Allah.. Allah tu ggapo..? Allah tu nama.. Nama bagi sapo..? Nama bagi zat.. Zat hok lagu mana..? Zat hok wajibal-wujud.. Maka, nama bagi zat yang wajibal-wujud ni, Allah Ta'ala ni.. Bersipat dengan sipat kamalat yang tidak terhingga dan terhitung banyaknya.. Cuma yang wajib ambo tahu.. Sebagai seorang mukallaf yang ada keberatan syarak.. Iaitu tahu secara tafsil.. Tahu dengan terperinci.. Ialah sebanyak 20 sipat jua.. Iaitu yang dinamakan sebagai Sipat 20..
(ms 3 baris 12 dari bawah) Pertamanya Wujud.. Artinya.. Nya-Wujud tu.. Ada Allah Ta'ala.. Mustahil ia 'Adam.. Artinya.. Nya-'Adam tu.. Tiada.. Bermula makna Wujud.. Iaitu satu sifat.. Yang sabit.. Yang sungguh.. Yang sengoti.. Bagi zat.. Selama-lama ada zat.. Padahal tiada dikerana-kan akan dia.. Dia-sifat-Wujud tu.. Dengan satu sifat yang lain.. Maknanya, tiada melazim ia (tidak berpandu ia, tidak tertakluk ia, tidak bergantung ia), ia-sifat-Wujud tu, bagi satu sifat yang lain.. Sifat Wujud bagi Allah Ta'ala ni ialah Wujud-Zaati, iaitu wujud yang semata-mata wujud, dan tak berkait dengan gapo-gapo, dan tidak dikeranakan dengan suatu kerana.. Tok berkait dengan masa.. Tok berkait dengan zaman.. Tok berkait dengan gapo-gapo.. Dan tak dikeranakan dengan apa-apa kerana.. Apabila sifat Wujud ni ada, sifat Qidam berlazim-laziman.. Sifat Baqa' berlazim-laziman.. Sifat Qudrat berlazim-laziman.. Sifat Irodat berlazim-laziman.. Semua berlazim-laziman dengan sifat Wujud.. Maknanya, Wujud ni ialah wujud yang semata-mata wujud. Tidak dikeranakan dengan suatu kerana.. Tidak disebabkan dengan suatu sebab.. Dan tidak di-'illah-kan dengan suatu 'illah.. Itulah sifat Wujud bagi Allah Ta'ala.. Kita pun ada sifat wujud jugok.. Tapi wujud kita berbeza dengan wujud Allah Ta'ala.. Wujud kita adalah disebabkan dengan suatu sebab, dikeranakan dengan suatu kerana, dan di-'illah-kan dengan suatu 'illah.. Ada-nya kita, sebab adanya- mok-pok kita.. Ada-nya mok-pok kita, sebab adanya tok-cek tok-nye kita.. Adanya Nabi Adam, kerana dijadikan oleh Allah Ta'ala.. Adanya Allah Ta'ala, ada yang semata-mata ada.. Adanya Allah Ta'ala, ada yang tiada-ada-yang-mengadakan-nya.. Lagu tu.. Ado ko dok dalil naqli tentang wujud-nya Allah Ta'ala..? Sudah tentu-lah ada.. Firman Allah Ta'ala dalam surah Ibrahim, ayat 32..
Maksudnya lebih kurang, Allah Ta'ala ialah yang manjadikan tujuh petala langit dan bumi..
Nok lagi dalil naqli..? Ada lagi.. Firman Allah Ta'ala dalam surah Ibrahim jugok, ayat 10..
Maksudnya lebih kurang, Adakah syak pada wujud Allah..
Tentulah tiada syak sikit abuk-nah pada wujudnya Allah Ta'ala..
Friday, July 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment