Hari Raya AidilAdha ni, dilakukan selepas jemaah haji mengadakan perhimpunan perdana di Padang Arafah.
Kita tak dapat hidup sempurna tanpa perjuangan, dan perjuangan tidak dapat dilakukan tanpa pengorbanan.
Semangat berkorban ialah : Berani berkorban & berani dikorbankan.
Kenapa umat Islam hok 52% di Malaysia ni lemah?
- Kurang keimanan kepada Allah.
- Hok Nabi tinggal ko kito tu, kita wat ajuh tok ajuh.
- Tak ada keikhlasan dalam beribadat kpd Allah.
Nabi S.A.W. bersabda, marhumnya lebih kurang : Seburuk-buruk manusia di akhirat seksok, ialah orang yang hilang akhirat dia, kerana dunia orang lain.
Tika kita cari lembu nok wat qurban, 1 langkah 1 kebajikan. Kalu kita dok bercakap-cakap pasal nak jual-beli lembu tu, 1 patah percakapan 1 tasbih. Bila kita bayar pulok duit tu, setiap 1 dirham tu, digandakan 700 dirham.
Tengoklah orang kampung. Padahal sesok. Minum air kupi. Isap rock down. Tapi buleh gi Mekah sokmo. Bakpo? Sebab mereka yakin ko jaminan Allah, yang 1 dirham tu, digandakan 700 dirham.
Sebab itulah, kita kena yakin dengan jaminan Allah.
Ada hadis dhoif, buleh amal, tapi jange gege kokre. Buleh kalu kita nak qurban dgn ayam. Tapi, jangan gege kokre laa..
Hukum qurban : Ada yg mengatakan sunat. Ada yg mengatakan wajib.
Imam Maliki, Syafie, Hambali, kata sunat.
Kata Hanafi, ialah wajib, iaitu bagi orang yang ada pitih yg cukup nisob.
Binatang yang sah diqurbankan :- Binatang-binatang ternakan.
- Biri : 1 tahun.
- Kambing : 2 tahun.
- Unta : 5 tahun.
- Lembu/kuba : 2 tahun.
Kata Mazhab Syafie, prioriti keutamaan binatang qurban adalah seperti berikut :
- Nombo 1 : Unta.
- Nombo 2 : Lembu.
- Nombo 3 : Kibas/kambing/biri.
Lembu/kuba/unta = 7 orang.
Kanbing/biri : 1 orang.
Ibnu Hajar kata, kalu atas satu kambing seko tu, kita buat qurban & buat aqiqoh, maka sajo dua-dua.
Kata Syeikh Romli pula, kalu atas 1 kambing tu, diniatkan qurban & aqiqoh, maka berhasil kedua-duanya.