Sunday, March 28, 2010

MALAM KHAMIS (20/01/2010)

(ms 33 baris 6 dari bawah) Dan terkemudian makmum daripada imam dengan sekira-kiranya pada bayan atau keterangannya ialah sekira-kira sempurna dua rukun fiqli tok kira, panjang ko pendek, kedua, iaitu kedua-duanya fukun fiqli, dengan ketiadaan uzur serta sengaja. Antara uzur ialah makmum tu makmum muafik, yang mana dia nak perhabih Fatihah dia, maka uzurlah dia berketinggalan dengan tok imam dalam julat yang tertentu, seperti hok kita bincang doh, ataupun makmum tu tertidur, ataupun makmum tu tok kaba atau tok ingat dia tu makmum. Maka, kalu makmum tu selain drp hok sakni, maka makmum tu tok-uzur. Kalulah makmum tok-uzur tu lambat drp tok imam dengan dua rukun fiqli yang sempurna, seperti kata, tok imam tu dok iktidal doh, nok turun ko sujud doh, makmum tu dok qiam lagi, dan makmum tu tok-uzur nah, maka hukum hok jatuh ko makmum ni ialah batal smaye, iaitu bagi makmum hok tok blajar. Tapi bagi makmum hok blajar, dia kena dua butir, iaitu doh la batal smaye, haram pulok hukumnya, kerana mengetahui dia akan hukum tu. Kalu hok tok blajar tu, tambah pulak pada dia ialah berdosa kerana tok blajar tu. Haa, supo hok sini kata; dan mengetahui dengan haram, maka batal smayenya, seperti rukuk imam dan iktidal ia imam itu dan turun ia imam itu kepada sujud yang pertama padahal makmum tu masih berdiri lagi. Maknanya, kesimpulannya, kalulah makmum tu tok-uzur, tapi dia lambat atau cepat drp tok imam sebanyak dua rukun fiqli, maka batal smaye.

(ms 33 baris 2 dari bawah) Dan sebaliknya tidak batal jika terkemudian makmum atau terlambat makmum dengan kata dua rukun qouli (iaitu rukun pese kata atau kecek) atas mazhab Syafie. Rukun qouli ni ada lima. Pertamanya takbirotulihram. Ngelast-nya salam. Tengah-tengah dia ialah Fatihah, tahyat akhir dan juga selawat ko Nabi s.a.w. dlm tahyat akhir. Sebagai contoh ialah seperti tahyat akhir dan selawat atas Nabi s.a.w. Ataupun tok batal jugok smaye sekiranya terlambat satu rukun qouli dan satu rukun fiqli, seperti kata Fatihah dan rukuk. Ini adalah atas mazhab kita Syafie. Kalu mazhab Maliki, dia tok kira, fiqli ko, qouli ko, fiqli campur qouli ko, asalkan dua yah, maka batal smaye.

(ms 34 baris 1 dari atas) Dan bermula apabila mendahului makmum itu akan tok imam dengan sempurna atau lengkap dua rukun fiqli kedua (kedua-duanya rukun fiqli tu) maka batal smayenya. Tu kalu gi dulu. Kalu serentak, lagu mana? Tak apolah, kita royak dululah. Kalu serentak, kalu smaye fardhu biasa, maka gugur pahala jemaah. Maknanya tokleh 27, buleh 1 yah. Tapi kalu smaye Jumaat, kalu serentak dengan tok imam, maka tak sah smaye Jumaat tu. Bakpo tak sah smaye Jumaat tu kalu serentak dengan tok imam? Sebabnya smaye Jumaat tu wajib berjemaah, dan jika serentak, maka melanggarlah satu daripada 12 syarat qudwah mengikut imam tu, iaitu syarat keempat. Apabila tak cukup syarat qudwah, maka tak sah-lah smaye Jumaat bagi makmum tu.

(ms 34 baris 3 dari atas) Sepertikata rukuk makmum dan iktidal ia dan turun ia makmum tu kepada sujud, padahal tok imam masih berdiri lagi. Maknanya, tok imam masih duk dlm keadaan qiam, makmum tu sujud doh eh. Maka batal smaye makmum tu. Ataupun rukuk makmum sebelum tuk imam. Maka tatkala berkehendak imam tu rukuk, iktidal ia (makmum tu). Maka tatkala tok imam nok iktidal, dia (makmum tu) pun sujud. Ore panggil, gi so dulu drp tok imam. Maka tiada berhimpun iaitu tidak tersekali-lah dan tidak terkumpul-lah makmum serta tok imam dalam rukuk dan dalam iktidal. Maka kalu lagu ni, lagu mana? Jawab dia, batal jugok smaye makmum tu.

(ms 34 baris 8 dari atas) Dan jika mendahului makmum akan imam dengan 2 rukun fiqli dgn sempurna lagi lengkap, dengan sebab lupa (tok ingat) atau jahil. Apakah sebab yang dilazimkan pada jahil tu? Dua sebab jah, iaitu pertama kerana baru masuk Islam, dan kedua, nok blajar, tapi tak dok ore hok nok ngajar. Maka kalu sebab lupa atau jahil akan haram-nya hukum buat lagu tu tuh, maka tiada mudorat (yakni tok batal smaye tu), tetapi wajib-atasnya (wojibul-'ala) wajib-di-sisi-syarak akan makmum tu kembali mengikut imam apabila ia ingat atau tahu ia bahawasanya kijoan tu-tuh haram. Dan tiada dibilang bagi makmum hok tlajok tu dengan rukuk fiqli yang diperbuatnya itu. Maknanya, rukun fiqli hok makmum tu tlajok tu, paka kira hangus dan tiada dikira. Contohnya lagu ni laa; tok imam duk qiam lagi, makmum tu, oleh sebab tok ingat, dia gi sujud doh eh. Jadi apabila dia kaba, dia kena coh bangun slalu untuk undo qiam smula bersama-sama tok imam. Pahtu, rukuk dan iktidal dia tu sakni paka kira hangus-lah. So cerita. Cerita yang kedua; maka apabila tiada kembali ia makmum hok tlajok sakni bagi mendatangkan kedua rukun serta imam, dengan sebab lupa atau jahil, hendaklah mendatangkan ia makmum sakni, kemudian daripada salam kedua tok imam akan rakaat itu. Lagu ni cerita dia; kita sambung cerita sakni, tok imam masih lagi qiam, makmum tu sujud doh eh. Nok jadi ko cerita, makmum tu meme tok ingat, maka dia pun cangkul-lah. Cangkul punya cangkul, sampailah dia bangun cace smula, bagi rakaat yang baru, sedangkan tok imam dok cace lagi. Tiba-tiba lhah dia kaba. Haa.. nok wat lagu mana? Kalulah perbuatan dia sakni atas sebab lupa atau jahil, maka tok batal smaye, tapi dengan syarat, kena tambah rakaat, selepas tok imam wi salam. Tetapi jika tiada kembali dengan sebab sengaja atau tahu akan keharaman perbuatan tu tuh, maka batal-lah smaye makmum tu.

(ms 34 baris 8 dari bawah) Dan mendahului makmum akan imam dengan satu rukun fiqli. Maknanya jika satu rukun fiqli tu makmum gi dulu drp imam maka hukumnya haram (berdosa). Misal kata tok imam tok rukuk lagi, dia rukuk doh. Tok imam tok sujud lagi, dia sujud doh. Seperti kata rukuk makmum, kemudian iktidal ia (makmum tu), pahtu baru tok imam rukuk.

(ms 34 baris 6 dari bawah) Dan mendahului makmum itu akan tok imam dengan kata setengah rukun, maka hukum dia makhruh. Setengah rukun tu lagu mana? Lagu ni; katakan tok imam dan makmum tu sama-sama rukuk, tapi makmum tu sampai dulu. Maknanya, mendahului setengah rukun tu ialah makmum tercepat ataupun sampai dulu drp tok imam dalam perbuatan atau rukun fiqli yang sama. Apa makna makhruh tu? Iaitu gugur atau luput pahala smaye berjemaah. Sapo dia kata ni? Di sisi pendapat Syeikh Ibnu Hajar. Adapun di sisi Syeikh Romli, maka hukumnya haram (iaitu bukan setakat tokleh pahala, tapi berdosa) dalam kitab Nihayah-nya dan jugok katanya Khatib Syarbini dalam kitabnya Mughni, haram jugok.

No comments:

Post a Comment