Sunday, August 23, 2009

MALAM SABTU (12/06/2009) HJ. DIN

Keramat tu utk wali.

Maunah tu, utk org soleh (wat kijo tok belah mano, tapi rezeki bela'a-la'a).

Istiqomah tu utk org yg bertaqwa kpd Allah.

Istidrad tu utk org yg derhaka kpd Allah (org yg dilaknat).

"Belanjalah yg dlm poket kamu tu, niscaya yg ghaib akan masuk dlm poket kamu tu".

Ihadah -> utk org kafir -> suatu perkara luar biasa & ganjil yg ada pada org jahat.

Otak ada 4 jenis :
  • Otak katu : Otak katu ni, paling rendah. sbb kesakitan yg pertama x dapat menghalang kesakitan yg kedua. Cth : Katu, dia nok masuk dlm api, maka terbakar sayap dia. Dia gi lagi, dan terbakar sayap yg sebelah lagi. Pastu dia gi lagi, dgn cara merangkak. Akhirnya mati.
  • Otak burung : Otak burung ni, kesakitan yg pertama dapat menghalang kesakitan kedua. Cth : Burung tu, hinggap atas dahan yg ada getah jerat. Pastu kena dia. Dia pun jatuh. Pastu, tobat dia x mari dah ke pohon sakni.
  • Otak kuda : Otak kuda ni, kesakitan tu dapat dielakkan dgn cara melihat. Cth : Kuda ni, ia berlari, jika ia ternampak ada bala di depan, maka dia kona kok lain.
  • Otak manusia : Otak manusia ni, kesakitan dapat dielakkan dgn cara mempercayai seseorang yg boleh dipercayai. Cth : Kita mempercayai kata-kata nabi yg mengatakan adanya syurga, neraka, dan lain-lain.

"Barang siapa yg menuntut sesuatu perkara, yg mana tak sampai lagi waktunya, maka dibalakan dia dengan tak dapat langsung".

Kalu kita smaye (cthnya Zuhur), pastu kita wi salam pada rakaat ketiga (x cukup rakaat), pastu kita kecek, kita buleh sambung lagi smaye kita 1 rakaat lagi (kecek tu <= 6 patah).

Maunah : Perkara luar biasa & ganjil yg berlaku @ diberikan kpd org soleh (pertolongan Allah). Cth : Katakan A, dia tu eksiden, kereta dia tu hancur lebur, tapi dia tu x dok apa-apa.

Ihadah : Perkara luar biasa & ganjil yang berlaku @ diberikan kpd org jahat (kafir).

Ada satu perkara, walau nampak comel, tapi sebenarnya kita x leh buat, iaitu menuduh seseorang itu wali Allah. Sebabnya, wali tu benda sulit yg datang dari Allah.

No comments:

Post a Comment