Wednesday, June 9, 2010

MALAM SELASA SEREPA (05/04/2010)

(ms 6 baris 3 dari Atas) Maka ada permulaan bagi Allah Ta'ala.. Dan ada akhir baginya.. Nya-Allah Ta'ala.. Dan bersamaannya.. Nya-Allah Ta'ala, bagi segala yang baharu.. Dan berkehendaknya.. Nya-Allah Ta'ala, kepada zat dan kepada fa'il.. Yang menjadi ia.. Ia-Allah Ta'ala, akan dia.. Iaitu zat dan fa'il yang dijadikan oleh Allah Ta'ala tu.. Dan ada yang mendua ia.. Ia-Allah Ta'ala.. Pada zatnya.. Nya-Allah Ta'ala.. Dan pada segala sifatnya.. Nya-Allah Ta'ala.. Dan pada segala perbuatannya.. Nya-Allah Ta'ala.. Sekaliannya itu.. Yang tersebut sakni tu.. Iaitu ada-permulaan, ada-akhir, ada-bersamaan-dgn-hok-baru, ada-kandok, ada-berbilang-bilang.. Tiada patut bagi zat Allah Ta'ala.. Dan bagi segala sifatnya.. Nya-Allah Ta'ala.. Bakpo..? Kerana membawa ia.. Ia-sekalian-yang tersebut-sakni-tu.. Kepada baharu dan lemah dan kekurangan.. Bermula yang demikian itu.. Iaitu membawa kepada Allah Ta'ala tu baharu, dan lemah, dan kekurangan tu.. Mustahil blako atas Allah Ta'ala.. Tok terima akal..

(ms 6 baris 6 dari Atas) Dan dinamakan sifat Salbiah ini, sifat 'Adami.. Artinya.. Artinya-sifat-'Adami.. Tiada maujud.. Ia berbeza dengan sifat Ma'ani.. Sifat Ma'ani, di-baso-kan kepada maujud.. Di-baso-kan kepada ada.. Tapi sifat 'Adami ni (Salbiah ni), di-baso-kan kepada takdok.. Kerana apo..? Kerana tiada berdiri ia.. Ia-sifat Salbiah tu.. Pada zat.. Dan tiada maujud padanya.. Padanya-zat tu.. Artinya lagu mana..? Artinya tiada sah dilihat akan dia.. Akan-dia-sifat-Salbiah hok 5 tu.. Dan tiada melazim ia.. Ia-sifat-Salbiah tu.. Bagi sifat yang lainnya..Maknanya sifat Salbiah tu tidak melazim ia pada sifat  Ma'ani (kita ambik contoh).. Kerana sifat Salbiah tu di-baso-kan kepada tiada-maujud.. Manakala sifat Ma'ani pulok, di-baso-kan kepada maujud.. Dan tiada ziadah (tiada tambah, atau tiada lebih, atau tiada takluk) ia.. Ia-sifat Salbiah ni.. Atas zat, dan atas sifat yang lainnya.. Dan maknanya.. Nya-sifat Salbiah tu.. Menunjuk atas meng'adamkan (meniadakan) suatu yang tiada patut bagi zat dan bagi sifat.. Bukan makna 'Adam itu 'Adam-daripada-zat.. Tadi meme-lah musohhneh kata, sifat Salbiah tu di-baso-kan kepada sifat 'Adami.. Di-baso-kan kepada tiada-maujud.. Tapi jange kita napi sifat Salbiah tu.. Cuma napi barang hok tok patut tu.. Pesan slalu tu.. Bukan makna 'Adam itu 'Adam-daripada-zat.. Lagu mana pulok..? Artinya tiada bersifat zat dengan dia.. Dia-sifat Salbiah hok 5 tu-lah.. Jange kita kata zat tu tidak bersifat dengan sifat Qidam, Baqa', Mukhoo-lafatuhuu-lilhawaa-dith, Qiamuhuu-binafsih, dan Wahdaniah. Kerana apa..? Iaitu mustahil.. Bakpo mustahil tu..? Kerana kufur orang yang menapikan sifat Salbiah yang qadim, dengan ijma' ulama'..

(ms 6 baris 11 dari Atas) Dan makna sifat Ma'ani (Qudrat, Irodat, 'Ilmu, Hayat, Sama', Basor, Kalam).. Iaitu tiap-tiap sifat maujud (hok wujud).. Maujud sinni ialah maksudnya, yang-dibasokan-kepada-ada.. Lagu mana..? Artinya.. Artinya maujud tu.. Sah dilihat akan dia.. Akan dia-tiap-tiap sifat hok 7 tu.. Jika dibuka bagi kita hijab.. Hijab ni dinding.. Yang berdiri ia.. Ia-tiap-tiap sifat hok 7 tu Ia-hijab tu.. Dengan zat.. Lagu mana..? Artinya tiada terkaya ia daripada zat.. Dan ziadah ia (ada takluk ia).. Ia-sifat Ma'ani tu.. Atas zat yang mewajib ia.. Ia tiap-tiap sifat Ma'ani tu.. Bagi zat.. Akan bahawa bersifat ia.. Ia-zat tu.. Dengan sifat Ma'nawiyah.. Maknanya lagu ni.. Sifat Ma'ani ni, ialah sifat yang menunjukkan sabitnya adanya zat.. Sifat yang menunjukkan buktinya adanya zat.. Apabila sabit-sabit dan bukti-bukti ni ada, maka sudah tentulah confirm cerat-nah zat tu ada.. Tapi, jika bukti ni takdok sekalipun, zat tu tetaplah ada.. Kerana harus bagi Allah Ta'ala mengada atau meniadakan alam ini.. Tapi loni kita lihat dengan mata lendir kita dan kita mmikir dengan akal kita, bukti ni ada.. Maka sudah tentulah adanya sifat Ma'ani ni.. Kalu Sifat Nafsiah, sifat yang menerangkan bagi zat.. Ingat.. Yang menerangkan bagi zat.. Tapi sifat Ma'ani ni.. sifat yang menunjukkan sabitnya adanya zat.. Iaitu sifat Ma'ani ni.. Sifat yang baso pesen meme ada..Yang maujud, secara Artian.. Arti "Artian" ni lagu mana..? Yang mengambik dalil (yang mengambik bukti) di atas kelakuan dan sifat dia hok 7 tu.. Misal.. Kita kata.. Gajah.. Kita tengok mudoh-mudoh jah dia ppatoh pohon koyu hok besarnya dua-tiga mmeluk.. Jadi gedio kita buleh kata ko gajah tu.. Woo.. Nneler gajah.. Bakpo kita kata nneler gajah tu..? Ho laa.. Pohon besar gitu-mo-lalu, mudoh-mudoh jah dia ppatoh.. Jadi, kalu kita wat misal laa ko makhluk, untuk suruh mudoh pehe, maka sifat Ma'ani pada gajah tu ialah nneler.. Buktinya.. Ho laa.. Kita tengok doh dgn mata lendir kito.. Mudoh-mudoh jah dia ppatoh pohon dua-tiga-mmeluk tu.. Begitulah jugak dengan Allah Ta'ala, untuk kita pehe.. Woo.. Nneler sungguh Allah Ta'ala.. Qudrat sungguh Allah Ta'ala.. Kuasa sungguh Allah Ta'ala.. Buktinya.. Tengoklah langit-bumi ni.. Dia buat dengan takdok-takdok tongkat nah.. Nneler sungguh Allah Ta'ala.. Qudrat sungguh Allah Ta'ala.. Kuasa sungguh Allah Ta'ala.. Sifat Ma'ani ni (Qudrat, Irodat, 'Ilmu, Hayat, Sama', Basor, Kalam) ada dalam Quran.. Tapi kalu-lah Sifat Ma'ani ni takdok dalam Quran sekalipun.. Kita buleh mmikir dengan akal, bahawasanya Allah Ta'ala ni bersifat dengan sifat Ma'ani.. Hei.. Kalu Allah Ta'ala takdok 'Ilmu, lagu mana Dia buleh atur segala matahari, bintang-bintang llangit.. Kalu takdok 'Ilmu, blago.. Tapi kita tengok dgn mata lendir kita.. Takdok-dek blago eh ttari tuh.. Ini menunjukkan Allah Ta'ala bersifat dengan sifat Ma'ani.. Jadi, kita pehe doh laa.. Bahawasanya sifat Ma'ani ni.. Ialah sifat yang menunjukkan sabit (bukti/dalil) adanya zat.. Sebab tu-lah.. Sampai pada pemikiran dan akal orang hok beriman, bahawasanya Allah Ta'ala bersifat dengan sifat Ma'ani.. Sebab Allah Ta'ala buka hijab (dinding), yang menyebabkan dia buleh mmikir.. Dengan adanya alam ni-nih.. Maka sah cerat-nah Allah Ta'ala bersifat dengan sifat Ma'ani.. Sifat Ma'ani ni ialah sifat yang berdiri ia dengan zat.. Iaitu sifat yang bergantung, yang menumpang, yang menempel, yang berephek ia pada zat.. Dan ziadah (ada takluk) ia atas zat.. Takluk ni, kita bincang smula, Insya-Allah.. Dan apabila zat tu bersifat dengan sifat Ma'ani, maka melazim dan mewajiblah bagi zat itu bersifat dengan sifat Ma'nawiyah.. Contohnya lagu ni.. Sifat Sama' (sifat mendengar atau sifat Pendengar) ni, kita tahu dah, ada dah pada zat Allah Ta'ala.. Maka apabila lagu tu, maka melazim-lah (mewajib-lah) zat Allah Ta'ala tu berkeadaan Ia dengan keadaan-Nya, yang mendengar.. Iaitu Kounuhu-Samii'an..

(ms 6 baris 13 dari Atas) Dan makna sifat Ma'nawiyah.. Iaitu tiap-tiap sifat yang sabit.. Yang sungguh.. Bagi zat.. Bagi zat Allah Ta'ala.. Selama-lama ada zat bersifat dengan sifat Ma'ani.. Dan lebih ia.. Ia-sifat Ma'nawiyah tu.. Atas sifat Ma'ani.. Dan malazim ia.. Ia-sifat Ma'nawiyah tu.. Baginya.. Nya-sifat Ma'ani.. Supo kita dok bice-bice sakni laa.. Apabila ada gheng, ghok-lah angkat bare.. Apabila ada Qudrat, berkeadaan-lah Allah Ta'ala Qoodiran..

(ms 6 baris 14 dari Atas) Adapun sifat yang harus.. Pada zat Allah Ta'ala.. Yang wajib atas.. Kalu kata wajib-atas, maknanya wajib-syarak slaluh.. Wajib kena tahu bagi tiap-tiap orang hok ada keberatan syarak.. Tokleh nok wokil kokre.. Bini tokleh nok wokil ko tok-laki.. Anak tokleh nok wakil ko mok-pok..Yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengenal akan dia.. Akan dia-sifat yang harus tu.. Dengan tafsilnya.. Dengan terperincinya.. Nya-sifat yang harus tu.. Satu sifat jua.. Iaitu.. Fi'lu-Kulli-Mumkinin-Au-Tarkuh.. Artinya.. Berbuat tiap-tiap mumkin, atau meninggal akan dia.. Akan dia-berbuat tiap-tiap mumkin.. Apa itu mumkin..? Mumkin ni ialah.. Barang yang.. Ataupun perkara yang.. Selain drp Allah Ta'ala.. Dengan kata lain, mumkin ni ialah makhluk.. Kalu so, kita panggil mumkin.. Kalu banyak, kita panggil mumkinat.. Dengan kata lain, mumkin ni ialah.. Barang yang patut ada, patut takdok.. Tiba-tiba ada.. Haruslah Allah Ta'ala nak per-ada-kannya.. Kalu Allah Ta'ala tokse wat..? Harus bagi Dia jugok.. Dengan kata lain, kita dan seluruh alam ini ialah barang yang patut ada, patut takdok.. Kalu nok buat pun, harus.. Kalu nok tak-buat pun, harus.. Mumkin ni ada 4.. Pertama ialah Mumkin-Maujud-Ba'dal-'Adam.. Iaitu benda hok ada pada masa sekarang, tapi dulu takdok.. Hok ada lloni.. Dulu takdok.. Cthnya, po kita lloni laa.. Lloni ada.. Dulu takdok.. Bila dulu tu..? Sebelum branoknya kita.. Cthnya, kita branok bulan 12.. Bulan 11 tu takdok lagi.. Itulah namanya Mumkin-Maujud-Ba'dal-'Adam.. Yang kedua ialah.. Mumkin-Ma'adum-Ba'dal-Wujud.. Takdok lloni, ada dulu.. Dulu ada, lloni takdok.. Contohnya, mmuloh cek kita.. Jaman ritu ada.. Lloni takdok doh.. Yang ketiga ialah.. Mumkin-Sayujad.. Iaitu mumkin yang lagi akan datang.. Seperti contoh, hari kiamat, padang mahsyar, titian-sirat, syurga, neraka, dll.. Yang keempat ialah.. Mumkin-'Alimalloo-Huannahu-Lamyujad.. Iaitu mumkin yang dikahendak Allah Ta'ala bahawa tiada dijadikan ia.. Iaitu mumkin yang dikahendak oleh Allah Ta'ala, tokse jjadi.. Meme-lah sebenarnya mumkin ni harus bagi Allah Ta'ala samada nok jjadi atau tokse jjadi asalnya.. Tiba-tiba, Mumkin-'Alimalloo-Huannahu-Lamyujad ni, Allah Ta'ala kandok doh tokse jjadi.. Gapo dio tu..? Iaitu contohnya, seperti iman Abu Jahal, iman Abu Lahab, iman Firaun, iman Namrud, iman Qorun.. Ppalo-ppalo pengat blako tuh.. Tapi harus bagi Allah sebenarnya, nok wi beriman ko atau tokse wi beriman ko ppalo-ppalo pengat sakni tuh.. Tapi, Allah Ta'ala kandok doh, tok se wi beriman sek-sek tu tuh.. OK, so lagi, mati tu sendiri sebenarnya.. Sebenarnya mati-mati ni, sebenarnya harus bagi Allah Ta'ala untuk nok mematikan makhluk-makhluk Dia ni.. Harus bagi kita sebenarnya ni mati.. Harus mati, harus dok.. Tapi, oleh sebab Allah Ta'ala janji doh dalam Quran.. Kullu-Nafsin-Zaa-Iqotul-Maut.. Maka, jadi-lah mati ni, wajib.. Iaitu wajib-'Aridi (wajib-mendatang).. Tapi kita kena ingat.. Segala jenis mumkin ni, harus pada Allah Ta'ala samada nok jjadi ko, atau tokse jjadi.. Wajib kita kena ccayo.. Harus pada Allah Ta'ala, samada nak buat mumkin, ataupun nak tinggal mumkin.. Supo diri kita ni laa, harus ada, harus takdok.. Harus pada Allah Ta'ala nak buat kita, harus jugok pada Dia tokse buat kita.. Kita asal-ssiloh-nyo takdok.. Tiba-tiba llhah, ada lloni.. Harus diri kita ni sbenarnya ni ada ni.. Harus pada Allah Ta'ala buat kita supaya ada lloni ni.. Kalu kita tak wujud pun, harus bagi Dia jugok.. Tapi kito lloni-ni, ado.. Allah Ta'ala buat kita, bui kita duduk atas muka bumi Dia smeta.. Syukurnya ya Allah.. Sebeginimolalu Dia bui kkito ni, patut ko kita wat tok-mmado, wat tok-hirau DDia..? Patut ko..? Tentu-lah tok patut.. Maka, untuk nok-mmado DDio, pertama-tamanya, ialah kena kenal Dia.. Bila de kita kenal Dia, baru-lah mari rasa sayang, rasa rendu, rasa centa, rasa kasih, rasa rajin, rasa semangat, dan segala jenis rasa yang menyebabkan kita ni nak ko Dia.. Al-awwalud-din-ma'rifatullah.. Awal-awal agama tu, kenal tuhan.. Sebab tu penting benar ilmu usuludin ni.. Untuk nak kenal akan Allah Ta'ala.. De kenal Allah, rasa saye slaluh.. De tok kenal Allah, wat tok-mmado slaluh.. Contohnya lagu ni laa.. Katakan ada sore perempuan mari rrumah.. Mok kita pun panggil kita.. Mat, mari jjupo sapo dio mari nih.. Ore jauh nih.. Bela-ah mok, kito lorat etek.. Kita pun tubik.. Pah tu kita kelik, mok kita panggil kita.. Mat, mung kenal dok sapo dio hok mari sakni.. Dok, katanya kita.. Tok kenal.. Kalu mung nok tahu, dia tu lah, jaman mung kecik mulo, mung kecing, mung berok, atas riba, atas kain dia-ah.. Kalu mok nak tinggal, mok nok gi wat padi, mok tinggal mung ddio-lah.. Mung kecing-berok atas dio-ah.. Lagu mano kita ssero.. Kita akan rasa bederhaa bulu roma.. Sebabnya kita malu yang teramat-amat malu, bersalah yang teramat-amat bersalah, dan mari rasa hormat yang amat-amat hormat kita ddio.. Sebabnya bakpo..? Sebabnya kenal dooh.. Kenal dooh.. Kenal dooh.. Begitulah jugok nok wat misal pada Allah Ta'ala.. Kalu de kita kenal Dia, hormat slaluh, saye slaluh.. De hormat, de saye, lazat slaluh wat amal, jeligho slaluh wat amal.. Asal-nya daripada mana..? Asal-nya daripada kenal Allah Ta'ala..

No comments:

Post a Comment