(ms 33 baris 5 dari atas) Dan ada di dalam Tohfoh (iaitu ada disebut oleh Syeikh Ibnu Hajar di dalam kitab Tohfohnya), iaitu pindah (naqol) daripada kebanyakan sahabat Syafi'e. Kalu kitab arab, dia kata lagu ni "Qoo-la Syafi'iyyah" maknanya, "Telah berkata kebanyakan daripada imam-imam mazhab yang menurut akan Syafi'e". Bahawasanya makmum masbuk itu, doh payoh-payoh sangat gak gini, apabila rukuk imam, maka rukuklah ia slalu, dan gugurlah daripadanya yang tinggal Fatihah. Maknanya, hok tok-de baca Fatihah tu, paka kira gugur, tok payoh baca-lah. Paka tok imam tanggung. Maknanya, makmum masbuk tu, bila dia tok-de masa 30 saat bersama-sama tok imam, kalu tok imam rukuk, dia kena paa ikut rukuk slalu, supaya de bertomakninah dalam rukuk bersama-sama dgn tok imam. Kalu dia tok-de bertomakninah dalam rukuk bersama-sama dgn tok imam, maka burn-lah rakaat tu. OK, berkenaan dengan peraturan masbuk ni, banyak berlaku salah-faham. Tapi jangan bimbe, salah-faham ni buleh berubat. Antara salah-fahamnya adalah begini : Katakan tok imam dok smaye. Ambo mari lewat. Ambo pun angkat takbir, Allahuakbar. Ambo pun bacalah, Bilmillaa-hirrohmaa-nirrohiim. Alhamdulilaa-hirob-bil-'alamiin. Arroh-maa-nir-rohiiim. Maa-liliyau-mid-diin. Iyyaa-kana'-budu-waiyyaa-kanasta'iin. Ihdinas-siroo-tol-mustaqiim. Siroo-tol-lazii, paaa tok imam rukuk. Nok wat lagu mana? Kalu nok jalan selamat, bo-lah caro ko Fatihah-nya, paa ikut rukuk slaluh, baru-lah buleh rakaat, kerana sempat bertomakninah dalam rukuk bersama-sama dengan tok imam. Kalu ambo tebe lagi baca Fatihah, tok imam dok rukuk doh, tiba-tiba tok imam iktidal, ambo baru nok rukuk, maka burn-lah rakaat tu, sebabnya tok-de bertomakninah dalam rukuk bersama-sama dengan tok imam. Kalu selisih pun, kira burn rakaat jugok.
(ms 33 baris 8 dari atas) Dan dipilih akan dia (iaitu pendapat Sheikh Ibnu Hajar) bahkan bahawa sesungguhnya merojeh (iaitu memperakui ataupun diperakui) oleh ulamak-ulamak muta-akh-khirin akan dia (iaitu pendapat Sheikh Ibnu Hajar) dan memanjang mereka itu perbahasannya akan mengambil dalil-dalil baginya (nya-pendapat Sheikh Ibnu Hajar tu), maka al-hasil kesimpulannya yang didapat daripada perbincangan yang panjang-lebar gedugede-gedugede tu,
maka al-hasil hasilnya keluarlah dua qoul bagi kes makmum masbuk yang membimbang (dok bersibuk) dengan hok sunat-sunat. Katanya satu qoul, katakanlah Qoul A, wajib baca Fatihah kodar baca hok sunat, iaitu samada nok ikut Syeikh Romli (baca ikut bilangan huruf) ataupun nok ikut Syeikh Ibnu Hajar (baca ikut kodar masa). Daripada Qoul A ni, terpecah pulok kepada dua qila (qila ni maksudnya "kebanyakan ulamak feqah kata"). Katanya satu qila, katakanlah Qila 1 (iaitu Syeikh Rofi'e, Imam Nawawi dan Syeikh Bughowi), adalah makmum masbuk hok dok bersibuk dgn bare hok sunat tu, wajib baca Fatihah, sekodar hok sunat, dan diuzurkan berketinggalan dengan tok imam hingga tiga rukun fiqli yang panjang-panjang. Katanya satu qila lagi, katakanlah Qila 2 (iaitu ulamak-ulamak Jami'ul-Muhaqqiqin & Syeikh Ibnu Hajar dlm kitab Tohfoh & Fatawa-nya), makmum masbuk hok dok bersibuk dgn bare hok sunat tu, wajib baca Fatihah, sekodar hok sunat, dan tidak ada uzur-nah bagi dia. Habis hok Qoul A. Katanya satu qoul lagi, katakanlah Qoul B, apabila makmum masbuk tu dok bersibuk dengan bare hok sunat-sunat, tiba-tiba paa tok imam rukuk, maka tidak lazim (iaitu tidak wajib) bagi makmum masbuk itu baca Fatihah kodar hok sunat takdih, bahkan apabila rukuk imam, maka rukuklah makmum masbuk tu slaluh. Jadi, tokleh nok wat keputusan muktamad. Keputusannya, walla-hu-a'lam. Tapi kalu nak ikut warak atas feqah, kita kena duduk atas kaedah-usul-feqah itu sendiri. Kaedah-usul-feqah ni lagu mana? "Khuruu-jum-minal-khilaafi-mustahab-bun." Iaitu maknanya lebih kurang, "keluar daripada khilaf tu, mendapat akan sunat." Sebenarnya, dalam mengaji ilmu feqah ni, dia ada 14 usul-feqah. Antaranya ialah hok ni laa ni "Khuruu-jum-minal-khilaafi-mustahab-bun." iaitu "keluar daripada khilaf tu, mendapat sunat." Apa makna keluar ni? Iaitu mencari jalan keluar daripada pendapat yang berkhilaf ni. Apabila kita jjupo jale tubik, maka akan mendapat pahala sunat. Kalu dalam kes ni-nih lagu ni. So Qoul kata kena baca, iaitu wajib baca. So Qoul lagi kata tak payah baca. Maka untuk lari keluar daripada khilaf ni, maka kita ambik laa jalan tengah. Iaitu, ai.., kalu tok baco, kalu bbetule keno dan betul-lah hok tok baca tu, tok apo-lah.. Tapi kalu keno dan betul hok wajib-baca? Lagu mano? Maka smaye tok soh. Maka, jalan tengahnya, baik kita baca-lah. Mudoh cerito. Tapi ada lagi hok lebih mudah dan lebih selamat, iaitu lagho-lah rakaat. Ho doh, nok baca, takut kena hok tok baca. Nok tok baca, takut kena hok baca. Mudoh-mudoh gak, lagholah rakaat.
(ms 33 baris 8 dari bawah) Adapun bersalahan dengan orang muafik, iaitu orang muafik yang membimbang dengan hok sunat-sunat. Maka, de nama muafik gak, maka automatiklah diuzurkan akan dia berketinggalan dengan tok imam hingga tiga rukun fiqli yang panjang-panjang, dengan tiada khilaf-nah jua. Doh hok khilaf to hok mana? Hok masbuk. Ingat lagi hok
kita bincang pasal Qoul A tu. Dalam Qoul A tu, ada dua Qila atau Qil. Kata Qil 1 tu, adalah diuzurkan berketinggalan dengan tok imam hingga tiga rukun fiqli yang panjang-panjang. Kata Qil 2 pulok, tidak ada uzur-nah bagi dia. Maka nok pakai hok mana? Haa.. dua-dua ni buleh paka. Tapi loni kita nak berbicara pasal tahap ore hok warak dalam ilmu feqah. Maka, mari kita tengok pada satu contoh, iaitu berkenaan wakaf dalam bacaan Fatihah. Katanya Imam Malik, mengulangi rukun qouli yang telah soh, maka membawak-lah kepada batal smaye. Kalu mazhab kita Syafie, baca Fatihah 4 kali round pun tak apa, tok batal smaye. Tapi kalu dlm mazhab Maliki, mengulangi walaupun satu kalimah atau satu perkataan, maka membawa kepada batal. Kalu satu huruf takpo. Maka, di atas dasar ini-lah, kalu kita tengok ore jaman-jaman ritu, fuqohak-fuqohak yang warak, walaupun dia baca "Siroo-tol-lazii-na-an-am-ta'alaihim-ghoi-ril-maghduu-bi'alaihim". Dia bereti skat tu, dia tok ambik mmula "ghoi-ril-maghduu" tu, sebab memelihara akan mazhab Imam Maliki. Demo tu ambik "'alaihim-walad-dhooooool-liiiiin." Kena ingat, Imam Malik ni sapo dio? Tok gurunya Imam Syafie. Imam Malik masa tu umur berapa-dah, sedangkan Imam Syafie baru umur belas-belas tahun. Maka, kalu-lah betul Imam Malik, kalu kita ulang kalimah hok soh doh, maka batal-lah smaye. Sebab tu, kalu buleh-lah, kita kena luas dalam ilmu feqah ni. Sebabnya, mengaji feqoh ni ibarat lautan-yang-luas-lagi-dalam. Maknanya kena tahu banyak perkara sengoti. Barulah berjijok dan berjadi kijo.
(ms 33 baris 6 dari bawah) Dan terkemudian makmum daripada imam. Haa.. ni nok becaro pasa 3 bendo besar pulok iaitu, pertama, lambat drp tok imam, kedua, cepat drp tok imam dan ketiga, berserentak dengan tok imam, dengan hal keadaan pisoh, atau maknga, atau tiada uzur dan lain-lain seumpamanya. Benda ni nampak kecik, tapi effectnya sungguh besar. Maka sebagai peringatan kepada kita semua, lebih-lebih lagi ambo, marilah kita sama-sama renung akan hadis Nabi ni, "Innii-akhoo-fu'alaikum-yab'aSulloohumaSalu..roksul-himaal." Maknanya lebih kurang; Aku terlebih bimbang di antara kamu (org yang berjemaah) dibangkitkan seperti kepala himar (keldai). "Wamaa-hua-yaa-rasuulullaooh?" Sapa dia tu ya Rasulullah? Ore hok smaye jemaah, tapi dibangkitkan di hari akhirat dgn keadaaan muka keldai ni? "Allazii-nayarfa'u..qoblal-imaaam." Orang hok angkat kepala dulu daripada tok imam. Maksudnya sinni, angkat pala tu bukan sekodar merujuk ko rukuk dgn sujud jah, tapi kepada kesemua gerak-geri smaye-lah. Ini satu lagi kaedah-usul-feqoh, hok kita panggil "Itlooqun-juz-iii-muroodatun-kulli." Iaitu; Kecek sikit, maksudnya banyak. Haa.. Itloq (kata-kata) tu sikit, tapi murodeh dia tu (kehendak bagi itloq tu) banyak. Kalu ambik contoh gak gini laa.. Cari gedio tu? Cari lembu putus.. Maksudnya, bukan tubuh lembu tu putus, tapi lembu tu, tali wat nambat dia tu putus.
Saturday, February 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment