Tuesday, January 12, 2010

MALAM KHAMIS (23/12/2009)

(ms 28 baris 6 dari atas) Ketujuh, ialah kes makmum yang samar akan takbir, iaitu makmum yang silap faham akan takbir tok imam. Selalunya kes ni berlaku bagi makmum yang tak nampak tok imam, samada makmum tino hok duduk alik tabir, ataupun makmum jatan hok duduk alik dinding. Contohnya lagu ni, katakan makmum tu baru mari, dia dengar tok imam takbir "Allahuakbar". Dia ingatkan takbir nak duduk tahyat awal, maka dia duduk tahwat awallah. Sebenarnya takbir sakni ialah takbir tok imam nak dok cace selepas tahyat awal, iaitu kembali qiam selepas tahyat awal. Makmum tu sakni relax laa dok baca tahyat awal, sebab dia ingat tok imam dok baca tahyat awal, sambil makmum tu menunggu tok imam tu takbir "Allahuakbar" untuk berdiri qiam selepas tahyat awal. Tok imam pun takbirlah "Allahuakbar" untuk rukuk. Makmum sakni ingat ko takbir sakni tu ialah takbir untuk kembali berdiri qiam selepas tahyat awal. Maka makmum tu pun bangun. Bila makmum tu bangun, dia tengok tok imam rukuk, maka tidak sempat ia baca Fatihahnya lagi. Maka nak wat lagu mana? Kita tak jawab lagi..

(ms 28 baris 11 dari bawah) Kelapan, ialah makmum yang lupa atau tak ingat langsung akan dirinya jadi makmum, padahal ia duduk dalam sujud, katakanlah. Pahtu baru dia teringat bahawasanya dia ni makmum orang. Bo-bo dia bangun tu, tok imam rukuk doh eh, atau hampir rukuk (nok rukuk lo-lo). Maka tok de lah makmum tu nak baca Fatihahnya atau nak perhabis Fatihahnya. Maka nak wat lagu mana?

(ms 28 baris 8 dari bawah) Maka pada ketiga-tiga masalah ini, iaitu untuk nombo 6, 7 dan 8, berlaku khilaf antara antara dua orang anak murid Imam Syafie, iaitu Syeikh Ibnu Hajar dan Syeikh Romli. Kata Syeikh Ibnu Hajar, makmum sakni dikira sebagai masbuk. Maka kata Syeikh Ibnu Hajar, bacalah Fatihah sekodar sedapat, kemudian rukuk-lah berserta imam. Jika dapat tetap anggota yang tujuh sekodar satu saat (de tomakninah) dalam rukuk dengan tok imam tu, maka dapatlah rakaat bagi makmum tu. Jika tidak dapat tetap anggota yang tujuh sekodar satu saat (tokde tomakninah) dalam rukuk dengan tok imam tu, maka tak dapatlah rakaat bagi makmum tu. Maka mendatanglah atau tambahlah ia (makmum tu) akan rakaat kemudian atau selepas daripada salam kedua tok imam tu.

(ms 28 baris 3 dari bawah) Dan berkata Syeikh Romli pulok, ialah muafik bagi ketiga-tiga masalah ini. Maka hendaklah ia (makmum muafik ni) membaca Fatihah dengan sempurna (sampai habis) dan dimaafkan atau diuzurkan ia (makmum muafik ni) ketinggalan dengan tok imam hingga tiga rukun fiqli yang panjang-panjang. Sebabnya dikatakan muafik ialah kerana mendapat ia (makmum tu) akan masa untuk membaca Fatihah pada kira-kira jika ia (makmum tu) tidak tidur dalam tahyat awal takdi, hanya bangun berdiri berserta tok imam pada masalah keenam. Maknanya, pada masalah keenam tu, makmum tu dihukumkan sebagai makmum muafik, sebabnya kalu makmum tu tok tidur dalam tahyat awal tu, makmum tu sebenarnya de masa atau sempat masa atau ada masa sebanyak 30 saat untuk baca Fatihah tu berserta tok imam. Nyar-tidur tu bakpo.. OK, untuk masalah ketujuh pulok, dan jika tidak samar atasnya (nya-makmum tu) akan takbir tok imam, nescaya ia baca Fatihah selalu berserta tok imam dan sempurna-lah bacaan Fatihahnya bersama-sama tok imam. Maknanya, pada masalah ketujuh tu, makmum tu dihukumkan sebagai makmum muafik, sebabnya jika makmum tu tak salah-paham akan takbir tok imam, nescaya cerat-nah dia akan baca Fatihah dengan sempurna bersama-sama tok imam. OK, untuk masalah kelapan pulok, dan jika tiada lupa akan dirinya makmum, nescaya berdiri ia berserta dengan tok imam, dan membaca akan Fatihah sempurnanya. Maknanya, pada masalah kelapan tu, makmum tu dihukumkan sebagai makmum muafik, sebabnya jika makmum tu kaba bahawa dirinya tu makmum-orang, cerat-nah dia akan baca Fatihah dengan sempurna bersama-sama tok imam.

(ms 29 baris 9 dari atas) Alhasil (kesimpulannya), dapat masa baca Fatihah. Maknanya, mendapat ia, makmum muafik tu, akan masa untuk baca Fatihah. Dapat masa baca Fatihah ni bukan bermakna dapat membaca Fatihah ataupun selesai baca fatihah. Dapat masa ni bermaksudnya, ada cukup masa untuk makmum tu de habis baca Fatihah. Samada dia baca atau tidak tu, masalah lain. Dapat masa baca Fatihah, pada takdir-lah (seandaikata-lah) pada ketiga-tiga masalah ni (no 6, 7, 8) di sisi pendapat Syeikh Romli. Maknanya, kesimpulannya, untuk ketiga-tiga masalah no 6, 7, 8, mengikut pendapat Syeikh Romli, makmum tu ada cukup masa untuk baca Fatihah.

(ms 29 baris 11 dari atas) Masalah yg ke-9, makmum yg berhenti ia kemudian selepas drp tok imamnya berdiri, kerana hendak sempurnakan tahyat awalnya. Maknanya, tok imam baca tahyat awal, makmum pun baca tahyat awal. Tok imam pun coh bangun, utk baca Fatihah, tapi makmum tu tok bangun lagi, sebab dia nak sudah tahyat awal dia tu. Kemudian berdiri ia, mendapat ia akan imamnya rukuk, atau hampir rukuk (nok rukuk lo-lo doh). Maka berkata Syeikh Romli, makmum lagu ni dikategorikan sebagai makmum-muafik-uzur. Apa tugas atau hak bagi makmum-muafik-uzur? Wajib ia makmum-muafik-uzur ni baca Fatihah dengan sempurna (sampai habis) dan dimaafkan baginya ketinggalan dengan tok imam sehingga tiga rukun fiqli yg panjang-panjang. Dan kata Syeikh Ibnu Hajar dlm kitab Tohfoh-nya pulok, makmum lagu ni dikategorikan sebagai makmum-muafik-tidak-uzur (makmum muafik yang ketinggalan dengan imamnya dengan ketiadaan uzur). Uzur-uzur ni mmano? Uzur sini ialah bukan tempat bagi menyempurnakan hok wajib. Jadi dia tak uzur situ, sebabnya, sebenarnya dia buleh bangun, muga situ tu tahyat awal jah, barang sunat, bukan barang wajib. Maka jika dapat sempurna ia akan Fatihah sebelum imam turun kepada sujud, maka mendapatlah ia akan rakaat. Apa makna sebelum-imam-turun-kepada-sujud tu? Maknanya, sebelum tok imam tu sampai kepada tempat sujud. Maksudnya, sebelum dahi tok imam ssentuh dgn sejadah. Jadi, kalu makmum tu de baca Fatihah prabih, sebelum dahi tok imam tu ssentuh dgn sejadah (sebelum tok imam sujud yg pertama), maka mendapat ia akan rakaat. Dan jika tiada dapat sempurna ia akan Fatihahnya sebelum imam turun kepada sujud yg pertama, maka satu-satunya cara ialah, wajib atasnya (wojibul-'ala-wajib-syarak) makmum-muafik-tidak-uzur tu sakni niat mubaroqoh dengan imamnya, dan melakukan ia (makmum-muafik-tidak-uzur) atas aturan sembahyang dirinya sendiri-sendiri (kena cangkul sendiri-sendiri suku-suku-lah). Dan jika menyalahi ia akan demikian itu. Maknanya, jika makmum-muafik-tidak-uzur tu tokse ikut mubaroqoh, lagu mana? Nescaya batal smayenya. Kesimpulannya, untuk nombor 9 ni, mengikut pendapat Syeikh Romli ialah makmum-muafik-uzur. Had dia ialah 3 rukun fiqli yg panjang-panjang. Mengikut pendapat Syeikh Ibnu Hajar pulok ialah makmum-muafik-tidak-uzur. Had dia ialah sampai tok imam sujud yg pertama jah. Rukuk OK lagi, iktidal OK lagi. Bila paa tok imam sujud, rapat dahi di sejadah, makmum tu takdok pilihan lain, makmum tu wajib niat mubaroqoh. Kalu makmum tu tak mubaroqoh, batal smaye. Maknanya, makmum tu kena siap baca Fatihah, sebelum tok imam sujud yg pertama. Maka kalu dahi tok imam tu tok sampai lagi di sejadah, makmum tu pun habih laa baca fatihah, maka OK la makmum tu buleh rukuk, iktidal dan sujud, dan bulehlah dia akan rakaat tu. Tapi kalu kalu dahi tok imam tu sampai doh di sejadah (tok imam sujud yg pertama doh), makmum tu tok habis lagi baca fatihah, maka makmum tu wajib kena mubaroqoh (bercerai dgn tok imam) dan kena cangkul sendiri-sendiri. Dia tokleh lagho rakaat doh.

OK, sebelum masuk ke masalah ke-10, ada beberapa perkara hok kita perlu ambik cermat. Kalu kita tok ambik berati, berkemungkinan batal smaye. Pertamanya ialah, daripada sujud yg kedua, ataupun drp tahyat awal, nak naik ke rakaat yang seterusnya. Kalu nak suruh betul & sempurna molek smaye tu, slps bangun dok cace (qiam) tu, berenti semeta anggota yang tujuh sekodar 1 saat, sebelum baca Fatihah tu. Sebabnya, jika kita baca Fatihah, bele-bele nak bangun cace (dok cace tu tok brapo molek lagi, tapi baca dah Fatihah), maka batal bacaan Fatihah kita tu. Smaye tok batal lagi. Sekodar Fatihah tu jah tak sah. Bakpo tok soh? Sebabnya, rukun kembali qiam tu, tak sempurna lagi, kita beralih doh kpd rukun yg seterusnya, iaitu baca Fatihah. Smaye tak batal lagi. Tapi kalu kita rukuk, dengan tidak mengulang akan Fatihah hok batal sakni tu, maka baru batal smaye. Yang kedua, kita kena habis sengoti baca Fatihah dalam qiam, baru rukuk. Sebabnya, kalu bele-bele baca Fatihah, bele-bele rukuk, maka batal rukuk tu. Smaye tok batal lagi. Maka, nok wat lagu mana? Kalu kita terbuat pesen bele-lele lagu tu, maka kita bangun smula dok cace (qiam), pahtu rukuk smula. Barulah sah rukuk tu. Kalu-lah rukuk kita tu batal, pahtu kita teruskan juga beralih rukun ke iktidal (samiallahulimanhamidah), maka batal smaye. Sebabnya rukun rukuk sakni tu tak sah. Kena ulang balik la rukun rukuk sakni tu. Caranya, kembali kepada qiam, pahtu rukuk smula. Kes ni selalu berlaku apabila kita nak hambat tok imam. Yang ketiga, ketika kita dok dalam keadaan iktidal tu, diam semeta anggota yang tujuh sekodar 1 saat. Kalu batang tubuh kita tu diam doh, tapi tangan dok terhayung-hayung, maka tak dikira diam lagi tu. Maka, kalu-lah kita sujud yang pertama, dalam keadaan rukun iktidal kita tu batal, maka kita kena bangun smula, kembali kepada keadaan iktidal tu. Kalu kita tebe teruskan ke rukun duduk antara dua sujud, maka batal smaye. Kesimpulannya, kalu batal rukun ni, buleh berubat. Caranya, undo balik. Kita tak undo tu bukan sebab kita tokse undo, tapi sebab kita tok tahu sebenarnya undo tu buleh. Maka, kalu kita batal rukun, dan kita beralih kepada rukun yang seterusnya, maka kita buleh undo smula ke rukun hok tok jadi sakni, demi menyelamatkan smaye kita drp batal. Pahtu, lagu maka kita nak tahu rukun kita tu batal atau tidak? Satu-satunya cara ialah kena belajar.

No comments:

Post a Comment