Tuesday, January 19, 2010

MALAM KHAMIS (06/01/2010)

(ms 31 baris 9 dari bawah) Adapun makmum muafik hok was-was. Was-was lagu mana? Iaitu bahawasanya mengulang-ngulang ia akan kalimah-kalimah (bacaan-bacaan) yang daripada ketiadaan mewajibkan ulang. Maknanya, bacaan dia tu tak salah doh dan sah doh, tapi dia dok ulang smace. Kalu bacaan rukun yang salah, wajib kena ulang. Masalahnya, bacaan dia tu tak salah doh, tapi dia dok ulang smula. Bakpo dia dok ulang smula tu? Sebab was-was. Bakpo was-was tu? Selalunya disebabkan oleh dua perkara. Pertamanya, disebabkan oleh ketiadaan ilmu. Dia tok leh nok hukum hok dia buat ni, betul ko salah, soh ko batal. Sebab tu-lah diulang-ulang, dengan harapan, buat dua-tiga-pat-kali tu, nya ada-lah hok soh sbutir bakali. Yang kedua, ilmu ada doh, tapi was-was jugok. Bakpo? Sebabnya, daripada setan. "Wawas-wasa-minasy-syaitaan... Was-was ni daripada syaitan". Maka makmum muafik jenis was-was mengulang-ngulang bacaan ni, tiada dibilang atau dikira uzur. Maka wajib ia sempurnakan Fatihahnya, sebelum tok imam turun kepada sujud yang pertama (sebelum dahi tok imam kena di sejadah). Maka jika tiada sempurna lagi Fatihahnya pada ketika itu (dahi tok imam kena di sejadah doh, tapi dia tok habis lagi baca Fatihah) wajiblah ia niat mubaroqoh, katanya Syeikh Romli.

(ms 31 baris 5 dari bawah) Tetapi berkata Syeikh Ibnu Hajar, sayugia (sebaik-baiknya-lah) orang was-was yang jadi seperti kejadiannya, dengan sekira-kira memutus tiap-tiap mereka yang melihat akan dia, di atas uruf, tidak memungkinkan hilang itu was-was, (maknanya, kalu orang tengok dia ni-ni gak, ai.. tok ile nyakit was-was dia ni-nih), maka bahawa diberi atau dikira akan dia hukum sebagai orang yang lambat-gerak-diam, seperti yang telah lalu. Maknanya, dia dihukumkan serupa dengan masalah nombor 1, mengikut pandangan Syeikh Ibnu Hajar. Maka, makmum lagu ni-nih mengikut pandangan Syeikh Ibnu Hajar, adalah dimaafkan meninggal dengan imam hingga tiga rukun fiqli yang panjang-panjang. Kesimpulannya, untuk kes makmum muafik hok was-was ni, ada berbeza pendapat antara Syeikh Romli dengan Syeikh Ibnu Hajar. Katanya Syeikh Romli, makmum muafik ni-nih digelar sebagai makmum-muafik-tidak-uzur. Had dia ialah sampai tok imam sujud yang pertama jah. Kalu tok siap lagi baca Fatihah, kena mubaroqoh, tak dok cara lain doh. Syeikh Ibnu Hajar pulok, makmum ni-nih dihukumkan sebagai makmum-muafik-uzur. Maka, had dia ialah skat 3 rukun fiqli yg panjang-panjang. Kalu tok siap lagi baca Fatihah, buleh lagho rakaat atau mubaroqoh (ada dua pilihan). Maka, pilih-lah mana yang berkenan di hati, samada nak pakai Syeikh Romli ko, atau Syeikh Ibnu Hajar. Dua-dua betul. Maka, ikutlah kita atau bermazhablah kita, akan demo ni-nih. Sebabnya, taraf kita orang awam ni, ikut je-lah hok orang jaman ritu buat. Tahap kita orang awam ni ialah, "maa zahaba ilal imaaam", iaitu orang yg mengikut pada pemimpin tu. Kita buleh ikut, hok mana so, antara dua khilaf ni. Tapi, bagi orang hok duduk atas warak dalam feqah, dia sebuleh-bulehnya mengelakkan diri drp khilaf ni. Sebabnya, kalu ikut kaedah feqah-nya lagu ni; "keluar daripada dua jalan khilaf ni, akan mendapat pahala sunat". Bakpo nok keluar daripada khilaf ni? Sebabnya gini, nok ikut hok ni, takut hok nu betul. Nok ikut hok nu, takut hok ni betul. Sebagai contoh, masalah paling mudah ialah Fatihah. Fatihah ni, semua mazhab sepakat mengakui Fatihah ni ada 7 ayat. Tapi ada khilaf. Khilaf yang pertama ialah di Bismillah. Mengikut Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, Bismillah ni adalah satu daripada ayat Fatihah. Maka wajib kena baca-lah. Tapi mengikut Mazhab Maliki & Hanafi, Bismillah ni bukan ayat Fatihah. Maka tak wajib baca. Maka, khilaf di sini ialah Bismillah tu, samada wajib ko, tok wajib. Mengikut Mazhab Syafie dan Hambali, wajib baca. Mengikut Mazhab Maliki & Hanafi, baca tok apa, tok baca pun tok apa. Maka, kalu kita nok lari pada khilaf atau selisih pendapat, maka kita baca. sene, habis cerita. So. Yang kedua ialah, Mazhab Maliki & Hanafi ni, ayat yang ketujuh dia ialah pada Ghoi-ril-magh-dhuu. Kalu Mazhab kita Syafie ni, Siroo-tol-la-zii sapa ko Walad-dhooool-liin tu, satu ayat. Maka, khilaf di sini ialah perlu ko dok bereti di 'Alaihim, pahtu ambik di Ghoi-ril-magh-dhuu. Perlu ko dok. Maka, kalu kita nok lari pada khilaf atau selisih pendapat, maka kita baca straight, kalu kita de nafas laa. Kalu tok de nafas, nok wat guano. OK, so lagi berkenaan dengan perbuatan mengulang-ngulang bacaan wajib dalam smaye. Kalu mazhab kita Syafie, mengulang rukun fiqli yang telah sah, maka batal smaye. Tapi kalu mengulang rukun qouli (rukun bacaan) yang telah sah, tak apa, tak batal smaye. Tapi kalu mengikut Mazhab Maliki, kalu mengulang rukun yang telah sah, tak kira, rukun fiqli ko, rukun qouli ko, kalu ulang smula, sedangkan dia tu sah dah, maka batal smaye. Maka, khilaf di sini ialah mengulang smuala rukun qouli (rukun bacaan) hok telah sah. Kalu mengikut Mazhab Maliki, kalu ulang smula, maka batal smaye. Kalu mengikut Mazhab Syafie pulok, ulang ko, tok ulang ko, tok apa, tok batal smaye. Maka, kalu kita duduk atas warak dalam feqah, jangan ulang. Takut-takutnya hok Mazhab Maliki tu betul.

(ms 32 baris 1 dari atas) Adapun makmum yang muafik, yang datang syak akan pada bacaan Fatihah dia, iaitu baca doh ko dok lagi, ataupun teringat ia akan ketiadaan baca, padahal sedangkan sudah rukuk ia dan sudah rukuk imamnya. Maknanya, dalam rukuk tu, makmum muafik tu mari syak, eh.. aku ni baco doh ko dok eh Fatihah.. ataupun dalam rukuk tu, makmum muafik tu baru teringat, confirm cerat-nah dia tok baca lagi Fatihah. Maka tiada harus (iaitu haram) ia kembali kepada qiam untuk baca Fatihah. Maknanya, de makmum muafik tu rukuk, kalu dia mari syak samada baca doh ko dok Fatihah, ataupun dia teringat meme confirm dia tok baca lagi, maka haram hukumnya dia bangun smula dok cace kembali kepada qiam untuk baca Fatihah. Pahtu nok wat lagu mana? Hanya wajib mengikut imam, dan tambahlah rakaat hok brutang tu, kemudian daripada salam kedua tok imam. Maka, kalu terjadi situasi lagu ni, smaye tok batal. Rakaat tu je-lah hok burn. Bakbo burn? Sebab tertinggal satu rukun, iaitu Fatihah. Pahtu nok wat guano pada rakaat hok burn tu? Tambahlah selepas tok imam wi salam yang kedua. Kalu tok tambah, maka batal smaye. Maka, telah selesailah daripada menyatakan menerangkan berkenaan dengan makmum muafik. OK, berkenaan dengan tambah-menambah rakaat ni. Katakan kita dok smaye Isyak, sorang-sorang. Kita dok pada sujud yang kedua rakaat keempat. Pahtu kita mari syak, eh.. aku ni tiga ko empat eh.. Maka buang empat, ambik tiga. Tambahlah satu rakaat lagi. Pahtu wat sujud sahwi. Katakanlah kita tambah satu rakaat, pahtu baru kita teringat, eh.. aku sakni empat doh.. maka wajib kita kena coh duduk tahyat akhir slaluh. Kalu tok duduk, tebe baca jugok, maka batal smaye. OK, kes yang kedua, katakan kita jadi makmum pada smaye Isyak. Tok imam dok pada sujud yang kedua pada rakaat yang keempat. Kita sebagai makmum pun duduk lagu tu la ke. Sepatutnya lepas ni tahyat akhir-lah. Tiba-tiba coh tok imam bangun. Kita pun kata-lah Subhanallah. Tok imam tok turun-turun jugok. Maka kita kena buat satu daripada beberapa perkara. Pertama, afdol bagi kita tunggu tok imam tu, sebab kita nak wi salam bersama-sama dengan tok imam. Kalu tok imam tu sujud sahwi, sunat bagi kita sujud sahwi retet, walaupun kita ni tok terlajak. Kalu dia tok sujud sahwi, kita pun jangan sujud sahwi. Kedua, kalu kita malas tunggu tok imam, kita niatlah mobaroqoh, pahtu wi-lah salam. Kalu kita malah tunggu tok imam, pahtu kita wi salam, tanpa niat mubaroqoh, maka batal smaye.

(ms 32 baris 6 dari atas) Masuklah dalam menyatakan (menerangkan) perihal akan makmum masbuk. Maka takrif masbuk ialah mereka yang tiada mendapat masa untuk baca Fatihah (tok cukup masa untuk baca Fatihah), iaitu dengan bacaan orang pertengahan (bacaan tadwir, lebih kurang 30 saat), iaitu tidak kira bacaan tok imam dan juga tidak kira bacaan makmum tu. Bacaan tok imam dan juga bacaan makmum masbuk tu sendiri tok leh nak dibuat kayu ukur. Kayu ukur yang sebenarnya ialah kodar masa bacaan pertengahan orang awam suku-sakat, iaitu lebih kurang 30 saat. Dan sunat pada hak (pada diri) orang masbuk tu, bahawa terus baca Fatihah slaluh selepas takbiratulihram, tok soh baca benda lain-lah, wajjahtu ko, a'uzubillah ko, direct baca Fatihah slalu, kecuali bahawa zon ia (sangka-kuat-nya ia makmum masbuk tu) akan mendapat Fatihah (akan de selesai habis baca Fatihah) serta baca hok sunat-sunat (walaupun sebelum baca Fatihah tu, dia baca bare-bare sunat), maka mendatanglah ia dengan dia (maka bulehlah makmum masbuk tu baca hok-sunat-sunat tu). Maknanya, first priority, adalah sunat hukumnya bagi bagi makmum masbuk tu tinggal bacaan hok sunat-sunat, terus baca Fatihah slalu. Sebabnya apa? Sebabnya takut tok de habis baca Fatihah, sekiranya makmum masbuk tu dok besibuk dengan hok sunat-sunat. Tetapi ada pengecualian, iaitu sekiranya makmum masbuk tu confident, dia de habis baca Fatihah, walaupun dia dok besibuk hok sunat pun, maka bulehlah dia baca hok sunat-sunat tu.

(ms 32 baris 11 dari atas) Maka jika membimbang makmum masbuk itu (jika makmum masbuk tu dok bersibuk) dengan bacaan hok sunat-sunat, seperti Tauz (A'uzubillah) dan doa Iftitah (Wajjahtu), ataupun dok diam ia (makmum masbuk tu) satu masa kemudian daripada takbirnya (iaitu makmum masbuk tu dok diam sebentar selepas dia takbirratulihram), maka nescaya wajiblah ia baca akan daripada Fatihah tu kodar baca hok sunat dan kodar masa diam. Maknanya gini, katakan makmum tu takbirratulihram, pahtu dia pun wajjahtu. Dok tengah sedap-sedap wajjahtu tuh, tiba-tiba paa, tok imam rukuk. Maka makmum tu menjadi makmum masbuk. Bakpo masbuk, sebab dok bersibuk dengan hok sunat, iaitu wajjahtu. Maka nok wat lagu mana? Wajib bagi makmum masbuk tu, baca Fatihah kodar dia baca hok sunat tu, samada mengikut kodar masa ataupun mengikut bilangan huruf. Yang kedua, katakan makmum tu takbirratulihram, pahtu dia pun dok diam, tok baca gapo-gapo, sebab dok diam smeta selepas takbirratulihram tu sunat. Tengah dia dok sedap-sedap dok diam tu, tiba-tiba paa, tok imam rukuk. Maka makmum tu pun menjadi makmum masbuk. Bakpo masbuk, sebab dok bersibuk dengan hok sunat, iaitu dok diam, tok baca gapo-gapo. Maka nok wat lagu mana? Serupo dengan hok sakni jugok, Wajib bagi makmum masbuk tu, baca Fatihah kodar hok dia buat hok sunat tu, iaitu dok diam, tok baca gapo-gapo tu, iaitu wajib membaca Fatihah biar lebih kurang dengan kodar masa hok dia dok diam sakni. Bakpo jadi gini? Kerana taqsirnya (kerana cuainya) makmum masbuk tu. Maka nok wat lagu mana? Cuai, cuai-doh, iaitu hok sunat, baca doh, Fatihah tok baca lagi, tok imam pulok, rukuk doh. Nok wat lagu mana? Dan maka diuzurkan-lah dia (makmum masbuk tu) ketinggalan dengan tok imam hingga tiga rukun fiqli yang panjang-panjang, supaya de selasai baca Fatihah dia tu, mengikut kata atas perkataan Syeikh Rofi'e, dan Imam Nawawi dan Syeikh Bughowi. Maka di atas kata pendapat 3 ulama feqah dlm mazhab kita Syafie ni, iaitu mengikut kata pendapat qoul daripada Syeikh Rofi'e, Imam Nawawi dan Syeikh Bughowi, katanya 3 ulama feqoh dlm mazhab kita Syafie ni, wajib baca Fatihah tu dan diuzurkan tertinggal 3 rukun fiqli hok panjang-panjang. Satu pendapat. Satu pendapat lagi, iaitu daripada Jami'ul-Muhaqqiqin, iaitu jemaah-muhaqiq (iaitu ulama-ulama di aas jalan fuqoha'), bahawasanya orang masbuk tu tidak diuzurkan (tidak dikira uzur) kerana taqsirnya (kerana kecuaiannya baca hok sunat-sunat sakni, sehingga tok de baca Fatihah), dan menjazam dengan demikian itu (dan memutuskan keputusan dengan pendapat bahawasanya tidak dikira uzur tu) adalah oleh Syeikh Ibnu Hajar, dalan kitab Tohfoh-nya dan juga kitab Fatawa-nya (iaitu kitab Fatawa Qubro, iaitu fatwa yang besar). Dan atas perkataan ini, jika tiada mendapat ia (makmum masbuk tu) tomakninah bersama-sama imam dalam rukuk, dengan sebab membaca Fatihah kodar baca hok sunat-sunat tu, maka luputlah (burnlah) rakaatnya. Maknanya, katanya Syeikh Ibnu Hajar, kalu nok suruh rakaat tu selamat (tidak burn), maka makmum masbuk tu sakni kena baca jugok Fatihah, kodar hok dia baca hok sunat tu, tapi had dia hanya sampai tok imam rukuk jah (takdok kelonggaran sehingga 3 rukun fiqli yang panjang-panjang). Kalu makmum masbuk tu de habis Fatihah dan pahtu de pulok ber-tomakninah dalam rukuk bersama-sama tok imam, maka dikira-lah akan rakaat tu. Kalu makmum masbuk tu tok habis lagi baca Fatihah, kodar masa hok dia baca hok sunat, tiba-tiba paa tok imam rukuk, makmum masbuk tu tok habis lagi, pahtu tok imam iktidal (samiallahulimanhamidah), makmum masbuk tu tok habis lagi, maka luputlah (burnlah) rakaat dia tu. Bila burn rakaat tu, nok wat lagu mana? Dan maka janganlah ia rukuk (haram hukumnya kalu rukuk), hanya wajib terus mengikut imam turun kepada sujud yang pertama. Dan jika tiada (jika makmum masbuk tu tok lesa lagi Fatihah dia, dan dia tok terus turun sujud yang pertama jugok), maka batal smayenya, jika mengetahui dan sengaja ia. Tapi, kalu makmum masbuk tu tok kaba, lain pulok ceritanya. Misalnya lagu ni, makmum tu dok baca Fatihah bele peje mata, tok imam-nya sujud doh. Bila makmum tu kaba, dia tengok tok imam dok di antara dua sujud, dan nak sujud yang kedua doh. Maka makmum masbuk tu kena ikut slalu tok imam tu, pahtu rakaat sakni tu kira burn-lah. Gantilah selepas tok imam wi salam yang kedua. Kalu tok ikut slalu, batal smaye. OK, kalu makmum masbuk tu tahu dia tu terlambat, tapi dia paka kira dok cace ssitu, tunggu sapa tok imam bangun qiam smula, lagu mana? Batal smayenya. Bahkan, dua kali batal. Sebabnya, satunya ialah kerana menyalahi hukum sakni, iaitu wajib turun sujud bersama-sama imam pada sujud yang pertama. Keduanya, bila makmum masbuk tu dok cace ssitu, tunggu tok imam kembali qiam smula, maka makmum tu akan ketinggalan jadi lebih daripada 3 rukun fiqli yang panjang-panjang.

(ms 33 baris 2 dari atas) Dan berkata Syeikh Ibnu Hajar, dalam kitab dia Syarah Irsyaad, bahawasanya bermula akrab (iaitu bermula yang terlebih hampir) adalah perkataan daripada Syeikh Rofi'e dan Imam Nawawi. Maknanya, dalam bab makmum masbuk hok tok de baca Fatihah kerana dok bersibuk dengan bare-bare hok sunat-sunat tu, ada dua pendapat. Satunya pendapat drp Syeikh Rofi'e & Imam Nawawi. Satu pendapat lagi adalah drp Syeikh Ibnu Hajar. Katanya Syeikh Rofi'e & Imam Nawawi, makmum masbuk tu dikira uzur, wajib dia baca fatihah sekodar hok sunat-sunat dan dimaafkan ketinggalan hingga 3 rukun fiqli hok panjang-panjang. Katanya Syeikh Ibnu Hajar pulok, dlm kitab Tohfoh-nya dan juga kitab Fatawa-nya, makmum masbuk tu tidak dikira uzur-nah, kena baca Fatihah dia sekodar hok sunat-sunat, habih nele-pun, sapa dalam tok imam rukuk. Kalu tok lesa lagi Fatihah dia sekodar hok sunat-sunat, pahtu paa tok imam iktidal, maka burn-lah rakaat tu. Tapi berkata pulok Syeikh Ibnu Hajar dalam kitab Syarah Irsyaad dia, bahawasanya pendapat atau fatwa yang terlebih hampir atau yang terlebih betul ialah pendapat daripada Syeikh Rofi'e & Imam Nawawi tu. Syeikh Ibnu Hajar kata, nok paka hok dia pun buleh jugok, tapi kalu kira hok lebih akrob atau terlebih hampir atau terlebih betul, pakailah pendapat hok drp Syeikh Rofi'e & Imam Nawawi. Dan atasnya (nya-buleh uzur tu-lah) kebanyakan ulamak mutaakh-khirin pege. Adapun apabila rukuk makmum masbuk itu, dengan ketiadaan membaca Fatihah, kodar yang wajib itu, maka batal smayenya. Maknanya, kesimpulannya, sekiranya makmum masbuk hok dok bersibuk dengan bare sunat tu, rukuk, dengan tok baca Fatihah sekodar hok dia wajib baca, iaitu sekodar hok dia baca hok sunat-sunat tu, kalu dia rukuk jugok, maka batal smayenya.

No comments:

Post a Comment