rukuk. 1 rukun panjang. Tok imam i'tidal. Tok kira, sebab i'tidal tu rukun pendek. Tok imam sujud yg pertama. 2 rukun panjang. Tok imam duduk antara 2 sujud. Tok kira, sebab duduk antara 2 sujud tu rukun pendek. Tok imam sujud yg kedua. 3 rukun panjang. Maka, kalu tok imam sedang sujud yg kedua, makmum muafiq tu sepatutnya habis doh Fatihah dia, dan kena rukuk doh. Barulah makmum tu mendapat rakaat tu. Kalu makmum muafiq tu tok abih lagi baca Fatihah, makmum tu kena pilih 1 antara dua, iaitu samada dia mubaroqoh (smaye seorang diri) atau dia laghokan rakaat, iaitu terus sujud bersama-sama dgn tok imam. Pahtu, bila tok imam wi salam, makmum tu tambahlah rakaat yg dia laghokan tadi tu. Sebabnya, kalu tok imam angkat muka drp sujud yg kedua untuk bangun qiam pada rakaat seterusnya (iaitu masuk rukun fiqli panjang yg keempat), kalu makmum muafiq tu dok baca Fatihah lagi dan tok buat keputusan lagi, maka batal smayenya.

Muafiq ni gapo dia? Iaitu makmum yg mendapat masa utk dia baca Fatihah. Bila? Dalam berdiri imam tu. Tom imam berdiri, dia pun berdiri jugok. Masa tu la. Kalu rakaat pertama, selepas takbiratulihram. Adapun kalu rakaat kedua, ketiga keempat, lepas takbir i'tiqolah. Makmum bangun coh dok cace, maka startlah kira-mengiranya. Lagu mana kira tu? Kira dgn bacaan tadwir iaitu pertengahan, tidak cepat dan tidak lambat.

Kalu kita tok leh nok hukum kita ni masbuk ko muafiq, baik maye dumoh la. Baik maye sore. Gi masjid pun buleh, tapi lebih baik niat maye sore. Kalu tidak, banyak akan batal, kerana disebabkan kita tok tahu akan masbuk muafiq ni.

Dhobiklah kitab ni molek. Buat buku. Buat index. Kitab ni, biarlah ada so mari dumah. Baru mudah nok rujuk.

(ms 12, baris 7 dari bawah) Iaitu berjemaah di tempat walaupun sikit orang serta dapat mendengar quran drp tok imam itu adalah lebih afdal drp tempat yg ore jemaah ramai, tapi tokde dengar bacaan tok imam. Sebab tu lah, lepas tok imam baca Fahitah, dia kena diam sekejap. Tujuannya, pertama, supaya tok imam de nyawa. Kedua supaya makmum de slesa
hok wajib, iaitu baca Fatihah. Tok imam baca ayat lazim tu sunat. Makmum baca Fatihah tu wajib. Bila bertembung hok sunat dgn hok wajib, maka kena dahulukan hok wajib. Kalu tok imam baco ayat lazim hok sunat tu, sampai mengganggu bacaan Fatihah makmum maka haram hukumnya. Kalu mazhab Syafie, diam smeta akan tok imam itu lepas baca Fatihah adalah sunat. Kalu imam Maliki, wajib nah. Maknanya, kalu tok imam tidak diam selepas baca Fatihah tu, maka batal smaye dia.

Kalu semua orang dlm masjid dok smaye sunat, pastu ada sorang mari, dia wi salam. Maka kena ada sorang kena berenti smaye sunat tu, dan jawab salam dia. Sebab wajib jawab salam dia, smaye sunat tu sunat.

Kalu ore tu tok reti bab masbuk muafiq, ore tu tok leh diambik kira utk 40 org sah smaye Jumaat.

Dalam mengaji ilmu agama ni, soalan yg utama ialah :- "Lagu mana diri aku nii.." Bukannya "Lagu mana ore ni.."

Rukun Fiqli:
  • Qiam (RF Panjang)
  • Rukuk (RF Panjang)
  • I'tidal (RF Pendek)
  • Sujud (RF Panjang)
  • Duduk antara 2 sujud (RF Pendek)
  • Duduk tahyat akhir (RF Panjang)

Mengulang rukun yang telah sah. Kalu mazhab kita Syafie, kalu mengulang rukun qouli yang telah sah, maka tak batal smaye. Tapi kalu mazhab Hanafi, kalu ulang rukun yang telah sah, walaupun rukun tu rukun qouli skali pun, maka batal smaye. Contohnya lagu ni :- kalu kita baca Fatihah, "Siroo tol la zii na an am ta 'alaihim ghoi ril magh dhuu bi'alaihim". Pahtu kita ulang smula "Ghoi ril magh dhuu bi'alaihim walad dhoooool liin.". Maka kalu mazhab Hanafi, batal smaye. Maka, sebuleh-bulehnya, kita orang awam ni tok soh ulang laa, sebabnya, kalu duduk atas usul feqah, keluar drp perselisihan pendapat ulama mazhab ni, akan mendapat sunat. Contohnya gini laa, kalu ore kata, "Pagi takdi ada JPJ di Limbat nuu..", tapi ni tengohari doh. Kalu nok selamat, baik laa te ikut Padang Mengkali, guna jalam Nilam Puri. Tentu takdok JPJ. Sebabnya, kalu kito gi jugok ikut Limbat nu, kalu JPJ takdok doh, slamat laa. Tapi kalu JPJ ada lagi, kena laa kita.

Kalu sengaja mengulang rukun fiqli yang telah sah, maka batal smaye. Contohnya, kita rukuk. Pastu, kita i'tidal. Pastu kita pun rukuk pulok. Maka batal smaye. Lain lah kalu kita tok ingat. Contohnya, kita rukuk, pastu kita i'tidal. Pahtu kita konfius, "Aku rukuk doh ko dok eh?". Kalu lagu ni, kita buleh rukuk smula.

Mubaroqoh ni ada 2 jenis, iaitu :
  • Mubaroqoh yg kena ikut kelakuan tok imam : Iaitu bila kes tok imam batal.
  • Mubaroqoh hok kita cangkul sendiri-sendiri (bercerai dgn tok imam dari segi kelakuan) : Iaitu selain drp kes tok imam batal. Seperti kita mubaroqoh kerana kita ni makmum muafiq, atau kita mubaroqoh kerana kita ni gaduh nok naik bas, dll.
(ms 24 baris 5 dari atas) Dan bermula arti masbuk iaitu makmum yg tiada mendapat masa. Masa mana? Iaitu masa untuk baca Fatihah. Bila baca Fatihah? Di dalam keadaan berdiri imamnya, dengan sekira-kiranya bacaan orang pertengahan, tidak cepat tidak lambat, kerana singkat sangat masa berdiri imam, lepas takbir makmum. Maknanya dgn kata lain, masbuk tu ialah org yg tidak dapat masa. Masa, kira-kira kalu baca Fatihah tu, lebih kurang 30 saat. 30 saat tu,takdok ko dia.

(ms 24 baris 8 dari atas) Maka jawab, tiada wajib atasnya, sempurna menyudahkan Fatihahnya, (tok imam tanggung Fatihah dia), hanya baca Fatihah sekodar sedapat (skat-skat de). Bila imam rukuk, ikut rukuk slalu, (bo la baca Fatihah tu), walaupun jika tidak dapat bilmillah sekalipun, maka dikira sah dapat rakaat, syaratnya, kalau dapat tetap laa. Tetap lagu mana? Tetap rukuk dengan diamnya anggota yg tujuh berserta (bersama-sama) imam. De tomakninah la maksudnya. Tomakninah ni gapo dio? Mutmainnah. Ertinya diam segala anggota yg tujuh, lebih kurang selama 1 saat. Lagu mana kalu makmum tu berselisih dgn tok imam? Pada masa yg sama, makmum tu nak rukuk, tok imam nak i'tidal. Nok wat lagu mana? Makmum tu kena piaaaah bikah bangun slalu, iaitu kembali kepada qiam smula, bukan niat i'tidal deh. Kalu niat i'tidal, maka batal smaye makmum tu, sebab rukuk sakni tokde tomakninah. Pahtu makmum tu kena tambah la rakaat, selepas tok imam wi salam.

Syarat kepada tiap-tiap rukun fiqli, tok kira hok panjang ataupun pendek, ialah kena tomakninah. Kalu kita samiallahulimanhamidah, pahtu tok de tomakninah, terus sujud, maka batal rukun tu (rukun i'tidal tu). Smaye tok batal lagi. Maka, kalu tokse wi batal smaye, kita kena ulang balik i'tidal tu. Pahtu sujud smula. Kalu kita go on, tanpa ulang balik i'tidal tu, maka batal smaye.

(ms 24 baris 12 dari atas) Dan bermula, diketahui drp kaedah ini, iaitu kaedah masbuk muafiq ni, iaitu boleh jadi makmum tu masbuk tiap-tiap rakaat, hingga empat rakaat sekalipun. Sepertikata bersesak-sesak makmum ramai sangat (supo di Mekah), maka tiada dapat rukuk skali, hanya bergilir-gilirlah pada rakaat pertama. Nok rukuk blako skaligus tok leh, tok muat. Contohnya supo naik kereta, seat blake naik 5 orang. Tokleh nok nyanda blako la, nyandar 3 org, tok nyandar 2 orang, sebab tok muat.

(ms 24 baris 8 dari bawah) Maka bila masuk rakaat kedua, tak sempatlah nak habis baca Fatihah dia, atau "lambat gerak diam makmum tu manakala imam tu cepat", atau "makmum pertengahan bacaannya manakala imam cepat bacaannya", maka sekalian rupa masalah ni, yang menyebabkan tokde org pertengahan baca Fatihah tu, semuanya dikira masbuk (untung laa). Maka tiada wajib sempurna Fatihahnya, bahkan hanya bacalah sekodar sedapat (skat-skat de). Dan jikalau berlaku di tiap-tiap rakaat sekalipun. Dan bermula mana-mana makmum muafiq, yg diuzurkan 3 rukun panjang-panjang, haruslah ketinggalan drp imam dia, hingga tiga rukun fiqli yg panjang-panjang. Kerana apa? Illah uzur tu. Illah uzur ialah, hendak menyempurnakan Fatihahnya. Kemudian tu, dia ikutlah, di belakang tok imam dia, maka hasil dan dapat dan sahlah rakaat baginya. Selama mana? Selama belum lagi imam itu masuk rukun yg keempat, sepertikata iaitu nak masuk qiam, atau nak duduk tahyat akhir doh, maka dan tetapi sebaliknya tiada mengapa duduk tahyat awal, atau duduk istirohah. Bakpo? Kerana dia, (duduk istirohah tu), rukun pendek, dan tahyat awal tu pulok, bukan rukun smaye.

(ms 25 baris 4 dari atas) Dan bermula dikehendaki 3 rukun yg panjang-panjang tu, rukuk, dan sujud yg pertama, dan sujud yg kedua, dan tiada dihisabkan i'tidal (i'tidal tu tok masuk), dan duduk antara 2 sujud (tok masuk jugok), kerana ia rukun pendek kedua-duanya. Maka jika masuk @ berpindah imam pada rukun fiqli panjang yg keempat, padahal sedangkan makmum itu belum sempurna Fatihahnya lagi, maka wajib atas makmum itu pilih, samada ia ikut imam terus pada rukun yg keempat, dan ia tinggallah segala aturan sembahyang diri dia, serta luput lah (burn lah) rakaatnya, dan so lagi, antara ia niat mubaroqoh dengan imamnya. Cara niat mubaroqoh ni, sekodar wat mari dalam hati kita, kita berpisah dgn tok imam. Bukannya sampai pejam mata, "Sahaja aku nak mubaroqoh.." Bila mubaroqoh tu, dan ia kerjakan segala aturan sembahyang dirinya, dan dapatlah rakaatnya. Kerana apa? Kerana tiada dimaafkan lagi orang tu, lebih drp tiga rukun yg panjang-panjang, seperti lagi akan datang kenyataannya (nok sambung smula pulok, Insya Allah).

Thursday, December 3, 2009

MALAM AL-QURAN (30/11/2009)

. Taqiim tu, huruf ta tu jange lantang. Jange sebut TAqiim.. Kena sebut taqimm.

Hok alik bowoh ni, sila tengok Surah Al-Mulk, ayat 20 - 30.

Ana ni, kalu sambung, na tu, dia jadi baca pendek. Tapi kalu wakaf, na tu kena baca 2 harakat. Kalu jupo ni, sila cuba bereti di tu. Pastu ambik balik di

Ar, ro tu kena tebal.

Qii ni, kena baca nipis jah.