Friday, January 8, 2010

MALAM KHAMIS (16/12/2009)

(ms 26 baris 1 dari bawah) Dan ketahui olehmu bahawasanya wajib bagi makmum muafik, yang tiada dapat sempurnakan Fatihahnya. Hak sebagai makmum muafik tu dia dapat doh, cuma dia tok de nok baca prabih jugok Fatihah dia tu, padahal ia sudah dapat masa, ialah kerana disebabkan oleh beberapa sebab, daripada segala keuzurannya, nya-muafik tu, yang lagi akan datang, seperti berikut :-

(ms 27 baris 4 dari atas) Pertamanya, makmum muafik yang lambat bbaca. Bakpo lambat bbaco? Sebab lemah kejadian dia (spy gagap ko, ataupun jenis payah bbaco ko. Tetapi tidak kerana was-was. Was-was dengan lambat ni kejadian dia ni berbeza. Was-was ni lagu ni, dia baca dah skerat, pahtu, dia undur smula, baca skali lagi. Lambat ni pulok, jenis baca slow laa.. berekok lidah-lidah. Kalu was-was ni, masalah lain pulok. Haa. so masalah..

(ms 27 baris 6 dari atas) Keduanya pulok, makmum yang syak. Syak-syak ni begapodio gak? Syak ialah "As-syaq-qun laa-yazaa-lul-yaqiin". Maknanya, syak ni, ialah, tidak ada marinya yakin. Kalu yakin doh, pahtu mari syak pulok, maka tokleh paka doh laa syak tu. Buleh tolak doh laa syak tu. Sebab kita mari doh yakin, sebelum kita mari syak tu. Contohnya gini, kita maye Maghrib, pastu kita tunggu bang Isyak. Ore bang Isyak, pahtu kita pun mari syak "eh, aku ada air smaye lagi ko dok." Sedangkan sebab bagi batal air smaye tu tak dok kkita. Kita tok ketut dsbnya. Maka itu lah syak. Maka tolak lah. Sebab kita duduk dlm keadaan yakin doh. OK, makmum yang syak. Syak bila? Sebelum rukuknya, iaitu sebelum makmum muafik tu rukuk, dan kemudian daripada rukuk imamnya yang telah rukuk. Maknanya, tok imam rukuk, makmum muafik tu tok rukuk lagi. Makmum muafik tu pun syak. Syak lagu mana? Adalah ia (makmum muafik tu) sudah baca Fatihah atau belum. Maknanya lagu ni, tok imam tu dok cace, makmum tu dok cace. Makmum tu dok cace bersama tok imam, dgn kodar de masa atau ada masa baca fatihah, dlm dok cacenya tok imam tu. Mungkin makmum tu koya ko, gapo ko, tok tahu lah, tiba-tiba paaaa tok imam pun rukuk. Maka, makmum muafik tu mari syak "eh aku baca doh ko dok eh Tehah sahni?" Maka jawabnya, wajib ia baca Fatihah dengan sempurna, dalam julat masa 3 rukun fiqli yg panjang-panjang.. Maknanya, wajib dia baca smula Fatihah dia tu, sebab dia tak mari yakin, samada dia baca doh ko dok Fatihah dia tu.

(ms 27 baris 9 dari atas) Ketiganya, makmum muafik yg lupa drp baca Fatihah, iaitu meme confirm & sah dia tu tok baca lagi Fatihah, hingga rukuk imamnya, dan sebelum lagi ia rukuk, iaitu makmum muafik tu tok rukuk lagi, maka teringat bahawasanya ia (makmum muafik tu) belum lagi membaca Fatihah. Haa.. masalah yg ketiga ni, kita tak jawab lagi. Kalu kita confirm tak baca Fatihah, tebe kita rukuk jugak, batal smaye. Kalu kitu rukuk dengan lupa, tak apa. Katakan kita rukuk, pahtu dalam rukuk tu, baru kita teringat kita ni confirm tak baca lagi fatihah. Nak wat lagu mana? Maka kita kena piah bikah bangun smula, niat duduk dalam keadaan qiam smula, dan bukannya niat duduk dalam iktidal.

(ms 27 baris 11 dari bawah) Keempat, makmum muafik, yg membimbang (yg dok besibuk) ia dengan membaca yang sunat-sunat, seperti doa iftitah dan ta'uz (ta'uz ni a'uzubilla-himinasy-syaitoo-nirrojim tu laa), maka rukuk imamnya dahulu daripada dapat ia (ia makmum muafik sakni tu) sempurnakan Fatihahnya. Maknanya lagu ni, ada tok imam, ada makmum. Tok imam ni baca Qul-ya. Qul-ya ni, panje, dengan erti kata de lah kalu makmum tu nok baca prabih Fatihah tu. Katakan tok imam tu, Walad-dhooooo-liin. Amiiin. Bismilla-hirrohma-nirrohim. Qulya-ayyuhal-kaafiruun. Makmum tu pulok dok besibuk dgn Allahu-akbaru-kabiiran.. Wajjahtu-wajjahni.. Paaa tok imam rukuk. Nok wat lagu mana? Jawabnya, makmum muafik tu kena baca jugak Fatihah, sekodar lebih kurang sama dengan hok dia baca hok sunat-sunat sakni. Sekodar ni, lagu mana? Ada dua pendapat. Kata Syeikh Ibnu Hajar, kita kena baca Fatihah tu sekodar agak-agak masa hok kita baca hok sunat-sunat tu. Kalu Syeikh Romli pulok, kita kena baca Fatihah tu, biar sama dengan bilangan huruf hok sunat-sunat hok kita baca tu.

(ms 27 baris 8 dari bawah) Yang kelima, (persoalan kelima ni, banyak berlaku dalam smaye terawih) iaitu makmum muafik yang sengaja tidak baca Fatihah, sebabnya makmum tu menanti diamnya imam selepas tok imam baca Fatihah, kerana makmum tu mahu menuntut sunat, ia membaca Fatihah kemudian daripada Fatihah tok imam. Sebabnya, kalu makmum baca Fatihah sebelum tok imam habis baca Fatihah, hukumnya makhruh. Tiba-tiba tiada berdiri imam (iaitu tidak duduk diam tok imam) bagi saktah diam itu (iaitu tempat yang sepatutnya duduk diam itu), hanya selesai baca Fatihah terus rukuk imamnya, ataupun tok imam baca surah yang pendek-pendek, maka tidak sempatlah makmum membaca Fatihah sampai habisnya. Lagu ni ceritanya lebih kurang, katakan dalam smaye Maghrib, Isyak, Subuh ataupun Terawih. Ada tok imam, ada makmum. Tok imam baca Fatihah. Makmum dok relax tunggu, sebab makmum nak baca Fatihah selepas tok imam baca Fatihah. Tok imamnya pulok, lepas baca Fatihah, dia tak baca ayat lazim, terus rukuk slalu. Ataupun lepas tok imam tu baca Fatihah, dia terus baca ayat lazim, hok pendek-pendek pulok tu, tanpa ada saktah diam antara Fatihah dengan ayat lazim tu. Haa.. tokde la wei makmum nak baca perabih Fatihahnya.

(ms 27 baris 2 dari bawah) Maka kelima-lima masalah ini, wajib makmum membaca Fatihah sempurnanya, dan diuzurkan ketinggalan dengan tok imam, hingga tiga rukun fiqli yang panjang-panjang, iktifaq (sepakat) tiada khilaf antara ulamak-ulamak Muta-akh-khirin (ulamak yang 300 tahun slps Nabi wafat). Adapun ulamak salafus-soleh, maka ada khilaf untuk persoalan nombo 4. Mengikut mazhab kita Syafie, wajib baca Fatihah sekodar lebih kurang sama dengan hok kita baca hok sunat-sunat tu. Sekodar ni, lagu mana atau stara mana? Terpecah kepada dua pendapat pulok. Kata Syeikh Ibnu Hajar, sekodar itu didefinisikan mengikut kadar masa. Pendapat yg kedua, drp Syeikh Romli, sekodar itu didefinisikan mengikut kadar bilangan huruf.

(ms 28 baris 2 dari atas) Keenam, makmum muafik yang tertidur ia dengan tidak sengaja dalam tahyat awal, dengan syarat, tetap punggung dia dengan tempat duduk tu. Maka bila dia terjaga daripada tidur tu, tengok-tengok tok imam rukuk doh eh, atau hampir rukuk (nok rukuk lo-lo). Haa.. nok wat guano? Tu tertidur dalam tahyat awal. Ada jugok kes tertidur tika makmum muafik tu dok cace, iaitu tika tok imam baca Fatihah + ayat lazim. Kalu kita tertidur tika dok cace, pahtu kita gerak dlm tidur tu, maka tok batal lagi smaye tu, sebab tak sengaja. Tapi bila kita sedar drp tidur tu, kalu kita cuh-cuh langkah direct nak balik ko tempat asal, maka baru batal smaye tu. Kalu gerak 2 kali, pahtu bereti, pahtu gerak pulok 2 kali, tak apa laa. Maka tiada sempat, iaitu dok de lah dia, makmum muafik tu baca fatihahnya, hingga habis. Soh-ko habis, start pun dok lagi. Lagu mana nok wat? Baik ,ceritanya gini lebih kurang. Masalah keenam ni, makmum muafik yang jenera dalam tahyat awal ataupun jenera tika tok imam baca Fatihah. Pahtu bila makmum tu sedar, tok imam rukuk doh eh, ataupun nok rukuk lo-lo doh. Maka nak wat lagu mana? Baik, kita jawab huduh-huduh. Mengikut Mazhab Syarie, melalui dua anak muridnya, iaitu Syeikh Romli dan Syeikh Ibnu Hajar, dua ni berbeza pendapat untuk masalah keenam ni. Kata Syeikh Romli, dalam kitab Nihayat-nya, makmum muafik ni tetap dikira sebagai muafik. Kata Syeikh Ibnu Hajar pulok, dalam kitab Tohfoh-nya, makmum muafik ni, dalam kes nombor 6, tak dikira sebagai muafik, tapi dikira sebagai masbuk. Maknanya sini, kata Syeikh Romli, kalu makmum tu jenera, pahtu tok imam baca Fatihah dengan kodar masa 30 saat atau lebih, maka makmum tu akan menjadi makmum muafik, walaupun dia jenera sekalipun. Kata Syeikh Ibnu Hajar pulok, walaupun makmum ni de masa atau sempat masa atau ada masa 30 saat, dia dikira sebagai masbuk, sebab sakni dia jenera. Malainkan makmum tu duduk bersibuk dengan tahyat awal, sehingga tok de baca Fatihah. Tu bukan masalah nombor 6. Tu masalah nombor lain pulok.

No comments:

Post a Comment