Saturday, January 16, 2010

MALAM KHAMIS (30/12/2009)

(ms 30 baris 2 dari atas) Yang kesepuluh, iaitu makmum yg syak ia akan dirinya sendiri, adakah dirinya itu daripada makmum muafik (dia tu tergolong dlm kategori makmum muafik ko) ataupun ia daripada masbuk (ataupun dia tu tergolong dlm kategori makmum masbuk). Makmum tu syak, iaitu dia takleh nak hukumkan samada dirinya tu muafik ko ataupun masbuk. Nak kata muafik, rasa supo nga masbuk. Nak kata masbuk, rasa supo nga muafik. Kes gini selalunya berlaku sebab makmum tu papoh pasal masa. Bakpo papoh pasal masa? Sebabnya tak kira. Lagu mana nak kira masa ni? ada beberapa kaedah. Antaranya ialah, dengan mengira dalam hati. Ataupun kira dengan jari. Ataupun training masa. Training masa ni lagu mana? Lagu ni, kita cuba bbaca Fatihah dgn kadar sama deras dengan Fatihah hok kita baca dlm smaye. Pahtu kita set masa guna jam. Cuba buat dua tiga pat kali. Katakanlah masa kita baca tu 28 saat. Maka, kalu dlm smaye, kita baca Fatihah dengan kodar sederas tu, sekiranya tok imam paa rukuk sebelum kita habis baca Fatihah, dengan kodar deras skalo-skalo tu, maka confirm kita ni masbuk. Sebab apa? Sebab tok imam rukuk kurang drp masa 30 saat. Maka, Insya-Allah, kalu guna mana-mana kaedah ni, tidak akan timbul lagi masalah syak masbuk ko, muafik.

(ms 30 baris 3 dari atas) Yakni, adalah mendapat ia (makmum tu sakni) akan masa yang meluaskan Fatihah (adakah ia mendapat masa yang cukup untuk baca Fatihah) dalam berdiri imam itu, atau tiada? Maknanya, adakah makmum tu sakni, mendapat cukup masa untuk baca Fatihah tika tok imam dok cace ataupun tak dapat. Maka berlaku dalam kitab Tohfoh (Syeikh Abd Rahman ni ambik drp kitab Tohfoh, karangan Syeikh Ibnu Hajar) atas bahawasanya melazimkan (mewajibkan) ihtiat (mengambil cermat). Ihtiat ni, katanya Imam Ghazali, "Wal-ih-ti-yaa-tu 'alaa 'ibaa-datikaa. Wah-fa-zuu minal-makh-ruu-haa. Waiw-wajada, falaa-syai-in hasana." Maksudnya lebih kurang, "Dan maka ambik cermatlah, di atas amal ibadat, dan pelihara-lah kamu, di atas kata benda makhruh sekalipun. Kalu mu tebe mendapatkannya jugok (tebe wat jugok), maka tidak akan mendapat sesuatu pun kebajikan." Katanya Imam Syafie pulok, "Wa-in-taroka, min-sunnati, fahiyal-makhruuha." Maksudnya lebih kurang, "Tiap-tiap drp org yg tingggal benda sunat (dlm bab ni, smaye-lah), maka makhruh."

(ms 30 baris 6 dari atas) Maka, katanya Syeikh Ibnu Hajar dlm kitab Tohfoh, ketinggalanlah ia dengan imam, kerana mensempurnakan Fatihah. Maknanya, makmum tu kalu nak cermat-lah, dibulehkan berketinggalan dengan tok imam, kerana nak perhabiskan Fatihah dia tu. Dan tiada mendapat ia akan rakaat, melainkan syaratnya mendapat ia akan imam di dalam rukuk. Maknanya, rakaat makmum tu sakni tu akan batal dan tidak dikira, sekiranya, dia tokde rukuk dan tetap anggota yang tujuh sekodar 1 saat, bersama-sama dgn imam. Maknanya, rakaat makmum tu sakni hanya akan dikira sah, sekiranya dia de atau sempat rukuk dan tetap anggota yang tujuh sekodar 1 saat, bersama-sama dgn tok imam. Maka jikalau sempurna ia akan Fatihahnya, pada ketika imam turun kepada sujud yang pertama, maka melazimkan dia (wajib-lah dia) mengikut imam sujud retet dan meninggal anturan sembahyang dirinya (terus sujud, tak payah rukuk), dan mendatang ia kemudian daripada salam-kedua imam, dengan rakaat itu. Maknanya, pahtu, ganti-lah balik, rakaat yang lagho tu. Dan jikalau tiada sempurna ia akan Fatihah, padahal imam turun kepada sujud. Dahi tok imam rapat doh di sejadah, tapi makmum hok syak tu tok habis lagi baca Fatihah, nak wat lagu mana? Maka wajiblah niat mubaroqoh, dan jika tiada niat mubaroqoh, maka batal smaye. Maka, mengikut kata kitab Tohfoh, kalu nak mengikut wajib ambik cermat-lah, lagu ni caranya; pertama, kalu kita baru habis baca Fatihah, tok imam baru rukuk, maka kita pun rukuklah retet bersama-sama dgn tok imam, dgn tetap anggota yg tujuh bersama-sama dgn tok imam, maka bulehlah kkita rakaat tu. Yang kedua, kalu tok imam rukuk, kita tok habis lagi baca Fatihah, pahtu tok imam sujud yg pertama, barulah kita habis baca Fatihah, maka kita kena coh terus sujud yg pertama retet bersama-sama dgn tok imam. Jange wi de tok imam bangun dan duduk antara antara dua sujud. Maknanya rakaat kita sakni tu kira burn-lah. Lepas tok imam wi salam yg kedua, kita gantilah balik rakaat tu. Yang ketiga, tika tok imam sujud yg pertama tu, kita tak habis lagi baca Fatihah. Maka nak wat lagu mana? Maka wajiblah niat mubaroqoh, dan jika tiada niat mubaroqoh (jika kita gomo jugok perabis baca Fatihah) maka batal smaye. Ni semua katanya Syeikh Ibnu Hajar, dlm kitabnya Tohfoh.

(ms 30 baris 9 dari bawah) Dan khilaf (berbeza pendapat) yg berlaku atas Syeikh Romli, dlm kitab Nihayah-nya, dan seumpamanya begitu jugok dengan Khotib Syarbini, seorang tok imam di Mesir, bahawasanya ia (makmum hok papoh tu) adalah hukumnya seperti kategori muafik, maka melakulah ia (buatlah ia, makmum tu) atas aturan sembahyang dirinya (rukuk, iktidal, sujud tu) dan mendapat ia akan rakaat, dan dimaafkan meninggal dengan tok imam hingga tiga rukun fiqli yang panjang-panjang, katanya Syeikh Romli dan Khotib Syarbini. Dan dengan dialah (dengan kenyataan inilah) memfatwa oleh Syeikh Romli dan zohir-imdad (dan nyatalah-dibulehkan) cenderung kepadanya (nya-kenyataan ni). Maknanya, kalu nok ambik hok Syeikh Romli ni, buleh jugok. OK, habis-lah masalah yg kesepuluh. OK, pahni kita nak masuk ke bab nak plendik pasal muafik-masbuk ni. Habis doh lah masalah yg kesepuluh ni.

(ms 30 baris 4 dari bawah) Dan mana-mana makmum yg muafik, dibenarkan dia meninggal atau ketinggalan dengan tok imam hingga tiga rukun fiqli yg panjang-panjang. Maka jika sekiranya tiada dapat sempurna ia akan Fatihahnya lagi, sehingga masuk imam kepada rukun fiqli panjang yang keempat, contohnya seperti kembali berdiri (qiam) atau duduk tahyat akhir, maka wajiblah ia (makmum muafik tu), memilih salah satu daripada dua cara. Pertama, ikutlah ia akan tok imam, direct terus pada rakaat keempat, dan meninggal (tinggalkanlah) aturan sembahyang dirinya. Ataupun dengan bahasa lain, kita panggil lagho rakaat ataupun burn rakaat. Maka luputlah rakaatnya, akan makmum muafik tu. Dan mendatangkanlah ia akan rakaat yang kurang ataupun hok lagho ataupun hok burn sakni tu, kemudian daripada salam kedua tok imam. Habis yg pertama. Yang kedua, ia (makmum muafik tu) niatlah mubaroqoh dengan tok imam, dan mengerja (kerjakanlah ataupun buatlah) ia akan aturan sembahyang dirinya sendiri-sendiri, suku-suku.

(ms 31 baris 4 dari atas) Maka jika tiada mengikut ia akan imam pada rukun yang keempat (maknanya jika makmum muafik tu tok buat pilihan hok pertama) atau tiada niat mubaroqoh (pun tok buat pilihan yg kedua). Pilihan pertama tok buat, pilihan kedua pun tok buat, lagu mana jadinya? Nescaya batal sembahyangnya, jka sengaja ia. Maknanya, makmum muafik tu tahu bila berada dlm kes lagu ni (bila dia tertinggal tu), dia kena buat samada pilihan pertama atau pilihan kedua, tapi dua-dua dia tak buat. Tahu, tapi pisah atau sengaja tak buat. Maka batallah smaye tu. Tapi kalu terlupa, lagu lain, tak batal lagi smaye tu. Maka jika terlupa, ia (makmum muafik) tu akan mengikut imam, dan mengerjakan ia akan aturan sembahyang dirinya, tiada batal sembahyangnya. Maknanya, jika makmum muafik tu, tak buat pilihan pertama atau pilihan kedua, sebab dia terlupa yang dia ni makmum orang, pahtu oleh sebab tok ingat tu, dia cangkul pulok smaye tu sendiri-sendiri. Sebagai contohnya lagu ni, dia smaye pejam mata, nak jadi ko cerita, dia ni terlupa yg dia ni makmum orang, pahtu sedaplah wei dia cangkul sorang-sorang, sebab dia dlm keadaan dok pejam mata, tok kaba kokre doh. Tok imam baru dok di rakaat pertama, dia dok di rakaat ketiga doh eh. Maka tiada batal smaye dia tu. Bahkan tetapi bila teringat ia (makmum muafik hok terlupa tu), nescaya wajib ia mengikut imam, masa tu jugok. Apa maksud masa tu jogok? Lagu ni, katakan makmum tu tok ingat, pahtu dia duduk dlm keadaan tahyat akhir. Tiba-tiba laah dia teringat yg dia ni makmum orang. Dia celik mata, dia tengok tok imam dok dlm keadaaan qiam (dok cace). Maka makmum muafik tu kena bangun dok cace slalu. Dan lagholah (luputlah atau dikira burn-lah) barang yang mendatang ia atas aturan sembahyang dirinya takdi (dikira burn-lah barang hok dia buat atau dia cangkul masa dia tok kaba takdi, samada dia gi dulu atau gi kedie).

(ms 31 baris 4 dari atas) Maka tiada dibilang (tiada dikira) demikian itu rakaat baginya. Maknanya, setiap perbuatan, samada rukun ko, rakaat ko, hok dia (makmum muafik) tu buat masa dia tok kaba tu, tidak dikira. Hok dikira ialah, hok skat-skat de dengan tok imam. Maka mendatanglah ia kemudian daripada salam kedua tok imam, akan demikian itu rakaat. Maknanya, selepas dia kaba tu, dia hanya de 1 rakaat jah dengan tok imam. Maka, selepas tok imam wi salam, dia kena cangkul laa tiga rakaat lagi, kalu maye Zuhur. Begitulah tiap-tiap orang muafik hukumnya.

No comments:

Post a Comment